SERI MUKA GULA MELAKA
Pagi-pagi lagi kuih seri muka saya dah siap..tapi kali ni saya guna gula melaka pemberian sahabat Sal Lawa.....terima kasih..semalam saya guna buat buah melaka,,dan hari ni saya guna buat kuih ni..hmmm terima kasih daun keladi,,,lain kali kasi lah lagi yer Sal lawa....
Lapisan bawah:
500 gm pulut susu -rendam selama 2-3 jam pun cukup
2 sudu kecil garam
300 ml santan
300 ml air
1) Sapukan loyang dengan sedikit minyak.atau letak plastik
2) Campurkan semua bahan dan kukus selama 20 minit.
3) Selepas 10 minit dikukus, kacau pulut dalam loyang supaya santannya sekata.
4) Apabila sudah diangkat, tekan dan ratakan pulut dengan senduk.
Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu garam halus
2 cawan santan
3/4 cawan gula-kurangkan kalau tidak mahu terlalu manis
1 cawan air gula melaka (gula melaka dalam 2 ketul besar)-masak letak daun pandan,-tapis
1 biji kuning telur
1) Kisar semua bahan dengan kasih sayang
2) Masukkan pula ke dalam pulut tadi. Kukus selama 30 minit. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak masuk...kukus lagi lama lagi bagus..tapi jangan ler berjam-jam pulakkk, dalam 45 -1 jam pun ok..
3) Angkat dan sejukkan
4) Apabila telah sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik supaya cantik. Hidangkan dengan kasih sayang...
JOM CUBA KUIH TRADISI KITA
No comments:
Post a Comment