Thursday, June 6, 2013

TAUGE HIJAU GORENG

TAUGE SERI HIJAU

Sedapnya tauge ni..kalau makan dengan nasi panas panas, ada ikan kering..perghhh...Jom goreng dengan cara Neez's style yang paling simple....

Bahan:
1 bungkus tauge hijau (saya panggil tauge cina)
1/2 ketul kiub ayam knorr
sedikit belacan
2 ulas bawang putih-ketuk atau hiris
1 labu bawang besar- hiris menegak

Cara:
1) Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau dan kekuningan
2) Masukkan kiub dan belacan
3) Masukkan tauge dan gorenglah dengan kasih sayang..
4) Goreng sekejap sahaja jangan terlalu layu sangat..
5) Apabila telah siap, bolehlah diratah begitu sahaja atau dijadikan lauk untuk hidangan..yang pastinya dengan kasih sayang...






TELUR SERI CAPSICUM

TELUR SERI CAPSICUM

Hahaha...pertama kali tengok sahabat saya Mona Riduan post gambar telur dalam capsicum ni dalam FB, saya sudah rasa tertarik untuk mencubanya...kebetulan tempohari ada membeli capsicum yang besar pulak...apalagi..semangat untuk mencuba terus membara walaupun tengah dalam keadaan terlalu sibuk menyiapkan tugasan.  Tambahan pulak ada buat roti pagi tadi.. Hmmm...teruja dengan kemenjadiannya....

Bahan:

Capsicum  dipotong agak agak tebalnya
Telur
Lada sulah

Cara:

1) Sediakan pan- panaskan dengan api perlahan
2) Letakkan capsicum yang telah dipotong di tengah tengah pan
3) Pecahkan telur di dalam capsicum tersebut dan tambahkan lada sulah
4) Apabila telur sudah masak sepenuhnya, bolehlah dihidangkan bersama roti dengan penuh kasih sayang..