Monday, May 20, 2013

COTTON CHEESE CARAMEL

COTTON CHEESE CARAMEL lagiii...

Suka buat cotton cheese caramel ni..walaupun ada yang tak suka kerana rasanya agak manis..tapi jika makan sejuk sejuk..amboii...nyaman rasanya.....resepinya sama jer ..




Gula hangus
2 Sudu besar gula- masukkan dalam loyang yang kita hendak gunakan untuk membakar kek, panaskan guna api kecil sahaja sampai kekuningan, biarkan sejuk

Bahan Karamel

6 biji kuning telur
1 tin susu cair Ideal
3 sudu besar gula
sedikit esen vanila
Kacau semua bahan dengan perlahan dan masukkan dalam loyang gula hangus

Bahan A
160 gm cream cheese
25 gm butter
120 gm susu segar/susu penuh cream

Bahan B
40 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Bahan C
4 biji kuning telur

Bahan D

4 biji putih telur
100gm gula kaster
1/8 sudu kecil cream of tartar
secubit garam

Cara:
1) Satukan bahan A, masak secara double boiler, ketepikan
2) Masukkan Bahan B, C, kacau dengan whisker sahaja
3) Pukul bahan D sampai bertanduk
4) Masukkan bahan D dalam adunan tadi secara kaup balik
5) Masukkan dalam loyang karamel tadi perlahan lahan
6) Bakar 160 darjah secara water bath sampai masak lebih kurang 1 jam-bawahnya loyang berisi air sedikit sahaja
7) Apabila sudah masak, angkat dan biarkan sejuk
8) Terbalikkan, hiaskan dan hidangkan dengan kasih sayang

Jom layan gambarnya yer...






Gambar atas tu buat untuk Prof Saedah sempena Hari Guru 16 Mei yang lalu...mujur prof suka kek cheese rupanya....

Kek di bawah ni pulak sebenarnya buat untuk sahabat saya Dr Salinah Jaafar tetapi rupanya dia tak ada di pejabatnya...maka saya makanlah bersama teman-teman.....