Friday, November 4, 2011

NASI BRIYANI SERI DAUN

NASI BRIYANI SERI DAUN

Nasi briyani ni belajar dari penjual nasi briyani kat Cheras....memang sedap..terutama kalau dimakan begitu sahaja..anak-anak cukup suka.....
NASI BRIYANI SERI DAUN

Dah banyak kali juga buat nasi ni..sebab senang dan sedap dimakan...

Bahan:

Untuk hiris:
2 labu bawang besar
1 labu bawang putih
1 inci halia

Untuk kisar:
3 labu bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia

sedikit udang kering-kisar asing
1/2 biji nenas-kisar asing
sedikit gula batu
3/4 tin susu cair
sedikit minyak mazola
sedikit planta
sedikit minyak masak
jika suka letak sedikit minyak sapi
daun bawang, daun sup, daun ketumbar, daun pudina
perisa jagung cap gunung

Cara:
1) Campurkan semua minyak,planta dalam periuk-tumis 3 beradik-bunga lawang, kayu manis, pelaga dan masukkan bahan hiris
2) Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau
3) Masukkan air mengikut sukatan beras-biarkan mendidih
4) Masukkan  susu cair,air nenas, udang kering, gula batu, garam secukup rasa-kacau
5) Masukkan beras dan semua daun-kacau, api perlahan
6) Tutup periuk dan biarkan nasi sampai masak, buka sekali sekala untuk kacau supaya tidak berkerak
7) Apabila sudah kering, kecilkan api, tutupkan dengan suratkhabar supaya wap tidak keluar dan kemudian tutup dengan tudung periuk.
8) Masukkan perisa, kuak nasi dan tabur perisa, kuak lagi dan tabur lagi..kalau banyak sangat nanti jadi warna kuning pulakk..tapi sedap,...bau jagung...
9) Apabila sudah masak sepenuhnya bolehlah ditabur dengan bawang goreng dan hidang dengan kasih sayang




No comments:

Post a Comment