Friday, September 18, 2015

CARROT CAKE

CARROT CAKE

Sempena ulang tahun kelahiran ke 47..buat kek untuk diri sendiri..takde orang nak sponsor..kesiannya...Tapi untuk yang nak cuba buat, sila lihat resepi di bawah..memang sedap kek ni..




Bahan-bahan ( 9 inci )
Kek

11/4 cawan minyak jagung
4 biji telur gred B
120 gm gula kastor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang dan panggang sebentar
250 tepung kek/ superfine/high ratio (teksture berbeza mengikut jenis tepung)
1 tsp soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis (boleh lebihkan ikut suka)
11/2 cawan karot yang telah disagat/diparut
1 cawan kismis kuning
1 sudu besar susu pekat manis


Cara:

1)  Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kayu manis dan garam, kaup balik dengan menggunakan senduk kayu 

2) masukkan carrot, raisins. gaul sebati.

3) Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati

4) masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C.
5)  gunakan lidi untuk pastikan kek masak.  Apabila kek masak, keluarkan dan sejukkan sebentar. Apabila kek sudah sejuk, bolehlah disapu dengan cream cheese dengan penuh kasih sayang...                     

Cream Cheese Frosting

250 gm cream cheese + 4 sudu besar gula kastor + 2 sudu kecil  perahan lemon)
(Kalau suka cheese banyak boleh lebihkan sukatan- ikut citarasa manis dan masam)




No comments:

Post a Comment