COTTON CHEESE CAKE
Hmmm..masa mula-mula winnie post gambar cake ni..teringinnya nak buat suatu hari nanti..akhirnya menjadi kenyataan dan sudah pandai membuatnya...Jom share resepinya..
Bahan:
A) 160 g cream cheese
25 g butter
120 g susu segar/fresh/full cream
Masak secara double boiler sampai pekat- matikan api
B) 40 g tepung kek
30 g tepung jagung
C) 4 biji kuning telur (Gred A)
D) 4 biji putih telur (Gred A)
1/8 sk cream of tartar
100 g gula kastor
secubit garam
pukul sampai bertanduk (meringue)
Cara:
1) Double boiler A
2) Masukkan B- kacau guna whisk saja
3) Campurkan C
4) Setelah pukul D masukkan dalam adunan- kaup balik sahaja
5) Kalau guna loyang yang basenya loose tu boleh balut dengan aluminium letak kertas minyak
6) Masukkan adunan dalam bekas
7) Bakar guna teknik water bath 160 darjah sampai masak
8) Dah masak- sejukkan 10 minit baru keluarkan dari bekas
9) Boleh hidang dengan kasih sayang
Lagi versi cotton cheese cake yang dideco ikut suka...
macam sedap je.kena cuba ni.
ReplyDelete