PUFF KENTANG & DAGING
Malam ni semua dalam rumah ni tak nak makan nasi..kebetulan siang tadi dah buat inti kentang campur daging..jadi malam ni senang jer lah nak buat curry puff yang sedap ini....suami pulak memang gemar puff kentang ni..tak sangka anak-anak pun makan hingga menjilat jari...
Bahan:
1 bungkus pastri puff jenama Kawan
5 biji kentang potong dadu
1/2 kilo daging direbus dan dipotong dadu
1 bungkus rempah kari daging pedas Baba's
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 labu bawang besar
sedikit garam dan gula
1 biji telur- pukul sedikit- untuk sapu pada kulit puff
Cara:
1) Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan rempah kari
2) Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar
3) Apabila agak garing, masukkan kentang, tambahkan sedikit sahaja air
4) Masukkan daging dan kacau
5) Apabila sudah masak, angkat dan sejukkan
6) Masukkan inti ke dalam pastri puff dan lipat dua mengikut bentuk yang disukai sama ada tiga segi atau empat segi
7) Tekan tepi kulit puff tersebut dengan garpu
8) Sapukan telur di atasnya dan bakar 180 darjah sehingga kekuningan
9) Angkat dan hidang dengan kasih sayang..
selamat mencuba..pasti anda suka...
No comments:
Post a Comment