NASI TOMATO NEEZ'SKITCHEN STYLE
Iwan suka makan nasi tomato. Selalu jugak masak nasi ni supaya iwan makan nasi. Lauknya pun senang jer sama ada masak ayam masak merah atau pun rebus jer telur untuk dia..banyaklah nasi yang dimakannya...
Bahan:
1 kilo beras basmathi- cuci dan rendam sekejap supaya nasi cantik
Bahan hiris:
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
sedikit halia- hiris
3 beradik - bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga
sedikit minyak sapi, minyak jagung, dan 3 sudu margerin ( kalau takde minyak sapi pun takper, lebihkan sikit minyak jagung)
Bahan kisar:
2 labu bawang besar
11/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 tin kecil tomato puree
1/2 tin susu cair
3 biji buah tomato- kisar
garam secukup rasa
daun pudina ( tak letak pun tak pe)
Cara:
1) Tumis bahan hiris, agak agak garing, masukkan bahan kisar
2) Campurkan tomato puree dan tomato kisar
3) Masukkan air (sukatan air sama dengan beras, lebihkan sikit sahaja airnya)
4) Apabila air mendidih, masukkan susu cair dan garam
5) Masukkan beras yang sudah dicuci, kacau dan tutup periuk, api sederhana
6) Kacau nasi dengan penuh kasih sayang , masukkan daun pudina jika ada dan kecilkan api
7) Kalau nasi dah masak, tutup ler api tuu....
No comments:
Post a Comment