Sunday, August 25, 2013

KEK CARROT

KEK CARROT
                              
Kek ini saya hadiahkan untuk Prof Saedah dan Dr Zaharah..Harap mereka suka...walaupun mungkin kurang menepati citarasa mereka..ikhlas dari saya..hehehe




BAHAN:
· 1 1/4 cup minyak jagung 
· 4 biji telur gred B
· 120 gm gula castor
· 120 gm gula perang
· 100 gm walnut cincang ( panggang sebentar)
· 250 gm tepung high protein 
· 1 tsp baking soda
· 1/4 tsp garam
· 1/4 serbuk kulit kayu manis (boleh lebihkan kalau suka)
· 1 1/2 cup carrot yg telah disagat
· 1 cup golden raisin (kalau ganti buah masam2 pn boleh e.g prune, nenas kiub - ditoskan airnya)
· 1 tbs susu pekat 

Cream Cheese Frosting
250 gm cream cheese + 4 sudu besar gula kastor + 2 sudu kecil sunquick/ perahan lemon)

Cara-cara:
Pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan minyak, sebatikan.
2 Masukkan pula bahan bahan kering yg telah diayak
  (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam). kaup balik dengan senduk kayu.
3 Akhir sekali, masukkan carrot, raisins. gaul sebati.
4Masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. guna  lidi utk pastikan dalam kek masak.   Apabila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.
5 Bila dah sejuk boleh lah plaster dengan cream cheese dengan penuh kasih sayang....


KEK SPAN PANDAN

KEK SPAN PANDAN
                         
Ni satu lagi kek untuk birthday imran, saya buat kek span pandan jer...

Bahan:

150 gm tepung gandum (ayak bersama baking powder)
150 gm gula kastor
5 biji telur (saya guna saiz biasa)
1 sudu besar ovelett
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar margerin-cairkan
50 ml susu cair
pandan emulco
pewarna hijau
 
Toping 

Fresh cream
sedikit cream cheese
Cara:
1) Campurkan tepung, gula telur,ovelett, baking powder, putar dengan mixer lah...sampai kembang betul (macam warna putih)
2)Masukkan margerin dan susu cair-putr sekejap jer
3) Letak perisa pandan dan sedikit warna hijau
4) Masukkan dalam loyang, letak kertas minyak, bakar 160 darjah sampai masak, dalam lebih kurang 1 jam (cucuk bahagian tengah dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak, rasa lidi tersebut, jika melekit maknanya kek belum masak)
5) Apabila sudah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai...
6) Hiaslah mengikut kreativiti dengan kasih sayang....




Keratan rentas....



KEK CHEESE

KEK CHEESE
                           
Baru nak upload gambar kek semasa birthday anak bongsu saya  Ahmadi Imran Fiqry pada 13 Ogos 2013 yang lalu...genap umurnya 6 tahun.... dia mintak supaya dibuatkan 2 biji kek...amboi amboi..nasib bukan 6 biji kek....



Bahan base:
1 bungkus biskot oreo yang telah dihancurkan
50 gm almond nib
110 gm mentega cairkan

Campurkan mentega yang telah dicairkan ke dalam biskut, gaul sebati dan tekan dalam loyang. Gunakan loyang yang loose base. Bakar dalam 10 minit, 160 darjah celcius.
Base ni boleh ikut suka nak guna biskut apa.

Bahan Filling: 
500 cream cheese-saya guna philadelphia
250 whipping cream UHT-saya guna jenama pauls
30 gm butter-saya guna buttercup jer
130 gm gula kastor
30 gm tepung jagung
4 biji telur
1 sudu perahan lemon/kalau takde guna je sunquick pun boleh..

Cara:
1) Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut, masukkan gula, dan whipping cream
2) Masukkan tepung jagung, dan telur sebiji demi sebiji, putar perlahan hingga sebati
3) Masukkan adunan cream cheese ini ke dalam base biskut tadi
4) Balut loyang dengan aluminium dan bakar secara water bath 160 darjah hingga masak.
5) Sejukkan semalaman dalam peti ais dan bolehlah dihias di atasnya
6) Jika suka boleh hias dengan fresh cream mengikut kreativiti dengan penuh kasih sayang...

happy 6th birthday imran...