Tuesday, January 14, 2014

NESCAFE CHEESE CAKE

NESCAFE CHEESE CAKE
Layan gambar dulu yer..tak sempat nak tulis resepi..


ROTI BUTTER BOBOY

ROTI BUTTER BOBOY
Saya belasah jer bagi nama glamer kat roti ni..sebab ala ala roti boy yang popular tu..jadi bagi nama pun hampir hampir sama lah..tak ler meniru kan..hehehe.. Semerbak bau roti..dah macam kilang roti pulak rumah saya...Jom layan resepi yang kakak saya Rahimah Mohd Said share...

Bahan:
Inti
200gm buttercup
1/2 sudu teh esen vanila
70 gm gula perang
Pukul semua bahan selama lebih kurang 3 minit

Toping
100 gm buttercup
80 gm gula icing
2 biji telur gred B
1 sudu besar nescage, campurkan dengan 1/2 sudu besar air panas
100 gm tepung gandum diayak

 Putar butter, masukkan semua bahan dan putar lagi hingga sebati

Doh Roti
500 gm tepung roti - ayak
1 sudu kecil bread improver 
1 sudu kecil bread softner/shortening
75 gm gula kastor
3 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
1 biji telur-dipukul guna sudu/garfu
250 ml fresh milk
60 gm buttercup

Cara:
1)  Gaul tepung, gula, garam, masukkan yis, bread improver dan softener, dan digaul rata.
2)  Masukkan telur dan fresh milk, gaul hingga menjadi doh
3)  Masukkan mentega dan uli hingga licin, rehatkan hingga kembang 2 kali ganda
4) Ambil sedikit doh dan bulatkan, isikan inti dan tutup semula
5) Letakkan atas dulang pembakar yang ditabur sedikit tenung atau digriskan dan biarkan hingga doh naik, tutupkan dengan kain basah.  Untuk mencepatkan doh naik, boleh diletakkan di tempat berhaba, contohnya letakkan dulang pembakar di atas periuk air panas. tetapi doh mestilah ditutup dengan kain basah
6) Apabila doh telah naik sekali ganda, paipkan toping ke atasnya
7) Bakar dengan suhu 170 darjah hingga bun keperangan
8) Angkat dan hidang panas panas dengan kasih sayang.....

Nampak macam susah tapi sebenarnya senang aje....jomlah cuba...



KEK MINYAK COKLAT

KEK MINYAK COKLAT
Hujan-hujan ni rasa boring pulak kalau tak membaking..jadi buat ajelah kek yang senang ni...Jom layann...
Bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1 sudu besar ovelette
1 cawan minyak jagung 
1 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanila
pewarna coklat
coklat emulco
sedikit serbuk koko (diayak)

Cara:
1) Pukul telur, gula dan ovelette hingga gebu- kelajuan tinggi
2) Masukkan susu,minyak, tepung gandum baking powder dan esen vanila, putar perlahan
3) Bahagikan kepada dua bahagian, warna asal dan satu lagi warna coklat
4) Masukkan ke dalam loyang berselang seli seperti membuat marble cake
5) Bakar 170 darjah sehingga masak lebih kurang 1 jam mengikut oven masing-masing
6) Hidangkan dengan kasih sayang

SELAMAT MENCUBA

GOLDEN OREO CHEESE CAKE

GOLDEN OREO CHEESE CAKE
Saya buat kek ini untuk hadiah kepada Prof Saedah yang telah dinaikkan pangkat...untuk berkongsi kesyukuran dan kegembiraan tanda terima kasih kami kepada beliau...Disebabkan prof suka makan cheese cake, maka terhasillah kek ini...

Bahan base:
1 bungkus biskot golden oreo yang telah dihancurkan- buang creamnya
50 gm almond nib
110 gm mentega cairkan

Campurkan mentega yang telah dicairkan ke dalam biskut, gaul sebati dan tekan dalam loyang. Gunakan loyang yang loose base. Bakar dalam 10 minit, 160 darjah celcius.
Base ni boleh ikut suka nak guna biskut apa.

                        
Bahan Filling: 
550 cream cheese-saya guna philadelphia
200 whipping cream UHT-saya guna jenama emborg
30 gm butter-saya guna buttercup 
130 gm gula kastor
30 gm tepung jagung
4 biji telur
1 sudu perahan lemon/kalau takde guna je sunquick pun boleh..

Cara:
1) Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut, masukkan gula, dan whipping cream
2) Masukkan tepung jagung, dan telur sebiji demi sebiji, putar perlahan hingga sebati
3) Masukkan adunan cream cheese ini ke dalam base biskut tadi
4) Balut loyang dengan aluminium dan bakar secara water bath 160 darjah hingga masak.
5) Sejukkan semalaman dalam peti ais dan bolehlah dihias di atasnya
6) Jika suka boleh hias dengan fresh cream mengikut kreativiti dengan penuh kasih sayang...









ROSE STRAWBERRY CHEESE CAKE

ROSE STRAWBERRY CHEESE CAKE

Bahan:
(A)
300 ml susu segar
150gm cream cheese
110 gm mentega

(B)
3 biji kuning  telur

(C)
3 biji putih telur
90 gm gula kastor

(D)
110 gm tepung gandum-ayak

(E)
1 sudu teh esen vanila

(F)
strawberry filling secukupnya

Topping:

Butter
strawberry emulco
gula icing
air panas


Cara:
1) Cairkan bahan A dengan api perlahan, kacau, dan sejukkan
2) Pukul Bahan B, dengan whisk jer pun tak per hingga agak pekat
3) Pukul bahan C hingga bertanduk
4) Masukkan Bahan D, E dalam A, kacau sebati
5) Akhir sekali masukkan bahan C, kaup balik sahaja
6) Masukkan sedikit adunan dalam loyang 8 inci, letak sesenduk atau dua senduk dan kemudian letakkan strawberry filling, ikut ler macammana nak letak..boleh buat lingkaran juga-masukkan dalam plastik, gunting  dan picit jadi macam lingkaran ubat nyamuk....selepas itu letak lagi sesenduk atau dua senduk adunan..ulangi hingga selesai....
7) Masukkan dalam oven.175 darjah.bakar  secara water bath...hingga masak lebih kurang 1 jam
8) Apabila telah sejuk,sapukan butter topping di sekelilingnya dan hiaslah mengikut kreativiti masing-masing....
9) Dah siap..., keluarkan ler..dan hidanglah dengan kasih sayang....


CHEDDAR CLASSIC ROLL(2)

CHEDDAR CLASSIC ROLL (2)
 Roti lagi yer...


Bahan:
1 cawan air + 1 biji telur ( bagi penuh air + telur)
3 sudu besar butter/marjerin
1 sudu teh garam
3 1/4 cawan tepung roti/high protein
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula pasir
2 sudu teh yis kering

Bahan sapuan:
1 biji telur
1 sudu besar air

Bahan Tabur:
parutan cheddar cheese secukupnya

Cara:
1) Uli semua bahan, boleh juga dimasukkan ke dalam bread maker dan setting doh  Roti yang ni saya uli tangan aje
2) Jika uli dengan tangan, uli sekata dan biarkan hingga doh naik, tumbuk dan buang angin dalam 
doh
3) Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan bujurkan . Letakkan sedikit tepung supaya tidak melekat.   Adunan ini mendapat lebih kurang 11 bun roti.
4) Letakkan dalam dulang pembakar dan jarakkan. Lebih baik tutupkan. 
5) Biarkan doh dalam 30 minit atau sehingga naik doh dua kali ganda
6) Sapukan telur ke atas doh, taburkan parutan cheddar cheese ke atasnya dan bakar 160 darjah selama 10-15 minit atau hingga kekuningan
7) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...

Tips:
Untuk mendapatkan doh agar cepat naik, wapkan doh dengan meletakkan bekas doh di atas bekas berisi air panas, tutup doh dengan kain basah.