Monday, June 3, 2013

STRAWBERRY CHEESECAKE

STRAWBERRY CHEESECAKE

Alhamdulillah, hari ni dapat buat cheesecake lagi.. kebetulan stok cheese masih ada lagi..dan alhamdulillah cuti sekolah ini berpeluang merasai kesejukan di negara sendiri, mana lagi kalau bukan Cameron Highland..dan tentulah buah tangan yang dibeli tak lain tak bukan buah strawberry...hmmm..memang tak sabar sabar nak buat strawberry cheese cake ni...inshaaAllah rasanya sedap.. Jom cuba buat ye supaya kita sama sama dapat masak untuk ahli keluarga tersayang..dan yang penting jangan lupa masak dengan penuh kasih sayang....Kawan saya, Nazri suka beritahu saya, rasa masakan tak penting yang penting hiasan mesti cantik....hahaha....buah strawberry ni kalau letak kat apa jenis kek pun pasti akan jadi cantik....jom lah tengok bahannya...


Bahan base:

1/2 bungkus biskut digestive, hancurkan
50 gm biskot oreo yang telah dihancurkan
50 gm almond nib
110 gm mentega cairkan

Campurkan mentega yang telah dicairkan ke dalam biskut, gaul sebati dan tekan dalam loyang. Gunakan loyang yang loose base.
Base ni boleh ikut suka nak guna biskut apa

Bahan Filling: 
550 cream cheese (Guna 500 gm pun boleh)
250 whipping cream UHT
30 gm butter
130 gm gula
30 gm tepung jagung
4 biji telur
1 sudu sunquick

Cara:

1) Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut, masukkan gula, dan whipping cream
2) Masukkan tepung jagung, dan telur sebiji demi sebiji, putar perlahan hingga sebati
3) Masukkan adunan cream cheese ini ke dalam base biskut tadi
4) Balut loyang dengan aluminium dan bakar secara water bath 160 darjah hingga masak.
5) Sejukkan semalaman dalam peti ais dan bolehlah letakkan strawberry filling di atasnya
6) Jika suka boleh hias dengan fresh cream mengikut kreativiti.








Strawberry ni belum sejuk lagi saya dah potong sebab nak buat bekalan suami pergi kerja...kalau nak pekat lagi boleh masak dengan gelatin tapi saya malas nak masak, tu yang letak jer filling strawberry dan campurkan dengan strawbery toping...