Monday, December 23, 2013

SNOW CHEESE CAKE

SNOW CHEESE CAKE
Layan gambar jer dulu yer..










ROTI GULUNG KASIH

ROTI GULUNG KASIH
Dah hampir sepuluh tahun roti ni dalam kepala..teringin nak buat...Agaknya sebab senang sangat maka sampai tak terbuat...ini saya dapat daripada Puan Foziah Buang yang pada masa itu PK Hem di sekolah saya iaitu salah satu menu untuk VIP dalam program CPCP peringkat kebangsaan di sekolah ttdi jaya..saya begitu teruja melihat roti ini dan bertanyakan resepinya..Berbekalkan ingatan yang ingat-ingat lupa maka kini setelah hampir sepuluh tahun saya cuba membuatnya,..alhamdulillah jadi dan sedap kerana saya memang suka roti...


Bahan/Cara:
1) Roti gardemia digelek tipis
2) Scramble egg -( telur, saun sup, lada sulah, cili capsicum, udang cincang halus, garam-goremg jadikan scramble)
3) Sapukan sedikit planta pada roti yang digelek tadi, masukkan scramble egg gan gulung padat padat
4) Letak dalam aluminium dan masukkan ke dalam peti ais sebentar atau semalaman
5) Potong roti dan hidang dengan kasih sayang


HOKKAIDO CUP CAKE

HOKKAIDO CUP CAKE
Bahan A:
3 biji kuning telur
20 gm gula kastor
35 gm minyak jagung
60 gm susu segar
70 gm tepung kek

Bahan B
3 biji putih telur
25 g gua kastor

Cara:
1)  Pukul kuning telur dengan gula, guna whisk pun tak per
2) Masukkan minyak, susu dan tepung kek, kacau sekata
3) Pukul bahan B hingga bertanduk, kaup balik dengan bahan A
4) Bakar 170 darjah hingga masak

Filling:
60 gm dairy whipping cream
10 gm gula kastor
1 tsp instant custard powder

Cara:
1) Pukul whipping cream dan gula kastor, masukkan instant custard, kacau sebati
2) Picitkan ke dalam kek 
3) Hias kek dengan gula icing dan ceri..

                             

DWI SERI MUKA

DWI SERI MUKA
Sejak En Jamil suami kak Aisyah yang mejaga Eween sewaktu kecil bertandang ke rumah tempoh hari dan ercerita tentang kuih seri muka, suami saya pulak suka nak makan kuih seri muka ini..dan kebetulan ada banyak stok pulut yang di beli di pekan Danok, Thailand bulan lepas..maka inilah hasilnya...

Lapisan bawah:
500 gm pulut (saya letak 250 gm pulut susu , 250 pulut separa hitam)-rendam selama 4-5 jam
2 sudu kecil garam
300 ml santan
300 ml air
1) Sapukan loyang dengan sedikit minyak
2) Campurkan semua bahan dan kukus selama 20 minit. 
3) Selepas 10 minit dikukus, kacau pulut dalam loyang supaya santannya sekata.
4) Apabila sudah diangkat, tekan dan ratakan pulut dengan senduk.

Lapisan Atas:

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu garam halus
2 cawan santan
3/4 cawan gula
1 cawan air pandan
2 biji kuning telur
sedikit pewarna hijau/pandan paste

1) Kisar semua bahan, panaskan atas api sekejap sahaja dan kacau.
2) Masukkan pula ke dalam pulut tadi.  Kukus selama 30 minit
3) Angkat dan sejukkan
4) Apabila telah sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik supaya cantik.  Hidangkan dengan kasih sayang...


TART BLUEBERRY

TART BLUEBERRY

Bahan Pastri:
250 gm buttercup
150 gm gula icing
2 biji telur
500 gm tepung gandum
sedikit esen vanila jika suka

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan uli dengan hujung jari hingga sebati
2) Ambil sedikit sedikit dan tekankan ke dalam bekas mengikut bentuk
3) Cucuk dengan garpu sedikit di tengah-tengahnya
4) Bakar 170 darjah hingga sedikit perang, jangan terlalu perang atau hangus..
5) Angkat dan biarkan sejuk, keluarkan dari acuan

Filling:
250 cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur
sedikit perahan lemon/sedikit sunquick

Cara:
1) Campur semua bahan filling dan pukul hingga gebu
2) Masukkan blueberry filling ke dalam tart shell dan kemudian masukkan pula cream cheese
3) Hiaslah diatasnya dengan lukisan atau corak yang digemari.
4) Bakar dalam oven 160 darjah selama 10 minit..jangan hangus pulak cream cheese nya ya
5) Angkat dan hidang dengan kasih sayang..


TART SHELL

TART SHELL
Tart shell ni boleh dipelbagaikan isi di dalamnya ..terpulang pada kreativiti kita...nak buat fruit tartlet ker..cheese tart ker...strawberry tart ker..blueberry tart ker..apple tart ker...apa lagi yekkk...hmm anak-anak lelaki saya suka makan tart shell ini kosong begitu sahaja....


Bahan Pastri:
250 gm buttercup
150 gm gula icing
2 biji telur
500 gm tepung gandum
sedikit esen vanila jika suka

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan uli dengan hujung jari hingga sebati
2) Ambil sedikit sedikit dan tekankan ke dalam bekas mengikut bentuk
3) Cucuk dengan garpu sedikit di tengah-tengahnya
4) Bakar 170 darjah hingga sedikit perang, jangan terlalu perang atau hangus..
5) Angkat dan biarkan sejuk, keluarkan dari acuan
6) Simpan dalam bekas kedap udara. Simpan pun kenalah dengan kasih sayang...supaya tahan lama..


MARI MERAJINKAN DIRI MEMBUAT TART SHELL INI...