PEACH COBBLER ICE CREAM VANILA
Hari tak tau nak buat kuih apa, teringat nak buat cobbler sebab semalam anak sulung azween ke kedai dengan ayahnya dan beli sekotak ice cream vanilla....jadi apa lagi..terus ke dapur laa.....
Bahan:
80 gm butter
100 gm gula kastor
140 g tepung naik sendiri
1 biji telur
160 ml susu segar (saya guna full cream)
sedikit vanila
sedikit garam
buah peach secukupnya
Cara:
1) Pukul butter dan gula, samai kembang, masukkan telur, pukul lagi, masukkan garam
2) Masukkan tepung , susu, vanila
3) Masukkan dalam loyang dan hias atasnya dengan buah peach, kalau nak masuk dalam tepung pun tak per
4) Bakar 180 darjah sehingga masak
5) Sesudah masak, sejukkan dan boleh dihidangkan dengan ice cream vanila atau makan begitu sahaja..ikut selera yer
6) Jangan lupa, hidang dengan kasih sayang....
Amacam...teringin tak...musim panas panas ni sedap lah makan..letak ice cream banyak sikit...
No comments:
Post a Comment