Saturday, May 17, 2014

CUSTARD TART

CUSTARD TART
Hari ni meluangkan masa untuk mengisi entry ni...keluarkan gambar gambar lama yang belum dimasukkan..yang senang dibuat...jom tengok....

Bahan Pastri:
250 gm buttercup
150 gm gula icing
2 biji telur
500 gm tepung gandum
sedikit esen vanila jika suka

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan uli dengan hujung jari hingga sebati
2) Ambil sedikit sedikit dan tekankan ke dalam bekas mengikut bentuk
3) Cucuk dengan garpu sedikit di tengah-tengahnya
4) Bakar 170 darjah hingga sedikit perang, jangan terlalu perang atau hangus..
5) Angkat dan biarkan sejuk, keluarkan dari acuan
6) Simpan dalam bekas kedap udara. Simpan pun kenalah dengan kasih sayang...supaya tahan lama..

CUSTARD 
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara:
Kacau dengan kasih sayang semua bahan atas api perlahan sampai likat, kemudian sejukkan.  Paipkan guna piping bag ke dalam shell tart yang telah disiapkan lebih awal tadi. Kalau nak lebih sedap, masukkan ke dalam peti sejuk,,pasti nyaman gitu,...

Hiasan:
Buah strawberry secukupnya- hias ikut kreativiti...

BLUEBERRY CHEESE CAKE

BLUEBERRY CHEESE CAKE
Ni sebenarnya gambar lama..tapi terlupa nak masukkan dalam blog ni..hehehe...jangan marah...tapi kek ni memang senang dan sedap...tak heavy sangat rasanya....saya sharekan resepinya....moga bermanfaat untuk semua yang ingin mencuba...
Bahan:
(A)
300 ml susu segar
150gm cream cheese
110 gm mentega

(B)
3 biji kuning  telur

(C)
3 biji putih telur
90 gm gula kastor

(D)
110 gm tepung gandum-ayak

(E)
1 sudu teh esen vanila

(F)
blueberry filling secukupnya

Cara:
1) Cairkan bahan A dengan api perlahan, kacau, dan sejukkan
2) Pukul Bahan B, dengan whisk jer pun tak per hingga agak pekat
3) Pukul bahan C hingga bertanduk
4) Masukkan Bahan D, E dalam A, kacau sebati
5) Akhir sekali masukkan bahan C, kaup balik sahaja
6) Masukkan sedikit adunan dalam loyang 8 inci, letak sesenduk atau dua senduk dan kemudian letakkan blueberry filling, ikut ler macammana nak letak..boleh buat lingkaran juga-masukkan dalam plastik, gunting  dan picit jadi macam lingkaran ubat nyamuk....selepas itu letak lagi sesenduk atau dua senduk adunan..ulangi hingga selesai....
7) Masukkan dalam oven.175 darjah.bakar  secara water bath...hingga masak lebih kurang 1 jam
8) Dah masak, keluarkan ler..dan hidanglah dengan kasih sayang....



CREAM PUFF SNOW

CREAM PUFF SNOW
Hari ni saya menyiapkan tempahan cream puff....alhamdulillah siap mengikut waktunya.....saya tabur gula icing banyak banyak...kemudian saya tapiskan pula snow powder bagi meriah gitu,,,tu lah jadi namanya cream puff snow...jom cuba buat sendiri..pasti jadi...

PUFF:

100 gm margerin
250 gm air
125 gm tepung gandum-ayak
3 biji telur
sedikit garam

Cara:
1.  Kacau margerin dan air atas api kecil sampai larut, masukkan garam
2. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau cepat-cepat dan jadi doh yang tak melekat, tapi dohnya memang nampak lembik sikit, angkat dan ketepikan
3.  Apabila sejuk, masukkan telur dan kacau- saya guna mixer secara perlahan
4.  Picitkan adunan guna nozzle bintang ke atas dulang pembakar dan picitkan ikut bentuk bulatan. Picit pun kenalah dengan kasih sayang..
5.  Masak 180 darjah sampai kekuningan
6.  Apabila sejuk, potong 2 dan masukkan filling, dan boleh tapiskan gula icing diatasnya supaya nampak cantik dan sedap..kalau nak lagi cantik, tapiskan snow powder...warna putih kekal lebih lama berbanding gula icing...
7.  Boleh leh dihidangkan dengan kasih sayang...


CUSTARD CREAM FILLING
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara:
Kacau dengan kasih sayang semua bahan atas api perlahan sampai likat, kemudian sejukkan.

JOM CUBA...