Sunday, January 5, 2014

DWI SERI MUKA (2)

DWI SERI MUKA (2)
Stok pulut masih banyak dalam simpanan..apalagi..buat ler seri muka supaya muka kekal berseri..hehehe..saya masih menggunakan pulut hitam di bahagian bawah sebab rasanya lain sikit dengan pulut putih. Baunya pun wangi sikit macam makan bubur pulut hitam pulak...
Jom tengok resepi saya yang senang kerana saya suka buat yang senang senang aje....


Lapisan bawah:
500 gm pulut separa hitam ( dalam 2 1/2 cawan) -rendam selama 4-5 jam
2 sudu kecil garam
300 ml santan
300 ml air
1) Sapukan loyang dengan sedikit minyak
2) Campurkan semua bahan dan kukus selama 20 minit. 
3) Selepas 10 minit dikukus, kacau pulut dalam loyang supaya santannya sekata.
4) Apabila sudah diangkat, tekan dan ratakan pulut dengan senduk.

Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu garam halus
2 cawan santan
3/4 cawan gula
1 cawan air pandan
2 biji kuning telur
sedikit pewarna hijau/pandan paste

1) Kisar semua bahan, panaskan atas api sekejap sahaja dan kacau.
2) Masukkan pula ke dalam pulut tadi.  Kukus selama 30 minit. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak masuk.
3) Angkat dan sejukkan
4) Apabila telah sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik supaya cantik.  Hidangkan dengan kasih sayang...


SELAMAT MENCUBA ....

SESAME DINNER ROLL CLASSIC

SESAME DINNER ROLL CLASSIC
Layan roti lagi..sebab senang buat roti ni..tambahan pula saya hanya gunakan bahan yang ada di rumah..tak letak bread improver pun sebab takde..tapi tetap lembut..apalagi jika dimakan sewaktu panas-panas...

Bahan:
1 cawan air + 1 biji telur ( bagi penuh air + telur)
3 sudu besar butter/marjerin
1 sudu teh garam
3 1/4 cawan tepung roti/high protein
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula pasir
2 sudu teh yis kering

Bahan sapuan:
1 biji telur
1 sudu besar air

Bahan Tabur:
Sesame ( Bijan) secukupnya

Cara:
1) Uli semua bahan, boleh juga dimasukkan ke dalam bread maker dan setting doh
2) Jika uli dengan tangan, uli sekata dan biarkan hingga doh naik, tumbuk dan buang angin dalam doh
3) Bahagikan doh kepada 18 bahagian dan bulatkan. Letakkan sedikit tepung supaya tidak melekat
4) Letakkan dalam dulang pembakar dan jarakkan. Lebih baik tutupkan. 
5) Biarkan doh dalam 30 minit atau sehingga naik doh dua kali ganda
6) Sapukan telur ke atas doh . Taburkan bijan secukupnya dan bakar 16

0 darjah selama 10-15 minit atau hingga kekuningan
7) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...

CHEDDAR CLASSIC ROLL

CHEDDAR CLASSIC ROLL

Malam malam ni buat roti ini untuk sarapan esok pagi...jom tengok cara mudah yang saya buat ...

Bahan:
1 cawan air + 1 biji telur ( bagi penuh air + telur)
3 sudu besar butter/marjerin
1 sudu teh garam
3 1/4 cawan tepung roti/high protein
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula pasir
2 sudu teh yis kering

Bahan sapuan:
1 biji telur
1 sudu besar air

Bahan Tabur:
parutan cheddar cheese secukupnya

Cara:
1) Uli semua bahan, boleh juga dimasukkan ke dalam bread maker dan setting doh
2) Jika uli dengan tangan, uli sekata dan biarkan hingga doh naik, tumbuk dan buang angin dalam doh
3) Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan bulatkan. Letakkan sedikit tepung supaya tidak melekat. Untuk 1 roti perlukan 3 doh kecil dan gentel memanjang, kemudian tocangkan seperti tocang rambut. Adunan ini mendapat lebih kurang 10 keping roti.
4) Letakkan dalam dulang pembakar dan jarakkan. Lebih baik tutupkan. 
5) Biarkan doh dalam 30 minit atau sehingga naik doh dua kali ganda
6) Sapukan telur ke atas doh dan bakar 160 darjah selama 10-15 minit atau hingga kekuningan
7) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...