LEMAK AYAM KAMPUNG BELIMBING BULUH
Bahan:
1 ekor ayam kampung- potong 15
1 gemggam cili padi
1/2 kilo santan
7-8 batang serai-ketuk/ sahaja- saya guna lesung batu
1 labu bawang besar
3 inci halia muda
garam secukup rasa
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
12 biji belimbing buluh/ ikut suka banyaknya
Cara:
1)Bawang, cili padi, dan halia muda dikisar dan masukkan ke dalam periuk
2) Masukkan serai dan ayam hingga keluar air dan agak lembut
3) Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa
4) Kacau jangan sampai pecah santan
5) Bila ayam lembut,bolehlah diangkat dan masukkan belimbing buluh
6) Sedia untuk dihidang dengan kasih sayang..
No comments:
Post a Comment