KUIH KASWI
Sedap tengok kuih kaswi yang Maryam Ahmad Syah post kat FB...terus mintak resepi dan dengan tak lokeknya yam terus bagi..terima kasih yam..apalagi...terus cuba buat walaupun badan penat...hasilnya perghh..memang superb mabeles yummy macam arwah mak saya buat...dulu dulu arwah mak saya memang menjual kuih kaswi ni tapi saya tak belajar..ruginya...tapi sekarang dengan resepi ni alhamdulillah saya dah pandai buat....jomlah cuba juga..semoga orang yang berkongsi resepi ini akan turut mendapat pahala...
Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
secubit garam
5 cawan air
Cara:
1. Blender jer semua bahan
2. Tapis bahan yang telah diblender
3. Bancuh 3/4 sudu teh kapur masakan dengan 3 sudu besar air hingga larut dan tuangkan (guna penapis) ke dalam adunan tepung tadi. kacau sebati.
4. Lenserkan loyang dengan minyak masak secukupnya.
5. Tuangkan adunan kaswi ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil.
No comments:
Post a Comment