Saturday, January 18, 2014

SERIMUKA PANDAN

SERI MUKA PANDAN
Buat lagi seri muka ni atas permintaan suami..suka benar makan seri muka sekarang...untuk muka supaya berseri..hehehe...jom lah layan yer...

Lapisan bawah:
500 gm pulut susu -rendam selama 4-5 jam
2 sudu kecil garam
300 ml santan
300 ml air
1) Sapukan loyang dengan sedikit minyak
2) Campurkan semua bahan dan kukus selama 20 minit. 
3) Selepas 10 minit dikukus, kacau pulut dalam loyang supaya santannya sekata.
4) Apabila sudah diangkat, tekan dan ratakan pulut dengan senduk.

Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu garam halus
2 cawan santan
3/4 cawan gula
1 cawan air pandan
2 biji kuning telur
sedikit pewarna hijau/pandan paste

1) Kisar semua bahan, panaskan atas api sekejap sahaja dan kacau.
2) Masukkan pula ke dalam pulut tadi.  Kukus selama 30 minit. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak masuk.
3) Angkat dan sejukkan
4) Apabila telah sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik supaya cantik.  Hidangkan dengan kasih sayang...

AYAM PANGGANG NEEZ'S STYLE

AYAM PANGGANG NEEZ'S STYLE

Bahan Ayam Neez's Style
1 ekor ayam kampung- belah dua jangan putus
2 inci halia muda- tumbuk
3 batang serai-tumbuk
5 ulas bawang putih- tumbuk
sedikit oregano
sedikit sos heinz bbq
sedikit sos blackpepper
sedikit kicap kipas udang
sedikit garam halus
minyak zaiton

5 sudu besar madu atau lebih

Aksesori pilihan:
kentang, karot, capsicum

Cara:
1) Campurkan semua bahan perap ayam
2) Bakar 170 darjah hingga agak masak, siramkan/gaulkan madu
3) Bakar lagi hingga masak sepenuhnya

Bahan Nasi:
3 pot beras (saiz standard)
4 ulas bawang putih- hiris
4 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia muda - hiris
bunga lawang/kayu manis/pelaga/cengkih 
garam
3 sudu besar planta
2 helai daun pandan

Cara:
1) Cuci beras dan toskan
2) Panaskan planta, tumis bunga lawang, kayu manis, pelaga, cengkih
3) Masukkan bawanng putih, bawang merah dan halia- hingga agak garing
4) Masukkan air mengikut sukatan beras ( bergantung pada jenis beras- ada beras yang perlu lebihkan air, ada yang perlu kurangkan...) dan sedikit garam kasar , tunggu sehingga mendidih, masukkan beras dan kacau
5) Bila agak masak , masukkan daun pandan.
6) Kacau nasi dan kecilkan api hingga masak
7) Apabila masak angkat dan hidangkan dengan kasih sayang..boleh taburkan daun bawang atau bawang goreng di atasnya atau apa sahaja yang digemari seperti gajus, kismis....

NASI PLANTA

NASI PLANTA 
Ingatka malas nak masak...bila tanya suami nak masak apa..spontan jer dia sebut nasi planta..tak pernah makan pun...hmm..tengok lah pakcik google mana mana resepi yang mudah...akhirnya hasil ubah suai..jadilah nasi planta ni..alhamdulillah...