Sunday, December 7, 2014

CHEESE TART

CHEESE TART
Hari ni saya buat blueberry cheese tart..permintaan anak-anak..so layankan jer la..walaupun badan kurang sihat sebenarnya...kebetulan semalam juga saya buatkan cheese tart ni untuk jiran sebelah yang buat kenduri tahlil..jadi ada lebih banyak lagi cheese..itu yang rajin sikit melayan permintaan anak-anak..alhamdulillah semua suka...dan saya pun gembira juga kerana cheese yang saya buat kali ini menjadi dan cantik...rupa-rupanya disebabkan telur...semalam saya gunakan 500 gm cream cheese dengan 3 biji telur gred B..barulah menjadi cantik cheesenya...alhamdulillah...


Bahan Pastri:
250 gm buttercup
150 gm gula icing
2 biji telur
500 gm tepung gandum
sedikit esen vanila 

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan uli dengan hujung jari hingga sebati
2) Ambil sedikit sedikit dan tekankan ke dalam bekas mengikut bentuk
3) Cucuk dengan garpu sedikit di tengah-tengahnya
4) Bakar 170 darjah hingga sedikit perang, jangan terlalu perang atau hangus..
5) Angkat dan biarkan sejuk, keluarkan dari acuan

Filling:
250 cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur gred A (kalau kecil guna 2 biji)
1/2 sudu besar buttercup
sedikit perahan lemon


Cara:
1) Campur semua bahan filling dan pukul hingga gebu
2) Masukkan blueberry filling ke dalam tart shell dan kemudian masukkan pula cream cheese
3) Hiaslah diatasnya dengan lukisan atau corak yang digemari.
4) Bakar dalam oven 160 darjah selama 10 minit..jangan hangus pulak cream cheese nya ya
5) Angkat dan hidang dengan kasih sayang..





PUFF KENTANG & DAGING

PUFF KENTANG & DAGING
Malam ni semua dalam rumah ni tak nak makan nasi..kebetulan siang tadi dah buat inti kentang campur daging..jadi malam ni senang jer lah nak buat curry puff yang sedap ini....suami pulak memang gemar puff kentang ni..tak sangka anak-anak pun makan hingga menjilat jari...

Bahan:
1 bungkus pastri puff jenama Kawan
5 biji kentang potong dadu
1/2 kilo daging direbus dan dipotong dadu
1 bungkus rempah kari daging pedas  Baba's
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 labu bawang besar
sedikit garam dan gula

1 biji telur- pukul sedikit- untuk sapu pada kulit puff

Cara:
1) Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan rempah kari
2) Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar
3) Apabila agak garing, masukkan kentang, tambahkan sedikit sahaja air
4) Masukkan daging dan kacau
5) Apabila sudah masak, angkat dan sejukkan
6) Masukkan inti ke dalam pastri puff dan lipat dua mengikut bentuk yang disukai sama ada tiga segi atau empat segi
7) Tekan tepi kulit puff tersebut dengan garpu
8) Sapukan telur di atasnya dan bakar 180 darjah sehingga kekuningan
9) Angkat dan hidang dengan kasih sayang..



selamat mencuba..pasti anda suka...

Monday, December 1, 2014

PULUT KUNING SERUNDING

PULUT KUNING SERUNDING


Bahan:
1 kilo beras pulut susu
1/2 kilo santan pekat
sedikit garam
daun pandan secukupnya
sedikit serbuk kunyit
asam keping/asam gelugor

Cara:
1) sekilo beras pulut - rendam semalaman dengan kunyit serbuk dan 3 keping asam keping
2) guna daun pandan untuk alas kukus- kukus pulut hingga masak
3) keluarkan pulut letak dalam talam, gaulkan dengan santan pekat yang telah diletak garam
4) Kukus semula dengan penuh kasih sayang
5) Apabila sudah betul2 masak, keluarkan dan bahagi  dua ,  letak dalam bekas.satu bahagian .tekan sedikit
6) Letakkan serunding daging dan kemudian tutup semula dengan satu lagi bahagian pulut
7) Hias dengan cantik ikut kreativiti masing-masing
8) Boleh lah dihidang dengan kasih sayang


                            

APPLE PIE

APPLE PIE


Bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu besar gula kastor
100 gm butter (saya guna buttercup)
1 biji kuning telur 
1/3 cawan air

Cara:
1) Campurkan senua tepung dalam mangkuk dan gaul dengan butter hingga berderai
2) Masukkan kuning telur dan air, gaul hingga menjadi doh, simpan dalam peti sejuk selama 30 minit
3) Bahagikan 2 doh tersebut dan giling leper. Saya lapikkan  plastik untuk menggiling..Bahagian bawah nya saya cucuk dengan garfu
4) Masukkan apple filling dan tutup atasnya dengan doh yang satu lagi
5) Lebihan doh boleh buat hiasan diatasnya
6) Sapu putih telur di atas pastri 
7) Bakar 180 darjah hingga kekuningan
8) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...

PAI APPLE

PAI APPLE


Bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu besar gula kastor
100 gm butter (saya guna buttercup)
1 biji kuning telur 
1/3 cawan air

Cara:
1) Campurkan senua tepung dalam mangkuk dan gaul dengan butter hingga berderai
2) Masukkan kuning telur dan air, gaul hingga menjadi doh, simpan dalam peti sejuk selama 30 minit
3) Bahagikan 2 doh tersebut dan giling leper. Saya lapikkan  plastik untuk menggiling..Bahagian bawah nya saya cucuk dengan garfu
4) Masukkan apple filling dan tutup atasnya dengan doh yang satu lagi
5) Lebihan doh boleh buat hiasan diatasnya
6) Sapu putih telur di atas pastri 
7) Bakar 180 darjah hingga kekuningan
8) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...


KEK CHEESE STRAWBERRY

KEK CHEESE STRAWBERRY
                            
Melayan cheese cake sempena birthday encik suami...

Bahan:
(A)
300 ml susu segar
150gm cream cheese
110 gm mentega

(B)
3 biji kuning  telur

(C)
3 biji putih telur
90 gm gula kastor

(D)
110 gm tepung gandum-ayak

(E)
1 sudu teh esen vanila

(F)
strawberry  filling secukupnya

Cara:
1) Cairkan bahan A dengan api perlahan, kacau, dan sejukkan
2) Pukul Bahan B, dengan whisk jer pun tak per hingga agak pekat
3) Pukul bahan C hingga bertanduk
4) Masukkan Bahan D, E dalam A, kacau sebati
5) Akhir sekali masukkan bahan C, kaup balik sahaja
6) Masukkan sedikit adunan dalam loyang 8 inci, letak sesenduk atau dua senduk dan kemudian letakkan strawberry filling, ikut ler macammana nak letak..boleh buat lingkaran juga-masukkan dalam plastik, gunting  dan picit jadi macam lingkaran ubat nyamuk....selepas itu letak lagi sesenduk atau dua senduk adunan..ulangi hingga selesai....
7) Masukkan dalam oven.175 darjah.bakar  secara water bath...hingga masak lebih kurang 1 jam
8) Dah masak, keluarkan ler..dan hiaslah dengan kasih sayang....




SOSEJ TELUR

SOSEJ TELUR
Boleh cuba buat ni untuk anak-anak sempena cuti sekolah ni.....tentu mereka suka...

Bahan:
Sosej- rebus sedikit
Telur
Pencungkil gigi

Cara:
1) Belah dua sosej dengan kasih sayang..jangan sampai putus
2) Bentukkan seperti love (Lihat gambar ler yer)
3) Pecahkan telur di dalamnya dan kemudian balikkan
4) Hidang dengan penuh kasih sayang





PUDING CHEESE

PUDING CHEESE




STRAWBERRY SPONGE CAKE

STRAWBERRY SPONGE CAKE
Ini kek eween untuk jamuan kelasnya..layan jer ler...


Bahan:

150 gm tepung gandum (ayak bersama baking powder)
150 gm gula kastor
5 biji telur (saya guna saiz biasa)
1 sudu besar ovelett
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar margerin-cairkan
50 ml susu cair
sedikit pewarna merah

strawberry emulco
 
Toping 

Fresh cream

Cara:
1) Campurkan tepung, gula telur,ovelett, baking powder, putar dengan mixer lah...sampai kembang betul (macam warna putih)
2)Masukkan margerin dan susu cair-putr sekejap jer
3) Letak perisa strawberry dan sedikit warna merah
4) Masukkan dalam loyang, letak kertas minyak, bakar 160 darjah sampai masak, dalam lebih kurang 1 jam (cucuk bahagian tengah dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak, rasa lidi tersebut, jika melekit maknanya kek belum masak)
5) Apabila sudah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai...
6) Hiaslah mengikut kreativiti dengan kasih sayang....




PULUT KUNING SERUNDING DAGING

PULUT KUNING SERUNDING DAGING

Ini pulut serunding daging yang dibuat khas untuk ulang tahun kelahiran imran yang ke 7..semoga imran menjadi anak yang soleh, cemerlang dunia akhirat...


Bahan:
1 kilo beras pulut susu
1/2 kilo santan pekat
sedikit garam
daun pandan secukupnya
sedikit serbuk kunyit

Cara:
1) sekilo beras pulut - rendam semalaman dengan kunyit serbuk dan 3 keping asam keping
2) guna daun pandan untuk alas kukus- kukus pulut hingga masak
3) keluarkan pulut letak dalam talam, gaulkan dengan santan pekat yang telah diletak garam
4) Kukus semula dengan penuh kasih sayang
5) Apabila sudah betul2 masak, keluarkan dan bahagi  dua ,  letak dalam bekas.satu bahagian .tekan sedikit
6) Letakkan serunding daging dan kemudian tutup semula dengan satu lagi bahagian pulut
7) Hias dengan cantik ikut kreativiti masing-masing
8) Boleh lah dihidang dengan kasih sayang

ROTI SARANG LEBAH


ROTI SARANG LEBAH

Sebelum ni saya namakan roti ini roti butterscoth....tapi nanti takut pulak keliru sebab sebenarnya sama jer dengan roti sarang lebah ni..cuma bagi nama glamer sikit....
apapun rasanya sama jer...sebab kita letakkan sos butterscoth tu..memang meletopps makan panas panas.....jom jom jom..resepi yang mesti dibuat untuk keluarga tersayang....

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan susu full cream/fresh cream
1/4 cawan minyak daisy/jagung
1/2 cawan air suam
sedikit garam

Cara:
1) Campurkan semua bahan, dan uli hingga licin jika ada bread maker, masukkan dalam bread maker dan tekan setting dough
2) Apabila sudah diuli, biarkan sehingga doh naik kembang, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin
3) Bulat-bulatkan dan letakkan di dalam loyang, tunggu sehingga naik sekali ganda barulah di bakar
4) Bakar suhu 180 darjah hingga kekuningan
5) Angkat dan curahkan sos butterscotch di atasnya...
6) Hidangkan dengan kasih sayang....

Butterscotch
25 gm butter
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula perang
esen vanila
sedikit garam

Campurkan semua bahan dan masakkan di atas api sederhana, kacau hingga sebati dan gula hancur.


CONGO BAR

CONGO BAR

CHEESE BUN

CHEESE BUN


Bahan:
1 cawan air + 1 biji telur ( bagi penuh air + telur)
3 sudu besar butter/marjerin
1 sudu teh garam
3 1/4 cawan tepung roti/high protein
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula pasir
2 sudu teh yis kering



Bahan sapuan:
1 biji telur
1 sudu besar air

Bahan Tabur:
cheese secukupnya



Cara:
1) Uli semua bahan, boleh juga dimasukkan ke dalam bread maker dan setting doh  Roti yang ni saya uli tangan aje
2) Jika uli dengan tangan, uli sekata dan biarkan hingga doh naik, tumbuk dan buang angin dalam 
doh
3) Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan bujurkan . Letakkan sedikit tepung supaya tidak melekat.   Adunan ini mendapat lebih kurang 11 bun roti.
4) Letakkan dalam dulang pembakar dan jarakkan. Lebih baik tutupkan. 
5) Biarkan doh dalam 30 minit atau sehingga naik doh dua kali ganda
6) Sapukan telur ke atas doh, taburkan  cheese ke atasnya dan bakar 160 darjah selama 10-15 minit atau hingga kekuningan
7) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...




STRAWBERRY BLUEBERRY FILLING

STRAWBERRY BLUEBERRY FILLING


Ini kek untuk birthday imran yang ke 7 13 Ogos lalu....sedapppppp....walaupun hanya kek span...tapi ikhlas dari mama.....dengan penuh kasih sayang....


Bahan:

150 gm tepung gandum (ayak bersama baking powder)
150 gm gula kastor
5 biji telur (saya guna saiz biasa)
1 sudu besar ovelett
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar margerin-cairkan
50 ml susu cair
strawberry emulco
sedikit pewarna merah

sedikit strawberry paste
 
Toping 

Fresh cream

Filling
Blueberry 

Cara:
1) Campurkan tepung, gula telur,ovelett, baking powder, putar dengan mixer lah...sampai kembang betul (macam warna putih)
2)Masukkan margerin dan susu cair-putr sekejap jer
3) Letak perisa strawberry dan sedikit warna merah, boleh tambahkan strawberry paste jika suka
4) Masukkan dalam loyang, letak kertas minyak, bakar 160 darjah sampai masak, dalam lebih kurang 1 jam (cucuk bahagian tengah dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak, rasa lidi tersebut, jika melekit maknanya kek belum masak)
5) Apabila sudah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai...
6) Potong kepada 3 bahagian, sapukan fresh cream diikuti blueberry filling pada setiap bahagian
7) Hiaslah mengikut kreativiti dengan kasih sayang....





NEEZ'S SNOW CREAM PUFF

NEEZ'S SNOW CREAM PUFF
                           
PUFF: (menghasilkan lebih kurang 25 biji)

Bahan:
100 gm margerin
250 gm air
125 gm tepung gandum-ayak
3 biji telur gred A
sedikit garam

Cara:
1.  Kacau margerin dan air atas api kecil sampai larut, masukkan garam, biarkan mendidih.
2. Tutup api, masukkan tepung dan kacau cepat-cepat dan jadi doh yang tak melekat, tapi dohnya memang nampak lembik sikit, angkat dan ketepikan
3.  Biarkan adunan sejuk sedikit, masukkan telur dan kacau- saya guna mixer secara perlahan
4.  Picitkan adunan guna nozzle bintang ke atas dulang pembakar dan picitkan ikut bentuk bulatan. Picit pun kenalah dengan kasih sayang..
5.  Masak 180 darjah sampai kekuningan
6.  Apabila sejuk, potong 2 dan masukkan filling, dan boleh tapiskan gula icing diatasnya supaya nampak cantik dan sedap..kalau nak lagi cantik, tapiskan snow powder...warna putih kekal lebih lama berbanding gula icing...tu yang jadi snow cream puff...
7.  Boleh leh dihidangkan dengan kasih sayang...


CUSTARD CREAM FILLING
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega


Cara:
Kacau dengan kasih sayang semua bahan atas api perlahan sampai likat, kemudian sejukkan.

Bahan Untuk Toping:
Gula icing
Snow Powder

Cara:
Gunakan penapis, dan tapiskan di atas cream puff, mulakan dengan 
gula icing dan kemudian barulah snow powder...gunakan salah satu pun boleh.....lebih sedap jika gunakan kedua-duanya...












SELAMAT MENCUBA DAN BOLEH DIBUAT UNTUK BERNIAGA.....