Friday, December 14, 2012

NASI TOMATO


NASI TOMATO  NEEZ'SKITCHEN STYLE



Iwan suka makan nasi tomato. Selalu jugak masak nasi ni supaya iwan makan nasi. Lauknya pun senang jer sama ada masak ayam masak merah atau pun rebus jer telur untuk dia..banyaklah nasi yang dimakannya...




Bahan:
1 kilo beras basmathi- cuci dan rendam sekejap supaya nasi cantik

Bahan hiris:
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
sedikit halia- hiris
3 beradik - bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga
sedikit minyak sapi, minyak jagung, dan 3 sudu margerin ( kalau takde minyak sapi pun takper, lebihkan sikit minyak jagung)

Bahan kisar:
2 labu bawang besar
11/2 inci halia
3 ulas bawang putih

1 tin kecil tomato puree
1/2 tin susu cair
3 biji buah tomato- kisar
garam secukup rasa
daun pudina ( tak letak pun tak pe)

Cara:
1) Tumis bahan hiris, agak agak garing, masukkan bahan kisar
2) Campurkan tomato puree dan tomato kisar
3) Masukkan air (sukatan air sama dengan beras, lebihkan sikit sahaja airnya)
4) Apabila air mendidih, masukkan susu cair dan garam
5) Masukkan beras yang sudah dicuci, kacau dan tutup periuk,  api sederhana
6) Kacau nasi dengan penuh kasih sayang , masukkan daun pudina jika ada dan kecilkan api
7) Kalau nasi dah masak, tutup ler api tuu....




PANKEK

PANKEK

Nak buat waffle sebenarnya, tapi waffle maker pulak rosak, so buat pankek jer lah tapi resepinya sama jer macam buat waffle....camne yer..tu ler rupanya...




Bahan:


5 biji telur
3 cawan susu segar
1 cwn minyak mazola
2 tbsp baking powder
1 tsp garam
6 tbsb gula pasir
4 cwn tepung gandum
1 penutup botol esen vanila
Cara:


1. Campurkan semua bahan kecuali esen vanila dan tepung - putar
2. Masukkan esen vanila dan tepung
3. Bakar dengan waffle maker, kalau takde waffle maker, buat atas kuali jadi ler pankek, letakkan sesenduk dan    
    biarkan masak, balikkan sekejap dan angkat.
4. Sapukan jem dengan penuh kasih sayang sebelum makan..

FRENCH CREPE


FRENCH CREPE

Alhamdulillah berpeluang melihat bumi Allah di Paris dan Luxembourg... balik dari sana teringin nak makan crepe yang sangat popular di Paris..kat sana makan pun cari orang jual yang ada tanda halal..balik sini teringat-ingat..so cuba cari kat pakcik google dan cuba..hmm menjadi..jom kita cuba buat yer..terasa macam kat Paris pulak..hehe perasan...kita tengok gambar dulu ..baru tengok resepi...



BAHAN:

1 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU MAKAN GULA PASIR
1/4 SUDU TEH GARAM
3 BIJI TELUR
2 CAWAN FRESH MILK
2 SUDU MAKAN BUTTER- CAIRKAN

CARA:

1) SATUKAN TEPUNG, GULA, GARAM- AYAK LAGI BAGUS
2) PECAHKAN TELUR, CAMPURKAN SUSU - PUTAR SEKEJAP
3) MASUKKAN TEPUNG
4) MASUKKAN BUTTER YANG DICAIRKAN
5) GUNA NON STICK PAN, LETAK BUTER SIKIT - AMBIL SESENDUK- GOYANGKAN PAN SUPAYA JADI BULAT- KALAU KAT PARIS MEREKA GUNA SPREADER UTK JADIKAN BULAT
6) AGAK DAH MASAK, BALIKKAN SEKEJAP DAN ANGKAT
7) SAPUKAN NUTELA SETENGAH BAHAGIAN, PASTU LIPAT 2, KEMUDIAN LIPAT 3 JADIKAN TIGASEGI...
8)
8) BOLEH TAMBAH HIRISAN PISANG,STRAWBERRY
9) HIDANG DENGAN PENUH KASIH SAYANG

Saturday, November 17, 2012

ASAM REBUS MESRA

ASAM REBUS MESRA

Masak asam rebus ni lah yang pailng senang sekali....Jom layan style saya....

Bahan:
Cili merah + sikit cili api kalau nak pedas
Bawang besar
Belacan madu
Asam keping
Daun kesum/ bunga kantan

Cara:
1) Kisar cili , bawang dan belacan- masukkan dalam periuk
2) Didihkan kuah, letak garam secukup rasa, asam keping
3) Masukkan ikan yang dsukai
4) Masukkan daun kesum dan bunga kantan
5) Masukkan bendi jika suka
6) Boleh lah dihidang jika dah masak dengan kasih sayang



PULUT KUNING SERI MESRA

PULUT KUNING SERI MESRA

Pulut kuning ni memang kegemaran anak-anakku juga..mujur semua suka jadi senang lah sikit..kalau buat semua orang akan makan...alhamdulillah..

Pulut ni pulut susu yang dibeli oleh Norazah Azis dari Perlis...setiap kali balik mesti nak kirim sebab anak-anak suka makan dan nak buatnya pun bukan susah sangat..tambahan pula pulut kuning seri mesra ni ...letak jer serunding daging di tengahnya..tak payah nak mencicah dengan rendang atau kari...


Bahan/Cara:

1) sekilo beras pulut - rendam semalaman dengan kunyit serbuk dan 3 keping asam keping
2) guna daun pandan untuk alas kukus- kukus pulut hingga masak
3) keluarkan pulut letak dalam talam, gaulkan dengan santan pekat yang telah diletak garam
4) Kukus semula dengan penuh kasih sayang
5) Apabila sudah betul2 masak, keluarkan dan bahagi  dua ,  letak dalam bekas.satu bahagian .tekan sedikit
6) Letakkan serunding daging dan kemudian tutup semula dengan satu lagi bahagian pulut
7) Hias dengan cantik ikut kreativiti masing-masing
8) Boleh lah dihidang dengan kasih sayang




Ni pula pulut kuning sempena Birthday Azween yang ke 14 pada 20 Mac 2013..buat pulut dan kek karamel jer..



Hujan hujan makan pulut kuning panas panas pun sedap jugak..tambahan pulak ada banyak serunding daging di rumah..minum dengan teh o panas pulak..huhhhh kekenyangan dan sedappp..alhamdulillah...
                                 





AYAM PANGGANG SERI MADU

AYAM PANGGANG SERI MADU

Ayam panggang ni untuk dimakan bersama nasi mandy..jadi saya perap dengan:..tengok di bawah ni yer..

Bahan dan cara:

1) Ayam potong 8
2)  minyak zaton, seven spicy, garam , halia, bawang butih yang dikisar dan jangan lupa letak maduuu..biar berseri sikit....
3) pamgganglah dengan penuh kasih sayang ya...


BAWAL SWEET SOUR

BAWAL SWEET SOUR

Masak ni yang mudah...kenapa??? sebab semuanya saya hiris jer..masuk dalam kuali..jom tengok cara saya masak...

Bahan:
Seekor ikan bawal - dibersihkan, letak garam kunyit dan digoreng
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Sos Tomato
Sos cili (sedikit sahaja)
Cili capsicum
Timun/cauliflower/karot/kacang panjang/nenas tin

Cara:
1) Tumis bawang besar, bawang putih, halia yang telah dihiris
2) Masukkan sos tomato, sos cili, tambahkan sedikit air panas/ boleh tambah air nenas tin
3) Masukkan garam secukup rasa
4) Masukkan sayuran yang disukai
5) Masukkan ikan yang telah digoreng
6) Angkat dan hidang dengan kasih sayang




IKAN GORENG MESRA

IKAN GORENG MESRA

Ikan oh ikan kenapa engkau timbul..macammana aku tak timbul..engkau nak makan aku...hahaha..kita nak makan ikan...timbul ler dia yer...hah..kan dah kena goreng...

Bahan/Cara:
Sudah semestinya ikan- ikut suka lah nak ikan apa
garam kunyit jangan lupa
tambahan letak ler bawang hiris goreng..supaya nampak mesra
goreng dan hidang dengan kasih sayang



AYAM MYY GORENG MESRA

AYAM GORENG MESRA

Ayam goreng ni..syarat utama en rani mesti letak minyak zaiton..baru sedapp..lepas tu hias lah ikut suka...tu yang jadi mesra tuuu...

Bahan:
Daging ayam
Minyak zaiton
garam
kunyit

Cara:
1) Ayam diperap dengan garam kunyit dan minyak zaiton
2) Goreng dengan kasih sayang



KANGKUNG BELACAN MADU

KANGKUNG BELACAN MADU

Lenggang lenggang kangkung..kangkung di tepi sawah...lenggang lenggang kangkung..ada di rumah aniza..hehehe...nyanyi nyanyi sambil goreng kangkung..dan yang penting letak belacan madu baru ada umphh jika digoreng pulak dengan kasih sayang...

Bahan:
Dah tentulah sayur kangkung
cili merah- hiris/atau tumbuk kalau rajin
bawang putih- ketuk jer
bawang besar- hiris/atau tumbuk kalau rajin

Cara:
1) tumbuk atau hiris cili dan bawang
2) panaskan minyak- tumis belacan madu, masukkan bahan tumbuk atau hiris
3) masukkan kangkung dan goreng dengan kasih sayang..jangan asyik menyanyi nanti sayur jadi lembikkk...



SOTONG GORENG MESRA

SOTONG GORENG MESRA

Sotong goreng ni memang amat sedap..nak buat pun mudah...makan dengan nasi atau makan begitu sahaja..fullamakkk memang taknak berhenti terutama kalau makan panas panas...

Bahan:
Sotong yang telah dibersihkan- dipotong
Tepung serbaguna kfc
sebiji telur
garam
kunyit

Cara:
1) Gaul tepung tengan garam sedikit sahaja dan kunyit
2) Masukkan telur dan gaul sekata
3) Panaskan minyak, tepukkan sotong dalam tepung
4) Goreng dengan kasih sayang



SAMBAL UDANG SERI PETAI

SAMBAL UDANG SERI PETAI

Petai ni peberet en rani..dapat sambal udang ni letak petai.perghhh tak pandang kiri kanan kot..jom ler layan jer la..




Ni lagi gambar....udang masak dengan petai yang di beli di Bidor..




SAYUR SERI STEAMBOAT

SAYUR SERI STEAMBOAT

Bulan puasa sampai tak tau nak masak apa..ini antara yang dimasak...sedapnya kalau makan musim hujan yer..


CHEESE CAKE

CHEESE CAKE

Resepi ni berkat perkongsian daripada Khaizuri Khalifah dalam buku resepi Air Tangan Semerbak Kasih SMK Seksyen 7..sejak tu kira terror juga lah buat cheese cake versi ni..alhamdulillah...



Ini lah resepinya:

A)
1 bungkus biskut digestive- hancurkan bersama butter secukupnya  untuk melekat- letak dalam bekas, simpan dalam peti ais 40 minit- kalau tak sabar, 20 minit pun ok dah..

B)
500 gm cream cheese- philadelphia baru sedap- mahal ler sikit..
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
gula secukup rasa

Cara:

1) Putar semua bahan sampai lembut, letakkan dalam base biskut tadi, bakar lebi kurang 30 minit
2) Apabila sudah sejuk, letakkan toping blueberry dan simpan dalam peti sejuk
3) Hmmm, nyum nyum..sedap..hidangkan dengan kasih sayang..jangan berebut rebut pulak ye..



Kalau nak cantik lagi, tambahkan aje krim atau fresh cream kat atasnya..nampak ler meriah sikit yer....

NASI MANDY

NASI MANDY

Alhamdulillah...dapat juga belajar nasi mandy ni dari Nik Noor Samihah Nik Mahmood...terima kasih banyak banyak nik...resepi ni ditulis masa kitaorang pergi Bicara Penulis kat MSU...sempat juga belajar sebelum acara dimulakan...



Resepinya: ( nik yang ni kniza ikut agak2 kniza)

Bahan:

1 kilo beras basmathi istimewa ( dari kedai arab)
2 labu bawang besar- hiris
3 ulas  bawang putih- hiris
5 biji buah pelaga
sebesar ibu jari halia- ketuk jer
3 sudu besar minyak sapi QBB
1 sudu besar seven spices
1/2 sudu besar serbuk safron
1 1/2 ekor ayam- potong 8 je

Cara:

1) Tumis bahan hiris
2) Masukkan ayam
3) Masukkan air - lebihkan sikit dari sukatan beras
4) Masukkan serbuk safron dn seven spices
5) Tunggu mendidih, masukkan beras
6) Tutup, nampak dah kembang kacau sikit
7) Kecilkan api jika dah nak masak
8) Kalau rasa macam masih mentah, tutup dengan plastik dan kemudian tutup dengan tudung periuk, letak aluminium foil pun boleh..
9) Dah masak, angkat ler...hidang dengan penuh kasih sayang....makan bersama salad dan ayam panggang...

Pilihan:

1) Kalau tak nak ayam dalam nasi tu, biarkan ayam tu separuh masak periuk tu, jangan masukkan beras dulu, keluarkan ayam tu dan perap dengan minyak zaiton , halia, bawang putih, dan seven spices tu kemudian panggang dengan kasih sayang...


ORANGE BLENDED CAKE

ORANGE BLENDED CAKE

Ini pula kek oren yang paling senang pernah saya cuba...semuanya blend jer..kan ker senang...jom kita tengok macammana senangnya tuuu...

Bahan/Cara:

1 biji oren sunkist - bersihkan lah dulu- potong/buang urat/biji
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung
secubit garam

Masukkan semua bahan dalam blender dan blender dengan kasih sayang yer..

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Tuangkan bahan blender dalam tepung
Gaulkan juga dengan kasih sayang
Bakar 160 darjah hingga masak
Hidang dengan kasih sayang

ORANGE GE BUTTER CAKE

ORANGE BUTTER CAKE

Memang dah lama teringin nak makan kek oren ni..cari punya cari dapat jugak resepi ni yang dikongsi oleh rakan dalam blog Meriahnya Dunia Masakan oleh Rahimah Rajuli..gembiranya...terima kasih ye.saya kongsikan pulak di sini ikut cara saya yer..

Bahan;

200 gm butter
4 biji telur
180 g gula halus
250 g tepung gandum
1 sudu kfc baking powder
1/2 sudu kfc soda bikarbonat
1 biji limau sunkist- belah /buang biji
1 sudu besar kulit limau- diparut
4 sudu kfc orange emulco
1 sudu kfc pewarna oren

Cara:

1) Blender oren dan telur
2) Putar butter dan gula hingga kembang- masukkan oren + telur yang diblender
3) masukkan bahan lain- putar
4) Guna loyang 8 inci- bakar 150 darjah hingga masak
5) Boleh taburkan hiasan kekacang atau apa-apa yang disukai
6) Apabila sudah masak nanti bolehlah dipotong dan dihidang dengan kasih sayang







CHEESE TART


                         CHEESE TART

Cheese tart.ni peberet semua anakku....ayuh kita cuba buat..


Bahan:
250 g buttercup
120 g gula icing
2 biji telur gred B
480 g tepung gandum

Cara:
1) Pukul buttercup dan gula dengan whisk saja
2)Masukkan telur
3) Masukkan tepung
Jika lembik tambahkan tepung sikit2
4) Masukkan adunan dalam plastik simpan dalam peti ais sekejap
5) Tekan dalam acuan, guna pisau untuk ratakan
6) Bakar 170 darjah sampai kekuningan

Filling:
250 g cream cheese
50 g gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu perahan lemon

Cara:
1) pukul semua bahan sampai lembut
2) Isikan dalam tart yang sudah dibakar
3) Hias dengan blueberry
4) Bakar 160 darjah sampai kekuningan
5) Dah masak bolehlah diangkat dan hidang dengan kasih sayang

                                  

                                 

LALA LALALLA GORENG

LALA LALALLA GORENG

Ni peberet en rani dan eween..kena layan ler...

Bahan:
Sebungkus lala- kena cuci bersih bersih tau
cili merah
bawang besar
bawang putih

Cara:
1) Tumbuk bawang putih, bawang besar dan cili
2) Tumis bahan tumbuk dan masukkan lala
3) Goreng dengan senyuman dan penuh kasih sayang



SALAD

SALAD

Salad ni diajar oleh Nik Noor Samihah..untuk dimakan bersama dengan nasi mandy...memang sedap dan sangat disukai oleh en rani...terima kasih banyak banyak nik sebab kongsi ilmu ni...mudah-mudahan pahala berterusan untuk nik jika disebarkan ilmu ini....

Bahan:
Timun - saya guna timun jepun lebih rangup dan sedap
salad crunchy
oregano
minyak zaiton
bawang besar
cili capsicum
carrot
lemon

Cara:
1) semua bahan ini dihiris/dipotong/ ikut suka
2) letak garam dan gula ikut rasa
3) tabur oregano
4) gaul dengan minyak zaiton dan perahan lemon - gaul dengan kasih sayang..guna senduk lahh..
5) dah boleh hidang dengan nasi mandy atau nasi lain pun boleh lah..asalkan dengan kasih sayanggg..






CREAM CHEESE LAYER CAKE

CREAM CHEESE LAYER CAKE

Sempena ulang tahun perkahwinan mengikut bulan islam 7 syawal....dah 19 tahun rupanya...buat ler juga kek..kebetulan nak panggil saudara mara datang untuk jamuan rumah terbuka lah konon-kononnya...cheese memang dah ada..jadi layan ler buat cheese cake ni..layer dengan ceam cheese dan toping blueberry...alhamdulillah...

Bahan A (untuk kek)

6 biji kuning telur gred A
90 g gula kastor
1 sudu besar air
20 gm susu segar
15 g butter dicairkan
150 g tepung superfine -diayak
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B (untuk meringue)

6 biji putih telur gred A
90 g gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar
Pukul bahan ini sampai kental

Filling

1) 250 g cream cheese
2) 4 sudu besar gula kastor
3) sedikit perahan air lemon

Hiasan
Ikut suka

Cara:

1) Pukul kuning telur dan gula kastor hingga kembang
2) Masukkan bahan-bahan lain- putar perlahan
3) Masukkan meringue- kaup balik
4) Bakar 160 darjah hingga masak
5) Apabila telah masak dan disejukkan sepenuhnya, potong dua kek tersebut dan letakkan filling, hiaslah dengan kasih sayang..










PAVLOVA LOVA

PAVLOVA

Macam kemaruk nak buat pavlova ni..sana sini orang buat pavlova..saya pun teringin la juga..maklumlah katanya sedap...memang betul pun..macam ice cream...Jom  kita tengok bahannya...mudahnya.....

Bahan:

4 biji putih telur
1 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan (sedap guna cuka epal)
1/2 sudu besar tepung jagung

Cara:

1) Pukul putih telur dan gula hingga kental/bertanduk
2) Masukkan esen vanila, cuka dan tepung jagung - kaup balik aje
3) Letak kertas minyak dalam loyang , letakkan adunan tadi ditengahnya membentuk bulatan
4) Bakar 130 darjah sampai kekuningan

Filling:

1) 1 kotakWhipping cream ( yang 250 ml pun cukup) - pukul sampai kental
2) Letakkan atas adunan yang sudah masak tadi
3) Hias dengan buah-buahan yang digemari dengan kasih sayang
4) Masukkan dalam fridge..makan sejuk sejuk baru sedapppp









SPIRAL MAKARONI


NEEZ'S STYLE SPIRAL MACARONI 


Hmmm...ni spesis pasta lagiii...layan jer la ye..resepinya sama jer dengan makaroni ker...lasagne ker....bezanya yang ni pakai spiral..apa yang ada kat rumah..itulah yang dimasak....jom tengok gambar yer..




Bahan:

1 paket spiral macaroni - rebus sampai lembut
1 paket daging cincang ramly
1 labu bawang besar - potong dadu
1 tin kecil tomato puree
tomato sos
tomato cili -sikit jer
oregano
lada hitam-tumbuk sikit
1 biji capsicum - potong dadu
1 liter susu segar
3 sudu tepung gandum
garam
mozarella secukupnya

Cara:


1) tumis bawang dengan minyak zaiton (jika ada) - kalau takde guna butter- kalau takde guna minyak biasa pun boleh..
2) masukkan daging- kacau
3) masukkan tomato puree, tomato sos, tomato cili
4) masukkan lada hitam, oregano dan makaroni- gaul sebati
5) kacau susu segar + tepung gandum dengan sudu/garpu/whisk- panaskan atas api- kacau sampai agak agak pekat- jangan pekat sangat...agak2 panas angkat pun ok...
6) masukkan susu yang di masak tadi dan curahkan atas spiral makaroni dalam kuali tu..kacau sebati
7) masukkan dalam bekas- tabur mozarela..kalau nak tambah ceddarcheese pun boleh
glasses bakar 180 darjah celcius- 20 minit cukup- bagi mozarella tu perang sikit
9_ Hidang dengan penuh kasih sayang- kena makan panas2 baru sedap..
SELAMAT MENCUBA...

LASAGNE

NEEZ'S STYLE LASAGNE

Sukanya makan lasagne kat pizza hut kan..tapi tu seafood lasagne...takper..kita cuba buat lsagne ikut selera sendiri yer..nak tengok tak cara kita buat..jom layannnnn.....sedap tau..


Ni resepi yang saya ubah suai sendiri..sape nak cuba boleh tapi tak tau ler memenuhi selerea atau tidak..jom tengok..


Bahan:

1  kotak LASAGNE – tapi tak pakai semua pun..ikut suka nak brand apa asal ada tanda halal

Filing:
1 paket daging cincang ramly
1 labu bawang besar - potong dadu
1 tin kecil tomato puree
tomato sos
tomato cili -sikit jer
oregano
lada hitam-tumbuk sikit
1 biji capsicum - potong dadu

1 liter susu segar
3 sudu tepung gandum
garam
1 tin prego herb n cheese (tin warna kuning)
mozarella secukupnya

Cara:

1) tumis bawang dengan minyak zaiton (jika ada) - kalau takde guna butter- kalau takde guna minyak biasa pun boleh..
2) masukkan daging- kacau
3) masukkan tomato puree, tomato sos, tomato cili
4) masukkan lada hitam, oregano  gaul sebati
5) kacau susu segar + tepung gandum dengan sudu/garpu/whisk- panaskan atas api- kacau sampai 
    agak agak pekat- jangan pekat sangat...agak2 panas angkat pun ok...
6) masukkan dalam bekas - letak lasagne- letak filing, curah prego herb n susu yang telah dimasak
    tadi, tutup dengan lasagne, isi filing lagi,selang seli- atas sekali tutup dengan lasagne dang curah
    lagi susu
7) susu banyak tak pe supaya nanti lasagne tu tak keras
8)  tabur mozarela..kalau nak tambah ceddarcheese pun boleh
     bakar 180 darjah celcius- masa agak2 tengok dan kekuningan boleh angkat
9) Hidang dengan penuh kasih sayang- kena makan panas2 baru sedap..

SELAMAT MENCUBA...

BUTTERRR PRAWN

BUTTERRRR PRAWN

Si Nik Mazakirah ni...tetiba hantar mesej bagitau dia masak butter prawn..pastu  tag pulak video cara masak butter prawn ni..apalagi takkan taknak cuba kan..hmmm.ni lah hasilnya..memang tak rugi mencuba..tq nikma budak kecik...

Bahan
Udang
Cili api
Daun kari
2 biji kuning telur- nak lebih pun takper...
butter/margerin/minyak
susu cair

Cara:
1) Goreng udang dengan margerin + minyak sikit - angkat ketepikan
2) Tumis butter, masukkan cili yang dihiris dan daun kari
3) Masukkan susu cair sedikit, jangan terlalu banyak nanti cair
4) Garam secukup rasa
5) Masukkan udang
6) Goreng dengan kasih sayang dan ketepikan

Cara buat sarang telur

1) Panaskan/cairkan butter- agak2 ler butter tu
2) Kacau kuning telur terlebih dahulu - tuangkan ke dalam kuali perlahan lahan sampai habis( pastikan tangan sebelah lagi terus kacau dalam kuali)
3) Kacau jer telur tu sampai kekuningan dan angkat.
4) Agak2 telur tu dah kering sikit taburkan atas udang tadi.
5) Hidang dengan penuh kasih sayang. Makan bersama nasi panas..Perghhhhhh...memang takkan menyesal...







STRAWBERRY VERY VERY CAKE

STRAWBERRY CAKE

Jom layan buat strawberry cake..

Bahan untuk sponge cake

150g tepung superfine
1 sudu teh baking powder
150g gula kastor
5 biji telur gred A
80 ml susu cair
80 ml mentega cair/minyak jagung
1 sudu besar ovelette
pewarna dan perisa yang digemari

Cara:

1) Masukkan semua bahan dan pukul dengan kelajuan tinggi
2) Masukkan mentega cair/minyak jagung- gaul guna spatula saja
3) Masukkan pewarna/perisa yang disukai
4) Bakar 170 darjah dalam masa lebih kurang 40 minit atau hingga masak
5) Apabila dah masak, angkat dan  telangkupkan selama 5 minit supaya kek tak turun
6) Apabila kek dah sejuk sepenuhnya - hias mengikut kreativiti masing-masing
7) Hidang dengan penuh kasih sayang






COTTON TON TON CHEESE CAKE

COTTON CHEESE CAKE

Hmmm..masa mula-mula winnie post gambar cake ni..teringinnya nak buat suatu hari nanti..akhirnya menjadi kenyataan dan sudah pandai membuatnya...Jom share resepinya..

Bahan:

A)  160 g cream cheese
        25 g butter
      120 g susu segar/fresh/full cream
      Masak secara double boiler sampai pekat- matikan api

B)  40 g tepung kek
      30 g tepung jagung

C) 4 biji kuning telur  (Gred A)

D)  4 biji putih telur (Gred A)
      1/8 sk cream of tartar
      100 g gula kastor
       secubit garam
      pukul sampai bertanduk (meringue)

Cara:

1) Double boiler A
2) Masukkan B- kacau guna whisk saja
3) Campurkan C
4) Setelah pukul D masukkan dalam adunan- kaup balik sahaja
5) Kalau guna loyang yang basenya loose tu boleh balut dengan aluminium letak kertas minyak
6) Masukkan adunan dalam bekas
7)  Bakar guna teknik water bath 160 darjah sampai masak
8) Dah masak- sejukkan 10 minit baru keluarkan dari bekas
9) Boleh hidang dengan kasih sayang






Lagi versi cotton cheese cake yang dideco ikut suka...







GANACHE OH GANACHE CHE

GANACHE

Apa bendalah ganache ni...rupa rupanya macam tu lah..hehe...kalau nak buat coklat toping kat kek..sedap buat ganache ni..letak kat cheese cake ke..ikut suka kita...

Bahan:

100 ml susu cair/whipping cream
300g coklat masakan- cincang supaya senang nak cair
2 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk koko

Cara:

1)  Masak susu atas api perlahan hngga mendidih tepinya
2)  Tutup api - masukkan coklat dan koko
3) Masukkan butter- kacau
4) Tuang atas kek dengan penuh kasih sayang...