Friday, January 17, 2014

KEK COKLAT LEMBAB

KEK COKLAT LEMBAB
Ini resepi kek coklat pertama yang saya buat hampir 20 tahun yang lalu...saya kongsikan disini supaya boleh digunakan oleh anak-anak atau sesiapa sahaja yang berminat...kek ini pernah saya bawa untuk jamuan di kelas semasa mengajar di convent klang, dan juga sebagai hantaran pertunangan anak saudara....hehehe..teringat nostalgia pulakkk..




Bahan:
2 3/4 cawan tepung superfine/tepung kek
2 cawan gula kaster
1 1/2 cawan mentega
1 1/4 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan air sejuk
1 1/2 sudu teh esen vanila
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 biji kuning telur

Cara:
1) Tepung dan koko di ayak dua kali..(saya kalau malas, ayak sekali jer..hehe)
2) Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji sebiji
3) Masukkan tepung selang seli dengan air sedikit sedikit, kacau sebati
4) Bakar dengan suhu 180 darjah hingga masak
5) Boleh letak toping jika suka dan hidang dengan kasih sayang..

Toping
1 tin besar susu pekat
1 1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko
1/3 cawan minyak jagung
sedikit garam

coklat rice/ badan/parutan coklat- untuk tabur

Cara:
1)  Campurkan semua bahan kecuali vanila  dan masak secara double boiler
2) Apabila hampir pekat dan berkilat, masukkan vanila
3) Tuang atas kek bila suam sedikit...


4) Taburkan kepingan badam yang dipanggang atau parutan coklat


KEK NI MEMANG SEDAPPP..CUBALAH..

TART NENAS GULUNG



TART NENAS GULUNG

Ini resepi tart nenas gulung yang saya buat jual...boleh cuba yer...resepi ini telah dikongsikan kepada saya oleh saudara saya Jah Nyai Su dan galakkan saya buat untuk jual.....terima kasih jah....

Bahan:
21/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula icing
1 buku buttercup (250 gm)

inti nenas secukupnya

1 biji kuning telur untuk sapu

Cara:
1) Pukul butter dengan gula icing hingga kembang
2) Campurkan tepung dan susu, uli sekata
3) Masukkan dalam acuan dan terap
4) Masukkan inti dan gulung tart
5) Sapu di atasnya kuning telur
6) Bakar 180 darjah hingga kuning
7) Angkat dan hidang dengan kasih sayang

TART NENAS BUNGA

TART NENAS BUNGA
Rajin pula nak membuat tart ..dah macam nak raya pulak..First time buat bentuk bunga ni..hodoh la sikit rupanya....tapi rasanya..inshaaAllah superb....jom tengok resepinya..


Bahan:
1 buku buttercup (250 gm)
2 1/2 cawan tenpung gandum ( Keluarkan sedikit untuk canai tepung agar tidak melekat)
1/4 cawan tepung kastard
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula kastor
1 sudu besar susu tepung
sedikit vanila
1 biji telur

inti nenas secukupnya

pewarna hijau 

Cara:
1) Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur dan vanila
2) Masukkan semua tepung dan uli sekata
3) Ambil sedikit adunan dan warnakan dengan warna hijau
4)) Canaikan tepung dan terap dengan acuan tart bulat, letakkan inti dan lipat 2 kemudian bentuk kan seperti bunga
5) Ambil lagi yang berwarna hijau ..terap dengan acuan tart bulat, potong 2 dan letakkan di bawah bunga tersebut seperti kelopaknya.
6) Bakar 180 darjah hingga kekuningan
7) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...

SELAMAT MENCUBA




KEK COKLAT CHEESE

KEK COKLAT CHEESE
Lama dah anak buat kek ni..tapi baru berkesempatan..kebetulan pulak nak berkumpul di rumah ibu mertua sempena cuti...hmmm layan lahh...
Bahan :
A) 2 cawan tepung naik sendiri
    1 cawan serbuk koko
    1 sudu teh baking powder
    1/2 sudu teh soda bikarbonat

    Ayak semua bahan

B) 1 cawan minyak masak
    1 cawan susu pekat
   1 cawan susu cair
   2 biji telur
   1 cawan gula kastor

    Putar bahan/ atau kacau guna senduk/whisk

C) 250 gm cream cheese
     1 sudu besar  tepung gandum
     1 biji telur
     1 sudu air biasa
     4 sudu besar gula kastor
    
    Pukul semua bahan hingga lembut dan sebati

Cara:
1)  Griskan loyang dan letak kertas minyak
2)  Masukkan A ke dalam B- kacau sebati
3)  Ambil separuh adunan dan masukkan dalam loyang, kukus dalam 25-30  minit
4)  Masukkan adunan cheese pula dan kukus lagi dalam 20-25 minit
5) Masukkan separuh lagi adunan dan kukus sehingga masak
6) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...kalau suka boleh letak toping dan taburkan badam..ikut kreativiti dan kesukaan masing masing...

Toping
1 tin besar susu pekat
1 1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko
1/3 cawan minyak jagung
sedikit garam

Cara:
1)  Campurkan semua bahan kecuali vanila  dan masak secara double boiler
2) Apabila hampir pekat dan berkilat, masukkan vanila
3) Tuang atas kek bila suam sedikit...
4) Taburkan kepingan badam yang dipanggang atau parutan coklat