Monday, December 1, 2014

NEEZ'S SNOW CREAM PUFF

NEEZ'S SNOW CREAM PUFF
                           
PUFF: (menghasilkan lebih kurang 25 biji)

Bahan:
100 gm margerin
250 gm air
125 gm tepung gandum-ayak
3 biji telur gred A
sedikit garam

Cara:
1.  Kacau margerin dan air atas api kecil sampai larut, masukkan garam, biarkan mendidih.
2. Tutup api, masukkan tepung dan kacau cepat-cepat dan jadi doh yang tak melekat, tapi dohnya memang nampak lembik sikit, angkat dan ketepikan
3.  Biarkan adunan sejuk sedikit, masukkan telur dan kacau- saya guna mixer secara perlahan
4.  Picitkan adunan guna nozzle bintang ke atas dulang pembakar dan picitkan ikut bentuk bulatan. Picit pun kenalah dengan kasih sayang..
5.  Masak 180 darjah sampai kekuningan
6.  Apabila sejuk, potong 2 dan masukkan filling, dan boleh tapiskan gula icing diatasnya supaya nampak cantik dan sedap..kalau nak lagi cantik, tapiskan snow powder...warna putih kekal lebih lama berbanding gula icing...tu yang jadi snow cream puff...
7.  Boleh leh dihidangkan dengan kasih sayang...


CUSTARD CREAM FILLING
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega


Cara:
Kacau dengan kasih sayang semua bahan atas api perlahan sampai likat, kemudian sejukkan.

Bahan Untuk Toping:
Gula icing
Snow Powder

Cara:
Gunakan penapis, dan tapiskan di atas cream puff, mulakan dengan 
gula icing dan kemudian barulah snow powder...gunakan salah satu pun boleh.....lebih sedap jika gunakan kedua-duanya...












SELAMAT MENCUBA DAN BOLEH DIBUAT UNTUK BERNIAGA.....


No comments:

Post a Comment