PIZZA NEEZ'STYLE
Bahan:
1 cawan air
2 sudu makan minyak zaiton
1 sudu teh garam halus
3 cawan tepung
2 sudu makan yis kering
(kalau suka boleh tumbukkan sedikit lada hitam)
Cara:
1) Campurkan semua bahan, masukkan dalam breadmaker, setting pizza dough
2) Jika tiada breadmaker, campur semua bahan, uli hingga elastik, kemudian apabila sudah naik, tumbuk buangkan angin.
3) Bahagi 2 bahagian, letakkan sedikit tepung dan canaikan sedikit, guna tangan pun takpe.
4) Isikan intinya ikut kegemaranan sendiri, sapu doh yang dicanai dengan sos tomato & sos cili, kemudian letaklah/ inti yang disukai...yang penting mesti tabur mozarella banyak sikit...bakar dengan penuh kasih sayang.