Thursday, June 27, 2013

BLUEBERRY MUFFIN

BLUEBERRY MUFFIN

Malam ni saya meluangkan sedikit masa untuk membuat muffin resepi Kak Yah dari group Meriahnya Dunia Masakan....terima kasih yer kak..selalunya saya beli tepung muffin yang ready made jer..tapi apabila melihat bahan dalam resepi ni senang sangat dan semuanya ada kat rumah..apalagi...tangan ni gatal jer nak buat...dan alhamdulillah memang sedap dan senang jer..Izinkan saya kongsi resepi yer kak..mudah mudahan Allah melimpahi rahmat ke atas Kak Yah...



Bahan:
2 biji telur (saya guna saiz biasa)
225 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
125 gula kastor
125 ml susu segar
150 gm mentega (saya guna buttercup jer)
1 sudu teh vanilla
Blueberry filling secukupnya
kertas cupcake (saya guna yang murah ni jer- dapat dalam 30 biji)

Cara:
1) Tepung gandum diayak bersama baking powder
2) Mentega dicairkan guna api sederhana
3) Pukul telur dengan whisk sahaja dan campurkan susu segar
4) Masukkan mentega, gula dan vanila, kacau sahaja dengan whisk. Kalau tak ada whisk guna aje senduk pun boleh
5) Akhir sekali masukkan tepung dan kacau lagi hingga sekata tepungnya. Biarkan adunan selama 20 minit
6) Masukkan sedikit adunan dalam kertas cupcake dan letak sedikit blueberry filling di dalamnya, kemudian letak lagi adunan menutupi blueberry tersebut, penuhkan dalam 3/4 dari bekas tersebut.
7) Bakar 180 darjah sehingga kekuningan
8) Angkat dan hidang dengan kasih sayang



 Hmmm...sedapkan tengok filling dalamnya tuu....

Apalagi...jomlah cuba ..untuk anak-anak tersayang..

Wednesday, June 26, 2013

KOBIS GORENG TELUR

KOBIS GORENG TELUR

Aikkkk..goreng kobis pun nak letak dalam blog...waduhhh melampau ni yek....ishhh manalah tau nanti anak dara saya nak tengok cara masak kobis..takyah la tanya mama dia..tengok jer blog ni...kan..kan..

 Bahan:
1/2 biji kobis
1 labu besar dihiris menegak
3 ulas bawang putih-dihiris
sedikit ikan bilis permata biru
1 biji telur
1/2 biji cili capsicum merah-hiris 

Cara:
1) Masukkan sedikit minyak sayur dalam kuali, tumiskan bawang, bawang putih, dan ikan bilis permata biru
2) Masukkan garam halus secukup rasa
3) Pecahkan telur dan kacau
4) Masukkan kobis dan cili capsicum, goreng sampai agak layu 
5) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...


Jom makan..buat ratah pun sedap ni...


SAMBAL UDANG BUTTER

SAMBAL UDANG BUTTER
Hari ni saya masak sambal udang butter, resepi yang diajar oleh Datin Maria, jiran depan rumah. Masakan yang ringkas dan senang...sedap puak tu..lemak jer udang sebab goreng dengan butter kan....Hmmm..tu ler dia rupanya..malas lah pulak saya nak menghiasnya..terus jer amik gambar..lebih praktikal..hehehe....


Resepinya sama aje macam sambal tumis biasa cuma yang ni guna butter dan tak perlu letak air asam jawa...jom tengok caranya....

Bahan:
Cili kering (rm 1)
1 labu bawang besar
sedikit belacan madu
50 gm butter (ikut suka-nak letak lebih pun boleh)
1 labu bawang besar -hiris kasar (jika suka)
1 kilo udang basah

Cara:
1) Kisar cili kering, belacan dan bawang besar dan tumis hingga garing-(kalau minyak banyak, buangkan minyak)
2) Masukkan butter, dan bawang
3) Masukkan udang dan biarkan hingga keluar airnya
4) Letak garam secukup rasa dan sedikit gula (jika suka)
5) Kacau hingga udang nampak bengkok..hehe...
6) Angkat dan hidang dengan kasih sayang....




Cara saya.. selalu kisar cili kering dan tumis keringkan siap-siap masuk dalam peti ais, jika nak guna senang, cepat jer masak ni...letak kuali, letak cili yang telah siap ditumis, letak butter , masukkan udang, letak garam, gula sikit...tunggu kejap sampai keluar air udang...balik balikkan dia...dah boleh angkat..sekejap jer kann..tulah kena sediakan stok cili tumis dalam peti ais....memang senang dan cepat kerja kita...



Jom cuba.....

Monday, June 24, 2013

NASI LEMAK SERI SOTONG

NASI LEMAK SERI SOTONG

Alhamdulillah..pagi ni diberi kesempatan masak nasi lemak untuk anak-anak...saya namakan nasi lemak seri sotong sebab sambalnya sambal sotong..hehehe..anak-anak suka makan sambal sotong, dan saya taburkan ikan bilis permata biru yang dibeli oleh sahabat baik saya Rozayati ... layan gambar jer la dulu ye....




Bahan:
5 pot kecil beras
rm 2 santan pekat
sedikit air= campurkan dengan santan mengikut sukatan beras
2 inci halia-tumbuk pecah jer
4 biji bawang putih -tumbuk pecah jer
sedikit garam
3 helai daun pandan

Cara:
1) Basuh beras dengan kasih sayang
2) Masukkan santan dan air mengikut sukatan beras
3) Masukkan halia, bawang putih, garam dan daun pandan
4) Masak nasi dengan rice cooker saja ler....
5) Apabila agak kering, kacau nasi dengan kasih sayang
6) Biarkan nasi masak sepenuhnya, barulah dihidangkan dengan kasih sayang bersama dengan sambal sotong dan sahabat-sahabat nasi lemak yang lain seperti timun, telur rebus, telur goreng, ikan bilis, ikan kering pun sedapppp.....

ASAM PEDAS SERI IKAN MERAH

ASAM PEDAS SERI IKAN MERAH

Petang ni saya masak asam pedas ikan merah untuk makan malam, campur jer dengan bendi. Makan nasi panas-panas , tambah pulak dengan ikan kering kembung dan acar strawberry..wah sedap yek..alhamdulillah..


Hmm....kalau masak ni tak reti nak sukat-sukat..main ikut rasa hati jer...sorry ler yer..

Bahan:
1 ekor ikan merah
Cili kering- kisar dengan 1 biji bawang besar, dan sedikit belacan madu
sedikit asam jawa
daun kesum
bunga kantan
garam secukupnya
bendi

Cara:
1) Tumis cili yang dikisar hingga garing
2) Masukkan air asam jawa, biarkan mendidih, letak garam secukup rasa
3) Masukkan ikan dan daun kesum/bunga kantan
4) Apabila ikan telah masak, masukkan bendi
5) Angkat dan hidang dengan kasih sayang....

Sunday, June 23, 2013

VERMICELLI GORENG BURGER

VERMICELLI GORENG BURGER

Hari ni tak sekolah pulakkk..cuti sebab jerebu....hmmm..anak-anak suka lah tak sekolah..mamanya pulak yang terpaksa duduk rumah hari ni...kena fikir nak masak apa untuk hari ni..
Pagi-pagi ni tak tau nak buat sarapan apa..tengok almari bahan..owhh ada vermicelli ni..daging kisar pulak takde..yang ada daging burger..bolehlahhh...inilah hasilnya....anak-anak kata sedapp...sebab diaorang tak suka makan nasi....



Bahan:
1 bungkus vermicelli direbus hingga lembut dan toskan
1 tin kecil tomato puree
1 labu bawang besar-potong dadu
3 ulas bawang putih-potong dadu
1 biji capsicum-potong dadu
6 keping daging burger- dileraikan kasar
sos cili life
sedikit sos cili maggie
garam secukup rasa
sedikit oregano
minyak zaiton

Cara:
1) Panaskan minyak zaiton, tumis bawang hingga wangi, masukkan daging burger
2) Masukkan tomato puree dan sos cili- tumis sekejap, letak sedikit air, garam secukup rasa
3) Masukkan oregano dan vermicelli, gaul rata
4) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...

Saturday, June 22, 2013

WAFFLE

WAFFLE

Resepi waffle ni dikongsi oleh kawan Norazita Mokhtar dalam buku Air Tangan Semerbak Kasih pada tahun 2009.....dan resepinya telah menular kepada kawan-kawan...alhamdulillah..tak rugi pun kongsi ilmu...betul tak...tak baik lokek ilmu ni.... Jom saya kongsikan pula di sini supaya kita beroleh keberkatan bersama...inshaaAlllah...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menghadiahkan waffle maker ni...mudah-mudahan dimurahkan rezeki Mardiah, Suzarina, Farah Loh, Nazura, Hajariah, Salwa...waffle maker saya yang lama telah rosak...


Bahan:


5 biji telur
3 cawan susu segar
1 cwn minyak mazola
2 tbsp baking powder
1 tsp garam
6 tbsb gula pasir
4 cwn tepung gandum
1 penutup botol esen vanila
Cara:


1. Campurkan semua bahan kecuali esen vanila dan tepung - putar
2. Masukkan esen vanila dan tepung
3. Bakar dengan waffle maker, sampai masak
4. Sapukan jem yang disukai dengan penuh kasih sayang sebelum makan..

Saturday, June 15, 2013

MILK COOKIES

MILK COOKIES


Sambil memasak rendang udang  hari ni, kepala memikirkan nak buat apa untuk petang ni...hmm teringat Biskut Kembang Cina  dari Mila Kitchen- Meriahnya Dunia Masakan..yang amat mudah dan ringkas bahannya..apa lagi ..sementelah ada semua bahan kat dapur ni..jom ler cuba buat..tapi maaf yer saya bagi nama glamour untuk cookies ni jadi Milk Cookies...mudah-mudahan tuan punya asal resepi yang dikongsi bersama dengan ikhlas ini  akan mendapat rahmat Allah...


Bahan:
1 cawan planta
1 cawan susu pekat manis
4 cawan tepung jagung
ceri untuk hiasan

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan gaul sebati
2) Terapkan menggunakan acuan bunga disukai dengan kasih sayang
3) Bakar 150 darjah sampai agak kekuningan..jangan hangus yer..
4) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...


Hmmmm...petang ni boleh ler buat teh o panas, makan cookies ni....alhamdulillah....

                        

RENDANG UDANG DAUN LIMAU PURUT

RENDANG UDANG DAUN LIMAU PURUT


Hari ni saya masak rendang udang daun limau purut..dah selalu sangat letak daun kunyit, hari ni nak cuba pulak letak daun limau purut...tambahan pulak jiran belakang rumah tu ada pokok limau purut..jadi mengendeng la mintak daunnya beberapa helai tadi..


Hmmm..nak masak ni saya tak tau sukatannya sebab masak ikut rasa hati sendiri..Jom tengok yer..boleh ubahsuai ikut rasa hati yer..

Bahan:
Udang
sedikit cili kering (dalam 12 tangkai)
sedikit cili api (ikut suka)
1 labu bawang besar
2 inci halia
3-4 batang serai
santan pekat
4 helai daun limau purut
Garam secukup rasa

Cara:
1) Cili kering, bawang, serai, halia dikisar dan masukkan aje dalam kuali tanpa minyak
2) Panaskan bahan tadi sampai agak kering, masukkan santan
3) Bila agak pekat, masukkan udang, masak sampai udang mengeluarkan air dan kuah agak pekat
4)Masukkan garam secukup rasa dan daun limau purut
5) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...

PEACH COBBLER ICE CREAM VANILA

PEACH COBBLER ICE CREAM VANILA



Hari tak tau nak buat kuih apa, teringat nak buat cobbler sebab semalam anak sulung azween ke kedai dengan ayahnya dan beli sekotak ice cream vanilla....jadi apa lagi..terus ke dapur laa.....







Bahan:
80 gm butter
100 gm gula kastor
140 g tepung naik sendiri
1 biji telur
160 ml susu segar (saya guna full cream)
sedikit vanila
sedikit garam
buah peach secukupnya

Cara:
1) Pukul butter dan gula, samai kembang, masukkan telur, pukul lagi, masukkan garam
2) Masukkan tepung , susu, vanila 
3) Masukkan dalam loyang dan hias atasnya dengan buah peach, kalau nak masuk dalam tepung pun tak per
4) Bakar 180 darjah sehingga masak 
5) Sesudah masak, sejukkan dan boleh dihidangkan dengan ice cream vanila atau makan begitu sahaja..ikut selera yer
6) Jangan lupa, hidang dengan kasih sayang....

                          

Amacam...teringin tak...musim panas panas ni sedap lah makan..letak ice cream banyak sikit...

                     


Friday, June 14, 2013

COCOA CARAMEL

COCOA CARAMEL


Dah beberapa hari tak buat kek..rindu pulak nak buat..bila tengok Evelyn Gemina post chocolate caramel memang tak sabar-sabar nak mencuba..tapi saya namakannya Cocoa caramel yer evelyn dan sukatan caramelnya juga sukatan jimat!!! hehe...


 Resepinya sama jer macam resepi kek karamel yang lain..jom kita tengok apa kelainannya....

Bahan:

Gula Hangus
2 sudu besar gula - masukkan dalam loyang dan panaskan hingga kekuningan- ketepikan

Karamel  (A)
3 biji kuning telur
1/2 tin susu cair
70 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila


Meringue (B)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu kecil cream of tartar

Kek (C)
70 gm gula kastor
130 gm tepung naik sendiri'-diayak
20gm serbuk koko- diayak
3 bii kuning telur
135 ml susu segar (saya guna full cream)
45 ml minyak mazola



Cara: 

1.  Kacau bahan A perlahan-lahan dan masukkan dalam loyang gula hangus yang telah disejukkan tadi
2.  Pukul bahan B sampai kental dan tidak jatuh kalau diterbalikkan
3.  Pukul perlahan atau guna whisk bahan C, tepung dan koko (ayak sekali)  masuk akhir sekali
4.  Masukkan bahan B ke dalam C dan kaun balik guna senduk sahaja
5. Masukkan adunan koko ke dalam loyang caramel tadi dengan perlahan-lahan dan kasih sayang
6.  Bakar lebih kurang 1 jam 160 darjah secara water bath
7.  Apabila telah masak, sejukkan dan apabila hendak dihilangkan terbalikkan kek tersebut
8.  Bolehlah dipotong dan dihidang dengan kasih sayang....


Hmmmm..dah tengok resepi..dah tengok gambar..bolehlah cuba....senang jerr...sedap pun sedapp...



Saturday, June 8, 2013

CHURROS


CHURROS 

Gambar di atas di ambil semasa berkunjung ke Luxembourg tahun lepas..teringin nak makan tapi takut..tengok jer..gerammm....hari ni baru berpeluang membuatnya selepas menggodek pakcik google....mujurlah senang buatnya....


Amacam...sama tak rupanya..cuma yang ni nampak pendek..yang kat Luxembourge tu panjang..hehehe..




Boleh makan dengan apa sahaja..letak gula icing..atau letak strawberry toping dan.... tengah buat ni tadi kebetulan anak sedara Siti Mariam datang dengan suaminya Ieqram..rezeki diaorang laaa...



 yang paling sedap sekali kalau makan dengan nutella.... atau coklat masakan pun boleh laa....



Resepi kena tengok pakcik google ler....hehe







Makan Sekali Nak Buat Lagi....


Friday, June 7, 2013

ONION PARATHA APPLE PIE

ONION PARATHA APPLE PIE(2)



Hari ni tetiba kakak call nak datang...dia kata tak yah masak apa-apa...hmmm..memang kebetulan plan tak masak ari ni...yang ada di rumah apple dan onion paratha ni..apalagi...ini jerlah yer kak.... nanti kita beli cendol dan rojak Pak Akob pulak...




Macam mana buat ni..inilah yang paling senang saya rasa nak buat...asalkan bahannya ada...hehe..jom tengok...sebenarnya dah pernah saya buat sebelum ni dan dah ada resepinya..tapi tak apalah..saya kongsikan lagi yer..

Bahan/Cara:

1)  1 bungkus onion paratha jenama Kawan ( beli jer kat supermarket)
2)  3 biji epal hijau potong dadu kecil
3)  3 sudu gula perang + 1 sudu gula biasa (kalau nak manis boleh tambah lagi)
4)  1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit sahaja air
5) sedikit serbuk kayu manis ikut suka

Cara:
1) Masak apple dengan gula hingga keluar air, dan campurkan dengan tepung jagung, kacau hingga pekat, biarkan sejuk
2) Potong 2 paratha
3) Masukkan sesudu pada paratha dan lipat dua, tekan dengan garfu sebelah tepinya
4) Sapukan kuning telur atasnya, saya tambahkan parsley kering di atasnya  dan bakar sampai kekuningan
5)  Siap untuk dihidangkan dengan penuh kasih sayang...

JOM CUBA..PASTI NAK LAGIII...




Thursday, June 6, 2013

TAUGE HIJAU GORENG

TAUGE SERI HIJAU

Sedapnya tauge ni..kalau makan dengan nasi panas panas, ada ikan kering..perghhh...Jom goreng dengan cara Neez's style yang paling simple....

Bahan:
1 bungkus tauge hijau (saya panggil tauge cina)
1/2 ketul kiub ayam knorr
sedikit belacan
2 ulas bawang putih-ketuk atau hiris
1 labu bawang besar- hiris menegak

Cara:
1) Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau dan kekuningan
2) Masukkan kiub dan belacan
3) Masukkan tauge dan gorenglah dengan kasih sayang..
4) Goreng sekejap sahaja jangan terlalu layu sangat..
5) Apabila telah siap, bolehlah diratah begitu sahaja atau dijadikan lauk untuk hidangan..yang pastinya dengan kasih sayang...






TELUR SERI CAPSICUM

TELUR SERI CAPSICUM

Hahaha...pertama kali tengok sahabat saya Mona Riduan post gambar telur dalam capsicum ni dalam FB, saya sudah rasa tertarik untuk mencubanya...kebetulan tempohari ada membeli capsicum yang besar pulak...apalagi..semangat untuk mencuba terus membara walaupun tengah dalam keadaan terlalu sibuk menyiapkan tugasan.  Tambahan pulak ada buat roti pagi tadi.. Hmmm...teruja dengan kemenjadiannya....

Bahan:

Capsicum  dipotong agak agak tebalnya
Telur
Lada sulah

Cara:

1) Sediakan pan- panaskan dengan api perlahan
2) Letakkan capsicum yang telah dipotong di tengah tengah pan
3) Pecahkan telur di dalam capsicum tersebut dan tambahkan lada sulah
4) Apabila telur sudah masak sepenuhnya, bolehlah dihidangkan bersama roti dengan penuh kasih sayang..







Tuesday, June 4, 2013

SAYUR LEMAK SERI CACA

SAYUR LEMAK SERI CACA

Hehe..nama macam bubur caca..sebabnya semua sayur yang beli di cameron highland hari tu masuk dalam ni.....nak ratah sayur jer malam ni...Cara masak??? Aduh...janganlah pening pening..buat aje yang senang...

Bahan:
1/2 labu bawang besar - hiris menegak
2 biji bawang putih- hiris halus
1/2 biji capsicum
sayur-sayuran- cauliflower, kobis, tomato kecil, carrot
udang atau sotong
santan (rm 2)

Cara:
1) Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, masukkan santan- ikut suka nak banyak mana
2) Bubuh garam secukup rasa, masukkan carrot dulu sebab nanti keras sangat, kalau nak kuning sikit letak jer sedikit serbuk kunyit
3) Masukkan udang atau sotong, biarkan mendidih,kacau santan supaya tidak pecah santan kemudian masukkan semua sayur
4) Angkat dan hidang dengan kasih sayang....