Friday, September 18, 2015

BAKED SPIRALS CARBONARA NEEZ'S STYLE

BAKED SPIRALS CARBONARA NEEZ'S STYLE

                         
Hari ni kemalasan melanda..saya masak jer pasta yang ada..kebetulan yang ada cuma spiral pasta ni aje....nak goreng biasa  macam malas pulak..sebut jer carbonara, anak-anak riang gembira....apalagi..mama pun dengan gembiranya terus merebua spiral ni...jomlah tengok cara mudah saya....



Bahan:

A
1 bungkus vegeroni spirals pasta (saya suka guna pasta jenama San Remo)

B
1/2  kotak besar susu segar (kalau tak ada susu segar- boleh juga juga gunakan susu low fat atau full cream- saya biasa gunakan jenama Dutch Lady)
1 tin sos carbonara jenama prego (tin biru)

C
1 bungkus daging Ramly 
1 labu bawang besar potong dadu
1/2  biji capsicum potong dadu
sedikit oregano
minyak zaiton untuk menumis
sedikit lada hitam tumbuk kasar/yang telah siap dikisar kasar
garam secukup rasa
mozarella secukupnya
2 keping chesdale - dihiris (Ini tak letak pun boleh- ikut citarasa)

Cara:
1) Rebus spiral pasta dengan sedikit minyak hingga lembut dan toskan
2)  Tumis bawang hingga naik bau, masukkan daging cincang dan kacau sekata, kemudian masukkan lada hitam,  garam secukup rasa, masukkan sos carbonara, susu dan kemudian masukkan spiral pasta yang telah ditoskan. Kacau sekata dan akhir sekali capsicum dan oregano, kacau lagi perlahan-lahan hngga sebati. Tutup api, jangan sampai terlalu kering.
4) Sediakan bekas tahan bakar/bekas aluminium, masukkan spiral pasta tersebut separuh dan tabur chesdale yang telah dihiris, tutup dengan baki spiral selebihnya dan taburkan mozarella ke atasnya.
5) Bakar 180 darjah hingga mozarella kekuningan.
6) Angkat dan hidang dengan kasih sayang. Makan panas-panas lebih terasa keenakannya.

                  CEPAT, MUDAH DAN ENAK DIMAKAN
     JOM CUBA...

BAKE PENNE PASTA NEEZ'S STYLE

BAKED PENNE PASTA NEEZ'S STYLE

Kalau dah jemu makan nasi, mungkin boleh mencuba resepi pasta yang boleh dipelbagaikan ikut citarasa kita.  Jom tengok cara saya buat pasta yang mudah dan sedap..inshaaAllah.. Anak-anak saya cukup sukakannya....Pasta penni ni boleh jer diubahsuai guna makaroni.  Asalnya pun baked makaroni tapi sebab pasta elbow takde, maka saya gunakan penne pasta ni...





Bahan:

A
1 bungkus penne pasta yang direbus dengan sedikit minyak. Rebus hingga lembut dan toskan.

B
1 kotak besar susu segar (kalau tak ada susu segar- boleh juga juga gunakan susu low fat atau full cream- saya biasa gunakan jenama Dutch Lady)
1 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung
1 tin cheese & herbs jenama prego (tin kuning)

C
1 bungkus daging/ayam cincang Ramly (saya lebih suka guna daging)
1 labu bawang besar potong dadu
1 tin cendawan butang dihiris
1 biji capsicum potong dadu
sedikit oregano
minyak zaiton untuk menumis
sedikit lada hitam tumbuk kasar/yang telah siap dikisar kasar
garam secukup rasa
mozarella secukupnya

Cara:

1) Rebus penne pasta dengan sedikit minyak hingga lembut dan toskan
2) Masak bahan B dengan api perlahan. Kacau hingga sebati dan naik wap
3)  Tumis bawang hingga naik bau, masukkan daging cincang dan kacau sekata, kemudian masukkan lada hitam, cendawan hiris, garam secukup rasa dan masukkan penne pasta yang telah direbus. Kacau sekata dan kemudian masukkan bahan B , dan akhir sekali capsicum dan oregano, kacau lagi perlahan-lahan hngga sebati.Kuah akan menjadi pekat sedikit. Tutup api, jangan biarkan kuah menjadi kering.
4) Sediakan bekas tahan bakar/bekas aluminium, masukkan penne pasta tersebut kedalamnya dan tabur mozarella.
5) Bakar 180 darjah hingga mozarella kekuningan.
6) Angkat dan hidang dengan kasih sayang. Makan panas-panas lebih terasa keenakannya.

SENANG JER KAN...SELAMAT MENCUBA


CARROT CAKE

CARROT CAKE

Sempena ulang tahun kelahiran ke 47..buat kek untuk diri sendiri..takde orang nak sponsor..kesiannya...Tapi untuk yang nak cuba buat, sila lihat resepi di bawah..memang sedap kek ni..




Bahan-bahan ( 9 inci )
Kek

11/4 cawan minyak jagung
4 biji telur gred B
120 gm gula kastor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang dan panggang sebentar
250 tepung kek/ superfine/high ratio (teksture berbeza mengikut jenis tepung)
1 tsp soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis (boleh lebihkan ikut suka)
11/2 cawan karot yang telah disagat/diparut
1 cawan kismis kuning
1 sudu besar susu pekat manis


Cara:

1)  Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kayu manis dan garam, kaup balik dengan menggunakan senduk kayu 

2) masukkan carrot, raisins. gaul sebati.

3) Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati

4) masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C.
5)  gunakan lidi untuk pastikan kek masak.  Apabila kek masak, keluarkan dan sejukkan sebentar. Apabila kek sudah sejuk, bolehlah disapu dengan cream cheese dengan penuh kasih sayang...                     

Cream Cheese Frosting

250 gm cream cheese + 4 sudu besar gula kastor + 2 sudu kecil  perahan lemon)
(Kalau suka cheese banyak boleh lebihkan sukatan- ikut citarasa manis dan masam)




CARAMEL CHEESE CAKE


CARAMEL CHEESE CAKE

Ribuan terima kasih kepada yang memberi sokongan.