Saturday, July 6, 2013

KEK KASIH STRAWBERRY

KEK KASIH STRAWBERRY

Alhamdulillah hari ini saya dapat menyiapkan kek ini yang saya namakan Kek Kasih Strawberry sempena ulang tahun bulan Julai keluarga kami, anakanda saya Ahmad Izzwan Fiqry, abang ipar, Abdul Zaki, anak saudara, Nur Elyani Nadhirah, Raja Jamal Hedar dan cucu saudara, Raja Harraz Fahmi.. demi kasih sayang..siap jugalah kek ini seperti mana yang dirancang..moga panjang umur, murah rezeki, dan sentiasa mendapat limpahan rahmat Allah...





Bahan:

150 gm tepung gandum (ayak bersama baking powder)
150 gm gula kastor
5 biji telur (saya guna saiz biasa)
1 sudu besar ovelett
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar margerin-cairkan
50 ml susu cair
sedikit strawberry emulco
sedikit strawberry paste
sedikit pewarna merah
buah strawberry untuk hiasan
gula icing untuk hiasan

Toping 
strawberry filling campur strawbery toping
30 ml air
1 sudu teh gelatin

Cara:
1) Campurkan tepung, gula telur,ovelett, baking powder, putar dengan mixer lah...sampai kembang betul (macam warna putih)
2)Masukkan margerin dan susu cair-putr sekejap jer
3) Letak perisa strawberry (emulco dan paste) dan sedikit warna merah
4) Masukkan dalam loyang, letak kertas minyak, bakar 160 darjah sampai masak, dalam lebih kurang 1 jam (cucuk bahagian tengah dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak, rasa lidi tersebut, jika melekit maknanya kek belum masak)
5) Apabila sudah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai...





Saya hias keliling kek ni guna fresh cream saja..fresh cream tu putar sampai kental (tak jatuh) dan lepas tu letak sedikit pewarna merah dan strawberry emulco, kacau aje dengan spatula, lepas tu hias keliling kek ikut kreativiti...saya ni masih keras tangan lagi...hentam aje..




Cara nak buat toping tu..campurkan gelatin dan air, cairkan cara double boiler, kemudian campurkan sahaja strawberry filling tu....hmmm..kalau rasa agak cair, letakkan sekejap dalam peti ais tapi jangan lama sangat takut beku pulakkkk...




 Sorry ler yer..banyak pulak gambar..sebab suka tengok warnanya...





HAPPY BIRTHDAY....