Monday, April 15, 2013

STRAWBERRY SWEET CAKE

STRAWBERRY SWEET CAKE

Dah lama nak buat strawberry cake.  Tambahan pulak DD (Mardiah Ahmed Khatidin) bagi jem strawberry dari Cameron Highland..lagi lah bersemangat nak buat..tengah sukat tepung tanya en rani, nak buat strawberry cake ni guna sponge cake atau kek biasa..en rani kata kek biasa, tak nak sponge kek...so..layan lah kek strawberry biasa..dan kemenjadiannya pun tak lah selembut sponge cake yer...tapi in shaa Allah ..sedap tetap sedappp.....

Bahan:
180gm butter
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung naik sendiri-ayak
4 sudu besar susu cair
3 biji telur gred A (saya guna 4 biji telur gred B)- asingkan kuning dan putih telur
strawberry paste dan strawberry emulco

Cara:
1)  Pukul butter dan gula hingga kembang
2)  Masukkan putih telur satu persatu- pukul hingga kembang dan masukkan kuning telur satu 
     persatu- pukul lagi
3)  Masukkan susu cair dan tepung- pukul perlahan atau guna spatula sahaja
4)  Masukkan strawberry paste dan sedikit strawberry emulco, kacau sebati
5)  Masukkan dalam loyang yang telah diletak kertas minyak, gris tepi dengan sedikit butter
6)  Bakar dengan suhu 160 darjah sehingga masak lebih kurang sejam
7)  Apabila telah masak, angkat dan sejukkam atas redai
8)  Boleh dipotong apabila telah sejuk atau sekiranya hendak menghiasnya, gunakan fresh cream
     yang dicampur sedikit strawberry paste, pukul hingga bertanduk dan hiaskan mengikut kreativiti 
     sendiri.
9)  Sekiranya telah siap semuanya, hidangkan dengan penuh kasih sayang semanis strawberry....