Wednesday, December 14, 2016

NASI TOMATO

NASI TOMATO



Bahan:
1 kilo beras basmathi- cuci dan rendam sekejap supaya nasi cantik

Bahan hiris:
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
sedikit halia- hiris
3 beradik - bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga
sedikit minyak sapi, minyak jagung, dan 3 sudu margerin ( kalau takde minyak sapi pun takper, lebihkan sikit minyak jagung)

Bahan kisar:
2 labu bawang besar
11/2 inci halia
3 ulas bawang putih

1 tin kecil tomato puree
1/2 tin susu cair
3 biji buah tomato- kisar
garam secukup rasa
daun pudina ( tak letak pun tak pe)

Cara:
1) Tumis bahan hiris, agak agak garing, masukkan bahan kisar
2) Campurkan tomato puree dan tomato kisar
3) Masukkan air (sukatan air sama dengan beras, lebihkan sikit sahaja airnya)
4) Apabila air mendidih, masukkan susu cair dan garam
5) Masukkan beras yang sudah dicuci, kacau dan tutup periuk,  api sederhana
6) Kacau nasi dengan penuh kasih sayang , masukkan daun pudina jika ada dan kecilkan api
7) Kalau nasi dah masak, tutup ler api tuu....

Kalau malas nak masak ayam ...makan dengan ikan bawal  sweet sour ni pun ok jugak...tambah dengan jelatah...ok jer..


TRIO CARAMEL

TRIO CARAMEL




PUDING JAGUNG

PUDING JAGUNG

Bahan:
1 cawan tepung kastard
1 tin jagung manis
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Cara:
1)  Masukkan semua bahan, dan kacau perlahan atas api, kacau hingga likat
2) Masukkan ke dalam acuan yang disukai dan sejukkan
3) Nak hidang dengan buah-buah koktel pun boleh
4) Hidang dengan kasih sayang


CHIFFON MANGO

CHIFFON MANGO




KEK MARBLE SUSU

KEK MARBLE SUSU




KUIH BELIMBING

KUIH BELIMBING
Nama asalnya kuih belimbing..saya terjumpa resepinya di dalam surat khabar..rupanya sama jer macam Churross..adoiiii....



Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar mentega
1 sudu besar gula
1 sudu kecil vanila

Cara:
Didihkan air, gula, mentega
Masukkan tepung dan kacau
Piping dan goreng dalam minyak
Tabur dengan gula icing
Hidang dengan kasih sayang


SUP HARIRA

SUP HARIRA
Sup ini dikenali juga sebagai Queen Soup of Morocco....sangat sedap dan segar...saya teruja apabila makan sup ini di Morocco..balik ke Malaysia terus cari resepi di internet...



KUIH SAGU

KUIH SAGU
Teringat buat kuih ni semasa melawat arwah ibu mertuaku di rumah birasku Julie...


Bahan/Cara
Sagu biji warna merah
gula
kelapa parut putih
sedikit garam

1. Sagu biji dibasuh dan ditoskan airnya
2. Masak air hingga mendidih dan masukkan sagu & gula secukup rasa ..masak sehingga jernih dan dikacau..air boleh ditambah jika sagu masih berbiji dan berwarna putih
3.  Jika sudah jernih, toskan sagu yang telah dimasak itu dibawah air sejuk/air paip untuk dibuang kanjinya
4.  Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan
5.  Apabila telah sejuk, gaulkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.
6. Siap untuk dihidangkan dengan kasih sayang

STRAWBERRY VANILLA CARAMEL

STRAWBERRY VANILLA CARAMEL
Kek ni sempena birthday Azizah Saad..kawan di SMK Seksyen 24(2), Shah Alam..harap suka ye...






AGAR-AGAR HIJAU

AGAR-AGAR HIJAU




Bahan/Cara:

1 paket agar agar
gula secukup rasa
pewarna hijau
sedikit gula batu
air 3 gelas besar- boleh tambah air panas kalau nampak agak pekat
2 helai daun pandan
Rebus agar-agar dengan air
Setelah mendidih, masukkan gula pewarna dan gula batu. Gula batu boleh membantu menjadikan agar-agar keras sedikit jika terlebih air
Kacau perlahan dan angkat, masukkan dalam bekas cantik yang disukai dan sejukkan
Apabila telah keras bolehlah dipotong dan dihidang dengan kasih sayang....


                                 

NASI LEMAK IKAN MASIN

NASI LEMAK IKAN MASIN

Bahan:
5 pot kecil beras
rm 2 santan pekat
sedikit air= campurkan dengan santan mengikut sukatan beras
2 inci halia-tumbuk pecah jer
4 biji bawang putih -tumbuk pecah jer
sedikit garam
3 helai daun pandan

Cara:
1) Basuh beras dengan kasih sayang
2) Masukkan santan dan air mengikut sukatan beras
3) Masukkan halia, bawang putih, garam dan daun pandan
4) Masak nasi dengan rice cooker saja ler....
5) Apabila agak kering, kacau nasi dengan kasih sayang
6) Biarkan nasi masak sepenuhnya, barulah dihidangkan dengan kasih sayang bersama dengan sambal sotong dan sahabat-sahabat nasi lemak yang lain seperti timun, telur rebus, telur goreng, ikan bilis, ikan kering pun sedapppp.....

NASI HUJAN PANAS

NASI HUJAN PANAS



Bahan:
 Beras basmathi- rendam dahulu dalam 20 minit
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu margerin
1 cawan susu cair
garam secukup rasa
rempah tumis 4 beradik-kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih
air mengikut sukatan beras
pewarna
daun pandan
kismis/gajus/badam (pilihan jika nak letak)-goreng tanpa minyak atau bakar dulu
Bahan kisar- bawang merah, bawang putih, halia - agak-agak ikut banyak beras yang kita gunakan




SAGO HIJAU

SAGO HIJAU

Bahan:
sagu biji warna hijau
santan
gula melaka

Cara:
1) Cuci sagu biji dan rebuskan dengan air hingga berwarna jernih
2) Tapiskan sagu dibawah air sejuk agar kanjinya hilang
3) Masukkan sagu ke dalam bekas
4) Gula melaka dimasak dengan sedikit sahaja air dan letakkan daun pandan agar wangi
5) Santan pekat dicampur dengan sedikit garam
6) Untuk menghidang...senduk sagu yang telah disejukkan dan curahkan gula melaka diikuti dengan santan pekat.
7) Hidangkan dengan penuh kasih sayang



CHICKEN WRAP

CHICKEN WRAP
Nak buat ni senang jer..beli wrap jenama mission kat giant ...intinya guna ayam cincang ramly..tumiskan jer letak bawang, capsicum, sikit garam dan lada sulah/pepper...pastu balut dalam wrap tu ..letak mayonis sikit..sos cili sikit..letak salad ke..tomato ke..timun ke..ikut suka...pastu panaskan sikit dalam kuali tanpa minyak...dah siappp...






SNOW PUFF

SNOW PUFF
Alhamdulillah..ini juga menjadi rezeki sampingan buat saya...amak-anak pun sangat suka..









COTTON CHEESE CAKE

COTTON CHEESE CAKE
Kek untuk diri sendiri...gebussss...