Monday, December 23, 2013

TART SHELL

TART SHELL
Tart shell ni boleh dipelbagaikan isi di dalamnya ..terpulang pada kreativiti kita...nak buat fruit tartlet ker..cheese tart ker...strawberry tart ker..blueberry tart ker..apple tart ker...apa lagi yekkk...hmm anak-anak lelaki saya suka makan tart shell ini kosong begitu sahaja....


Bahan Pastri:
250 gm buttercup
150 gm gula icing
2 biji telur
500 gm tepung gandum
sedikit esen vanila jika suka

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan uli dengan hujung jari hingga sebati
2) Ambil sedikit sedikit dan tekankan ke dalam bekas mengikut bentuk
3) Cucuk dengan garpu sedikit di tengah-tengahnya
4) Bakar 170 darjah hingga sedikit perang, jangan terlalu perang atau hangus..
5) Angkat dan biarkan sejuk, keluarkan dari acuan
6) Simpan dalam bekas kedap udara. Simpan pun kenalah dengan kasih sayang...supaya tahan lama..


MARI MERAJINKAN DIRI MEMBUAT TART SHELL INI...

No comments:

Post a Comment