BINGKA KELEDEK
Bahan
250 gm keledek, direbus
· 1/2 cawan gula halus
· 1/2 cawan santan pekat
· 3/4 cawan susu cair/sejat
· 1 sudu besar susu pekat manis
· 1/2 sk garam
· 1 cawan tepung gandum
· 1 sudu besar mentega/majerin
Cara:
1 Satukan kesemua bahan-bahan dalam blender dan kisar halus.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan kacau hingga rata.
2 Tuang adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapu mentega/majerin/minyak.
3 Bakar pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak
4 Sejukkan bingka,potong kecil dan boleh dihidangkan dengan kasih sayang..
No comments:
Post a Comment