PERIA KACANG MERAH
Hari ini buat kuih tradisi ni....memang sedap..meh cuba buat...inilah pertama kali dalam hidupku buat kuih ni..alhamdulillah....
Bahan:
3 cawan tepung pulut
1 cawan santan pekat, boleh tambah sedikit air jika masih susah nak uli
sedikit garam
sedikit minyak
pewarna hijau
inti kacang merah. atau kelapa
Cara:
1) Campurkan tepung pulut, santan, garam, uli hingga likat
2) Bulat bulatkan dan kemudian isikan inti, kemudian bentukkan bujur sedikit, letakkan sedikit minyak di tapak tangan supaya tak melekat
3) Gunakan lidi pencungkil gigi yang bersih yer... untuk bentukkan garisan, mula mula tekan memanjang ke bawah di tengah. kemudian kiri dan kanan pulal
4) Letakkan daun pisang pada pengukus..kalau takde guna plastik pun boleh jer, atau daun pandan..kukus dalam 10 hingga 15 minit atau hingga masak
5) Angkat dan hidangkan dengan kasih sayang...
Haa.....tu dia rupanya....kena buat kecil kecil sikit sebab apabila sudah dikukus, kuihnya agak mengembang sikit jer ...tak kembang banyak pun.....
No comments:
Post a Comment