Wednesday, May 28, 2014

MANGO CHEESE CAKE

MANGO CHEESE CAKE
Aduhhhh....lazatnya mango cheese cake ni..pertama kali buat ..alhamdulillah menjadi....lain kali memang ini menjadi pilihan cheese cake...jom lah cuba..kita kongsi-kongsi resepi....
Kek ni saya bawa ke Restoran Khatijah Ibrahim..alaaa...penyanyi dulu-dulu tu...sebabnya ada majlis lah kat situ...
Bahan base:
1 bungkus biskot digestive yang telah dihancurkan
110 gm mentega -cairkan

Campurkan mentega yang telah dicairkan ke dalam biskut, gaul sebati dan tekan dalam loyang. Gunakan loyang yang loose base. Simpan dalam peti ais..bekukan lebih kurang 40 minit
Bahan Filling: 
500 gm cream cheese philadelphia
150 gm whipping cream UHT jenama pauls
30 gm  buttercup 
130 gm gula kastor
30 gm tepung jagung
3 biji telur
1 sudu perahan lemon
1 biji manga-kisar

Hiasan
1 biji mangga dipotong dadu
badan flakes bakar
fresh cream
Cara:
1) Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut, masukkan gula, dan whipping cream
2) Masukkan tepung jagung, dan telur sebiji demi sebiji,isi mangga, air perahan lemon, putar perlahan hingga sebati
3) Masukkan adunan cream cheese ini ke dalam base biskut tadi
4) Balut loyang dengan aluminium dan bakar secara water bath 160 darjah hingga masak.
5) Sejukkan semalaman dalam peti ais dan bolehlah dihias di atasnya
6) Jika suka boleh hias dengan fresh cream mengikut kreativiti dengan penuh kasih sayang...

BINGKA UBI GULA MELAKA

BINGKA UBI GULA MELAKA

Bahan:
2 kilo Ubi kayu
2 ketul gula melaka-masak dengan 1/2 cawan air panas, letak daun pandan
1/2 cawan gula pasir-tambah jika kurang manis
3 1/2 cawan santan pekat 
sedikit garam

Cara:
1) Blender ubi kayu..kalau ada parut..parut lah..lagi sedap..- perah dengan kasih sayang , sila gunakan  kain bersih untuk perah, 
2) Air perahan biarkan, ambil kanji di bawahnya
3) Campurkan semua bahan, rasa lah gula..kalau kurang manis boleh tambah gula lagi
4) Masukkan dalam loyang yang telah disapukan dengan planta/butter
5) Bakar 180 darjah sehingga masak, lebih kurang 1 1/2 jam
6) Angkat dan hidang dengan kasih sayang

SELAMAT MENCUBA....PASTI TERUJA

PENGAT PISANG

PENGAT PISANG NIPAH
Bahan:
1 sisir pisang nipah/kapok
sedikit sagu rendang
sedikit sahaja garam
1 ketul besar gula melaka
sedikit gula pasir
santan secukupnya (dari sebiji kelapa pun cukup- amik santan pekat..., kalau beli santan kat pasar dalam rm 3.50)

Cara:
1) Didihkan gula melaka, dan gula pasir ikut suka manisnya
2) Masukkan pisang dan sagu,
3) Masukkan santan, kacau jangan sampai pecah santan, masukkan sedikit garam jika suka
4) Kacau perlahan sehingga santan mendidih
5) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...

CUBALAH....PASTI SEDAPPPPLAH...

Thursday, May 22, 2014

VEGERONI SPIRALS GORENG

VEGERONI SPIRALS GORENG
Selera makan nasi dah kurang..sebab nak diet konon..hehe...jadi buat pasta la pulak..pilihan kali ni vegeroni spirals ni..cantik warna warni...minum pulak air tembikai.....
 Bahan:
1/2 paket vegeroni spirals
1 biji capsicum hijau-potong dadu
1 labu bawang besar-potong dadu
3 sudu paste spageti san remo (ikut suka sukatannya-kalau nak boleh lebihkan)
2 keping daging burger ramly- hancurkan
sedikit lada hitam-ditumbuk
sedikit serbuk herb & garlic
sedikit oregano
minyak zaiton untuk menumis

Cara:
1) Rebus vegeroni spiral hingga lebut, campurkan air dengan sedikit minyak agar tidak melekat, kemudian toskan
2) Tumis daging burger- hancur-hancurkan semasa menunis
3) Masukkan bawang hingga naik bau, masukkan sos
4) Masukkan bahan2 lain dan kacau sebati
5) Siap untuk dihidangkan dengan kasih sayang....

JOM TUKAR SELERA...

PURPLE BLUEBERRY CHEESE

PURPLE BLUEBERRY CHEESE
Bahan base:
1 bungkus biskot oreo yang telah dihancurkan
50 gm almond nib
110 gm mentega -cairkan

Campurkan mentega yang telah dicairkan ke dalam biskut, gaul sebati dan tekan dalam loyang. Gunakan loyang yang loose base. Bakar dalam 10 minit, 160 darjah celcius.

Bahan Filling: 
500 cream cheese philadelphia
250 whipping cream UHT jenama pauls
30 gm  buttercup 
130 gm gula kastor
30 gm tepung jagung
4 biji telur
1 sudu perahan lemon

Hiasan
Gula purple
Bunga tiruan
Blueberry filling
Cara:
1) Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut, masukkan gula, dan whipping cream
2) Masukkan tepung jagung, dan telur sebiji demi sebiji, putar perlahan hingga sebati
3) Masukkan adunan cream cheese ini ke dalam base biskut tadi
4) Balut loyang dengan aluminium dan bakar secara water bath 160 darjah hingga masak.
5) Sejukkan semalaman dalam peti ais dan bolehlah dihias di atasnya
6) Jika suka boleh hias dengan fresh cream mengikut kreativiti dengan penuh kasih sayang...

JOM CUBA...PASTI BERJAYA..

Sunday, May 18, 2014

APAM BALIK

APAM BALIK
Petang ni saya buat apam balik kegemaran anak lelaki saya, izzwan...meskipun rupanya tak ada namun rasanya tetap menggoda tau...tak percaya cubalah....rupa tak cantik tu sebab saya punya non stick pan tu dah buruk....nak kena beli baru ler ni....

Nampak kurang cantik rupanya..tapi jangan pandang rupa saja tau..belum tentu yang cantik tu sedappp...hehehehe....


JOM CUBA...PASTI TERGODA..

Saturday, May 17, 2014

CUSTARD TART

CUSTARD TART
Hari ni meluangkan masa untuk mengisi entry ni...keluarkan gambar gambar lama yang belum dimasukkan..yang senang dibuat...jom tengok....

Bahan Pastri:
250 gm buttercup
150 gm gula icing
2 biji telur
500 gm tepung gandum
sedikit esen vanila jika suka

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan uli dengan hujung jari hingga sebati
2) Ambil sedikit sedikit dan tekankan ke dalam bekas mengikut bentuk
3) Cucuk dengan garpu sedikit di tengah-tengahnya
4) Bakar 170 darjah hingga sedikit perang, jangan terlalu perang atau hangus..
5) Angkat dan biarkan sejuk, keluarkan dari acuan
6) Simpan dalam bekas kedap udara. Simpan pun kenalah dengan kasih sayang...supaya tahan lama..

CUSTARD 
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara:
Kacau dengan kasih sayang semua bahan atas api perlahan sampai likat, kemudian sejukkan.  Paipkan guna piping bag ke dalam shell tart yang telah disiapkan lebih awal tadi. Kalau nak lebih sedap, masukkan ke dalam peti sejuk,,pasti nyaman gitu,...

Hiasan:
Buah strawberry secukupnya- hias ikut kreativiti...

BLUEBERRY CHEESE CAKE

BLUEBERRY CHEESE CAKE
Ni sebenarnya gambar lama..tapi terlupa nak masukkan dalam blog ni..hehehe...jangan marah...tapi kek ni memang senang dan sedap...tak heavy sangat rasanya....saya sharekan resepinya....moga bermanfaat untuk semua yang ingin mencuba...
Bahan:
(A)
300 ml susu segar
150gm cream cheese
110 gm mentega

(B)
3 biji kuning  telur

(C)
3 biji putih telur
90 gm gula kastor

(D)
110 gm tepung gandum-ayak

(E)
1 sudu teh esen vanila

(F)
blueberry filling secukupnya

Cara:
1) Cairkan bahan A dengan api perlahan, kacau, dan sejukkan
2) Pukul Bahan B, dengan whisk jer pun tak per hingga agak pekat
3) Pukul bahan C hingga bertanduk
4) Masukkan Bahan D, E dalam A, kacau sebati
5) Akhir sekali masukkan bahan C, kaup balik sahaja
6) Masukkan sedikit adunan dalam loyang 8 inci, letak sesenduk atau dua senduk dan kemudian letakkan blueberry filling, ikut ler macammana nak letak..boleh buat lingkaran juga-masukkan dalam plastik, gunting  dan picit jadi macam lingkaran ubat nyamuk....selepas itu letak lagi sesenduk atau dua senduk adunan..ulangi hingga selesai....
7) Masukkan dalam oven.175 darjah.bakar  secara water bath...hingga masak lebih kurang 1 jam
8) Dah masak, keluarkan ler..dan hidanglah dengan kasih sayang....



CREAM PUFF SNOW

CREAM PUFF SNOW
Hari ni saya menyiapkan tempahan cream puff....alhamdulillah siap mengikut waktunya.....saya tabur gula icing banyak banyak...kemudian saya tapiskan pula snow powder bagi meriah gitu,,,tu lah jadi namanya cream puff snow...jom cuba buat sendiri..pasti jadi...

PUFF:

100 gm margerin
250 gm air
125 gm tepung gandum-ayak
3 biji telur
sedikit garam

Cara:
1.  Kacau margerin dan air atas api kecil sampai larut, masukkan garam
2. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau cepat-cepat dan jadi doh yang tak melekat, tapi dohnya memang nampak lembik sikit, angkat dan ketepikan
3.  Apabila sejuk, masukkan telur dan kacau- saya guna mixer secara perlahan
4.  Picitkan adunan guna nozzle bintang ke atas dulang pembakar dan picitkan ikut bentuk bulatan. Picit pun kenalah dengan kasih sayang..
5.  Masak 180 darjah sampai kekuningan
6.  Apabila sejuk, potong 2 dan masukkan filling, dan boleh tapiskan gula icing diatasnya supaya nampak cantik dan sedap..kalau nak lagi cantik, tapiskan snow powder...warna putih kekal lebih lama berbanding gula icing...
7.  Boleh leh dihidangkan dengan kasih sayang...


CUSTARD CREAM FILLING
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara:
Kacau dengan kasih sayang semua bahan atas api perlahan sampai likat, kemudian sejukkan.

JOM CUBA...

Saturday, May 10, 2014

ROTI BUTTERSCOTCH

ROTI BUTTERSCOTCH
Hari ni penat sebenarnya...seharian di universiti menghadiri seminar....balik sampai rumah dah pukul 6.30 petang...mulanya rasa nak buat roti biasa jer sebab nak cicah dengan kuah kari yang suami beli tapi jadi roti ni pulakkk...guna bahan yang ada di rumah jer..alhamdulillah sedapp rupanya roti ni..patutlah dikatakan menjadi kegilaan peminat-peminat roti sekarang...hehehe..apa lagi..jom ler cuba buat..dah lah senang,....sedap pulak tu..pasti menambat selera.....hilang segala penat....


Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan susu full cream (ada orang guna yogurt asli)
1/4 cawan minyak daisy
1/2 cawan air suam
sedikit garam

Cara:
1) Campurkan semua bahan, dan uli hingga licin jika ada bread maker, masukkan dalam bread maker dan tekan setting dough
2) Apabila sudah diuli, biarkan sehingga doh naik kembang, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin
3) Bulat-bulatkan dan letakkan di dalam loyang, tunggu sehingga naik sekali ganda barulah di bakar
4) Bakar suhu 180 darjah hingga kekuningan
5) Angkat dan curahkan sos butterscotch di atasnya...
6) Hidangkan dengan kasih sayang....
Ni roti dah mengembang...nak cepat kembang senang jer tipsnya..letakkan di bawahnya periuk yang berisi air panas, dan tutup loyang dengan kain bersih yang dibasahkan...
 Hmmm....taburlah apa yang ada kat rumah tu...badam ker...bijan ker....kismis ker...ikut suka...tak nak pun tak per....
 Apabila dah masak jer...angkat dan curahkan butterscotch di atasnya......
Butterscotch
25 gm butter
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula perang
esen vanila
sedikit garam

Campurkan semua bahan dan masakkan di atas api sederhana, kacau hingga sebati dan gula hancur.


 Masa nak makan kalau ada lagi lebihan butterscotch tu..boleh ler siramkan lagi....melelehhhh.....
JOM LAH CUBA...SENANG JER...

Friday, May 9, 2014

SERI MUKA GULA MELAKA

SERI MUKA GULA MELAKA
Pagi-pagi lagi kuih seri muka saya dah siap..tapi kali ni saya guna gula melaka pemberian sahabat Sal Lawa.....terima kasih..semalam saya guna buat buah melaka,,dan hari ni saya guna buat kuih ni..hmmm terima kasih daun keladi,,,lain kali kasi lah lagi yer Sal lawa....

Jom tengok cara mudah saya.....
Lapisan bawah:
500 gm pulut susu -rendam selama 2-3 jam pun cukup
2 sudu kecil garam
300 ml santan
300 ml air
1) Sapukan loyang dengan sedikit minyak.atau letak plastik
2) Campurkan semua bahan dan kukus selama 20 minit. 
3) Selepas 10 minit dikukus, kacau pulut dalam loyang supaya santannya sekata.
4) Apabila sudah diangkat, tekan dan ratakan pulut dengan senduk.

Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu garam halus
2 cawan santan
3/4 cawan gula-kurangkan kalau tidak mahu terlalu manis
1 cawan air gula melaka (gula melaka dalam 2 ketul besar)-masak letak daun pandan,-tapis
1 biji kuning telur

1) Kisar semua bahan dengan kasih sayang
2) Masukkan pula ke dalam pulut tadi.  Kukus selama 30 minit. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak masuk...kukus lagi lama lagi bagus..tapi jangan ler berjam-jam pulakkk, dalam 45 -1 jam pun ok..
3) Angkat dan sejukkan
4) Apabila telah sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik supaya cantik.  Hidangkan dengan kasih sayang...



JOM CUBA KUIH TRADISI KITA

Thursday, May 8, 2014

BUAH MELAKA

BUAH MELAKA
Selera tradisi lagiii......Anak dara puasa hari ni..minta buat buah melaka..layan jer la....bagus jugak..boleh buat minum petang..dan paling penting sekali....senang.....
........jom layan... 

Bahan:
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
gula melaka-potong kecil kecil
pewarna hijau
kelapa parut putih campurkan dengan sedikit garam halus

Cara:
1) Uli dengan kasih sayang tepung pulut, tepung beras, campurkan sedikit demi sedikit air hingga boleh digentel
2) Ambil secubit adunan dan isikan dengan gula melaka
3) Didihkan air dan masukkan tepung yang sudah digentel tadi hingga timbul
4) Apabila timbul maknanya sudah masak dan boleh diangkat, celupkan sebentar dalam air biasa
5) Angkat guna tapis dan golek-gplekkan pada kelapa parut
6) Boleh dihidangkan dengan kasih sayang....


SELAMAT MENCUBA KUIH TRADISI KITA...

Sunday, May 4, 2014

PERIA KACANG MERAH

PERIA KACANG MERAH
Hari ini buat kuih tradisi ni....memang sedap..meh cuba buat...inilah pertama kali dalam hidupku buat kuih ni..alhamdulillah....
 Bahan:
3 cawan tepung pulut
1 cawan santan pekat, boleh tambah sedikit air jika masih susah nak uli
sedikit garam
sedikit minyak
pewarna hijau
inti kacang merah. atau kelapa

Cara:
1) Campurkan tepung pulut, santan, garam, uli hingga likat
2) Bulat bulatkan dan kemudian isikan inti, kemudian bentukkan bujur sedikit, letakkan sedikit minyak di tapak tangan supaya tak melekat
3) Gunakan lidi pencungkil gigi yang bersih yer... untuk bentukkan garisan, mula mula tekan memanjang ke bawah di tengah. kemudian kiri dan kanan pulal
4)  Letakkan daun pisang pada pengukus..kalau takde guna plastik pun boleh jer, atau daun pandan..kukus dalam 10 hingga 15 minit atau hingga masak
5) Angkat dan hidangkan dengan kasih sayang...




Haa.....tu dia rupanya....kena buat kecil kecil sikit sebab apabila sudah dikukus, kuihnya agak mengembang sikit jer ...tak kembang banyak pun.....

Friday, May 2, 2014

BINGKA UBI

BINGKA UBI
Hari sudah mahu hujan..mari kita parut ubi dan buat bengkang....bingka ubi ler....
Hehehe......teringat kenangan lama kan ..guna parut besi ni...nostalgia ler pulakk...tak leh tulis lebih lebih...kang meleleh air mata......


Bahan:
2 kilo Ubi kayu
2 1/2 cawan gula pasir
3 1/2 cawan santan pekat 
sedikit garam

Cara:
1) Parut ubi kayu- perah dengan kasih sayang , sila gunakan  kain bersih untuk perah, 
2) Air perahan biarkan, ambil kanji di bawahnya
3) Campurkan semua bahan, rasa lah gula..kalau kurang manis boleh tambah gula lagi
4) Masukkan dalam loyang yang telah disapukan dengan planta/butter
5) Bakar 180 darjah sehingga masak, lebih kurang 1 1/2 jam
6) Angkat dan hidang dengan kasih sayang


Haaaa..yang garing tu sedapppp..nampak macam hangus....

Makan bingka panas-panas dan minum teh o panas-panas...waktu hujan petang...perghhh.......alhamdulillah.....

JOM CUBA BUAT SELERA TRADISI KITA...