Sunday, May 13, 2012

TALAM JAGUNG GONG



TALAM KASTARD JAGUNG (ANIZA)

Bahan-Bahan

Lapisan Bawah


· 1 1/2 cwn tepung beras

· 1/2 cwn tepung jagung

· 1/2 cwn tepung kastard

· 1 cwn gula

· 1 tin jagung krim manis

· 3 1/2 cwn santan

· sedikit perwarna kuning

· sedikit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah:

1) Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
2) Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
3) Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
4) Alaskan loyang dengn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

Bahan Untuk Lapisan Atas

· 2 cwn santan pekat

· 1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)

· 1 cwn tepung gandum

· 2 sudu besar tepung jagung

· 1 sudu besar tpng ubi

· 2 biji telur

· 2 sudu besar gula pasir

· secubit garam

· Pewarna hijau/pandan

Cara Menyediakan Lapisan Atas:

1) Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.

2) Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.

 tadi dan  kukus selama 20 minit.

3) Kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)

4) Dah masak/sejuk potong dan hidangkan dengan kasih sayang..







Hehe..rupa nya tak ler lawa sangat..tapi sedapppp tauu.. mungkin silap teknik tu...mungkin terlebih pekat masa masak atas api..kacau sekejap jer yer....




TALAM GULA MERAH RAH


TALAM GULA MERAH









KEK LAPIS MASAM MANIS


Kek lapis masam manis

Bahan-bahan :

· 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)

· 1 1/2 cwn gula halus

· 1 sudu besar ovallette

· 2 cwn tepung gandum

· 1 sudu kecil baking powder

· 150 ml susu cair

· 1/2 sudu kecil garam

· 100 gm minyak jagung/masak

· 1 sudu kecil esen vanila

· beberapa titis pewarna kuning dan hijau

· asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)

Cara:-

Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.

Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 
   kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.

Masukkan tepung dan baking. powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla.
   Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran.

Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun  
   asam manis di atas permukaannya... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.

Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 15 minit. 
   Ulang2 lapisan sampai adunan habis.

Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas 
   redai  supaya sejuk.

Hidang dengan kasih sayang..






BINGKA KELEDEK

BINGKA KELEDEK






















Bahan



250 gm keledek, direbus

· 1/2 cawan gula halus

· 1/2 cawan santan pekat

· 3/4 cawan susu cair/sejat

· 1 sudu besar susu pekat manis

· 1/2 sk garam

· 1 cawan tepung gandum

· 1 sudu besar mentega/majerin


    Cara:


Satukan kesemua bahan-bahan dalam blender dan kisar halus.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan kacau hingga rata.
Tuang adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapu mentega/majerin/minyak.
Bakar pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak


Sejukkan bingka,potong kecil dan boleh dihidangkan dengan kasih sayang..

KEK LAPIS ALWANI

KEK LAPIS ALWANI WINNIE

Dah lama Winnie kongsi resepi ni tapi baru berkesempatan untuk membuatnya...



Bahan-bahan ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )

1 cawan tepung gandum
1/3 cawan horlicks (original)
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus
200 gm marjerin
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan kismis hitam
1 sdt esen vanilla
sedikit pewarna oren, hijau dan merah


Cara-cara

1) Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.


2) Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.


3) Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.


4)) Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.


5) Masukkan susu pekat dan putar lagi. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.


6) Masukkan esen vanilla. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.


7) Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.


8) Ulangi langkah 7 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.


9) Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak. 


10) Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong DENGAN PENUH KASIH SAYANG...







PEACH COBBLER BLURRR


PEACH COBBLER


Senang jer rupanya buat cobbler ni..jom ikut resepi ni yang dikongsi sahabat baik saya, Rozayati...

Bahan:
80 gm butter
100 gm gula kastor
140 g tepung naik sendiri
1 biji telur
160 ml susu segar (saya guna full cream)
sedikit vanila
sedikit garam
buah peach secukupnya

Cara:
1) Pukul butter dan gula, samai kembang, masukkan telur, pukul lagi, masukkan garam
2) Masukkan tepung , susu, vanila 
3) Masukkan dalam loyang dan hias atasnya dengan buah peach, kalau nak masuk dalam tepung pun tak per
4) Bakar 180 darjah sehingga masak dengan penuh kasih sayang



PUDING TEMBIKAI

PUDING TEMBIKAI


Bahan:
24g agar-agar
6 cawan air
6 keping roti 
1 tin susu cair
1 cawan gula pasir
1 biji telur
sedikit kismis hitam ( nak letak bijan hitam pun ok jugak)
pewarna kuning atau merah dan hijau

Cara:
1) Masak agar-agar dengan air hingga larut, apabila mendidih, tapis, dan masukkan semula dalam periuk
2) Blend roti, susu cair, telur, gula,esen vanila 
3) Masukkan bahan yang diblend tadi dalam periuk agar-agar, dan masak sampai mendidih, kacau perlahan jangan sampai membuak pulak, kecil kan sahaja api
4) Ambil 13/4 cawan dan warnakan hijau (kacau) dan masukkan dalam loyang,  letak sebentar dalam peti sejuk supaya agak keras, kemudian ambil 1/2 cawan (tak perlu letak pewarna) layerkan atas warna hijau tadi, masukkan lagi dalam peti sejuk sebentar sahaja, dan akhir sekali yang lebih tu warnakan dengan kuning atau merah dan letakkan atas lapisan putih tadi.  Semasa melapis tuangkan dengan perlahan-lahan sekali yer, jangan main curah jer...
5) Layer dengan kasih sayang, dan taburkan kismis di dalamnya, sejukkan..
6) Makan sejuk sejuk baru sedap...hidangkan dengan kasih sayang..

APAM PELANGI


APAM PELANGI

Bahan-bahan


 1 cawan gula pasir(blender halus dan ayak)

 1 sudu teh ovallet
 2 biji... telur gred A
 200ml santan pekat
 1 sudu teh esen vanilla
 2 cawan tepung gandum(ayak)
 1 sudu teh baking powder(ayak bersama tepung)

 Cara membuatnya

 1) Satukan gula,ovallet dan telur.Pukul hingga kembang,gebu dan putih
 2) Masukkan santan dan esen vanilla.Gaul sebati
 3) masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit.Kacau sebati
 4) Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang hendak digunakan(
 5) Tuang adunan di tengah2 loyang untuk membentuk pelangi
 6) KUKUS DENGAN API PERLAHAN  DENGAN KASIH SAYANG....






ONION PARATHA APPLE PIE

ONION PARATHA APPLE PIE

Ini kuih orang malas...kalau nak cuba memang boleh sangat-sangat sebab senang sangat...

Bahan/Cara:

1)  1 bungkus onion paratha jenama Kawan ( beli jer kat supermarket)
2)  2 biji epal hijau + 1 biji epal merah
3)  2 sudu gula perang + 2 sudu gula biasa (kalau nak manis boleh tambah lagi)
4) 1 sudu tepung gandum + 1 sudu tepung jagung
5) sedikit serbuk kayu manis
6)  potong 2 paratha
7) Potong dadu epal dan gaulkan semua bahan
8) Masukkan sesudu pada paratha dan lipat dua, tekan dengan garfu sebelah tepinya
9) Sapukan kuning telur atasnya dan bakar sampai kekuningan
10) Siap untuk dihidangkan dengan penuh kasih sayang...



CREAM PUFF FEHH





CREAM PUFF neez's style


 Custard cream(filling):

 1 sudu besar tepung gandum
 1 sudu besar tepung jagung
 4 sudu besar gula
 1 cawan susu segar
 1 biji telur
 1 sudu besar mentega
 
 Cara:
 Kacau semua bahan atas api perlahan sampai likat. Sejukkan.
 
 Puff:

 100g mentega
 250ml air
 ¼ sudu garam
 150g tepung gandum
 2 biji telur + 2 kuning telur
 ½ sudu kecil vanilla
 
 Cara:


 1. Kacau mentega + air atas api hingga cair.
 2. Matikan api dan masukkan tepung (garam dah masuk dalam tepung) dan kacau 

     cepat-cepat supaya jadi doh dan dah tak melekat.
 3. Alih ke dalam mixing bowl dan gaul dengan telur.
 4. Picitkan adunan guna nozzle bintang  ke atas dulang pembakar. Picitkan ikut 

     bentuk spiral.
 5. Bila dah masak, potong dua dan masukkan custard cream yang dah sejuk tadi.
 6. Siap untuk dimakan  dengan penuh kasih sayang...










Kalau nak guna resepi yang ni boleh jugak, cuma bezanya yang ni guna margerin..cubalah buat yek..rasa mana yang lebih sedap...fillingnya sama aje lah...

PUFF:

100 gm margerin
250 gm air
125 gm tepung gandum-ayak
3 biji telur
sedikit garam

Cara:
1.  Kacau margerin dan air atas api kecil sampai larut, masukkan garam
2. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau cepat-cepat dan jadi doh yang tak melekat, tapi dohnya memang nampak lembik sikit, angkat dan ketepikan
3.  Apabila sejuk, masukkan telur dan kacau- saya guna mixer secara perlahan
4.  Picitkan adunan guna nozzle bintang ke atas dulang pembakar dan picitkan ikut bentuk bulatan. Picit pun kenalah dengan kasih sayang..
5.  Masak 180 darjah sampai kekuningan
6.  Apabila sejuk, potong 2 dan masukkan filling, dan boleh tapiskan gula icing diatasnya supaya nampak cantik dan sedap..
7.  Boleh leh dihidangkan dengan kasih sayang...






Hmmm..layan jer lah yer gambar gambar cream pufff yang telah saya buat ni..anak-anak suka betul makan cream puff ni...alhamdulillah....





Yang ni Imran suruh bawak sempena Hari Guru di tadikanya..katanya teachernya cakap kalau makanan yang kita suka mesti share dengan kawan , sebab tu lah dia nak bawak cream puff ke sekolah sebab dia suka cream puff..ohh anakku...



Yang ni pula buat di Rawang sebab abang datang dari kampung..saja menambah makanan yang ada...kakak pun nak belajar buat..