Saturday, November 17, 2012

CREAM CHEESE LAYER CAKE

CREAM CHEESE LAYER CAKE

Sempena ulang tahun perkahwinan mengikut bulan islam 7 syawal....dah 19 tahun rupanya...buat ler juga kek..kebetulan nak panggil saudara mara datang untuk jamuan rumah terbuka lah konon-kononnya...cheese memang dah ada..jadi layan ler buat cheese cake ni..layer dengan ceam cheese dan toping blueberry...alhamdulillah...

Bahan A (untuk kek)

6 biji kuning telur gred A
90 g gula kastor
1 sudu besar air
20 gm susu segar
15 g butter dicairkan
150 g tepung superfine -diayak
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B (untuk meringue)

6 biji putih telur gred A
90 g gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar
Pukul bahan ini sampai kental

Filling

1) 250 g cream cheese
2) 4 sudu besar gula kastor
3) sedikit perahan air lemon

Hiasan
Ikut suka

Cara:

1) Pukul kuning telur dan gula kastor hingga kembang
2) Masukkan bahan-bahan lain- putar perlahan
3) Masukkan meringue- kaup balik
4) Bakar 160 darjah hingga masak
5) Apabila telah masak dan disejukkan sepenuhnya, potong dua kek tersebut dan letakkan filling, hiaslah dengan kasih sayang..










No comments:

Post a Comment