KEK CHIFFON KELADI DIY
Memang suka bukat kek chiffon ni..mengujakan...terutama semasa nak buat meringue...dulu pernah belajar buat tentang kawan mak mentua kat Penang..dulu selalu buat chiffon oren..tapi kali ni nak cuba buat chiffon keladi...
Bahan A
· 6 biji kuning telur
· 1/2 cawan minyak Mazola
· 1/2 cawan susu cair
· secubit garam
· 3/4 cawan gula halus
· 1 sudu besar perisa keladi
· sedikit pewarna purple
· 1 ½ cawan tepung gandum *diayak
· 1 sudu kecil baking powder* diayak
Cara-cara menyediakan Bahan (A):
1 Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati, guna whisk je.
2 Masukkan perisa keladi, pewarna purple, minyak & susu cair dan kacau lagi.
3 Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan B
· 6 biji putih telur
· 1/2 cawan gula halus
· 1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)
Cara-cara menyediakan Bahan (B):
1 Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
2 Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
3 Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
4 Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
5 Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
5 Setelah siap, hentakkan 3 kali dan bakar sampai masak
7 Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
8 Bila dah sejuk, baru sisip tepi loyang dan boleh keluarkan kek dari acuan.
9 Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan dengan kasih sayang...
No comments:
Post a Comment