CHEESE BUN
Bahan:
1 cawan air + 1 biji telur ( bagi penuh air + telur)
3 sudu besar butter/marjerin
1 sudu teh garam
3 1/4 cawan tepung roti/high protein
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula pasir
2 sudu teh yis kering
Bahan sapuan:
1 biji telur
1 sudu besar air
Bahan Tabur:
cheese secukupnya
Cara:
1) Uli semua bahan, boleh juga dimasukkan ke dalam bread maker dan setting doh Roti yang ni saya uli tangan aje
2) Jika uli dengan tangan, uli sekata dan biarkan hingga doh naik, tumbuk dan buang angin dalam
3) Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan bujurkan . Letakkan sedikit tepung supaya tidak melekat. Adunan ini mendapat lebih kurang 11 bun roti.
4) Letakkan dalam dulang pembakar dan jarakkan. Lebih baik tutupkan.
5) Biarkan doh dalam 30 minit atau sehingga naik doh dua kali ganda
6) Sapukan telur ke atas doh, taburkan cheese ke atasnya dan bakar 160 darjah selama 10-15 minit atau hingga kekuningan
7) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...
No comments:
Post a Comment