Sunday, May 13, 2012

KEK BUAH REBUS

KEK BUAH REBUS

Kek buah ni paling simple dan sempoi..tak percaya???? Kita tengok caranya....saya pun tak tahu darimana dapat resepi ni..dah ada dalam buku kuih saya sejak berpuluh tahun lamanya...





Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 kotak mix fruit
1 ketul buttercup
3 @4 biji telur
1 cawan gula pasir-kalau tak suka manis boleh kurangkan
1 cawan air
1 sudu teh  soda bikarbonat

Cara:
1)  Mix fruit, buttercup, gula, air- rebus hingga  mendidih dan biarkan sejuk
2)  Apabila sudah sejuk, masukkan telur dan kacau
3) Campurkan tepung dan soda bikarbonat
4) Bakar 180 darjah hingga masak
5)  Angkat, apabila telah sejuk bolehlah dipotong  dan hidang dengan kasih sayang.....


Senangkan....tapi rasanya tidaklah sesedap kek kukus buah.....tetapi bolehlah untuk tukar-tukar selera....

No comments:

Post a Comment