Saturday, November 12, 2011

TOMYAM MESRA

TOMYAM MESRA

Izzwan cukup suka makan tomyam...hari-hari tomyam pun tak apa...Aduh..mujurlah ada paste tomyam adabi yang memudahkan kerja..Masukkan aje apa-apa sayuran yang ada...tadaaa siappp...tapi selalunya saya letak cendawan dan fishball yang menjadi kegemaran anak-anak...

Bahan/Cara:

1)  1 paket paste tomyam adabi/ atau 2 sudu pes tomyam thai
2) Bawang besar dihiris
3)  Serai dihiris
4) Tambahkan cili api jika hendak lebih pedas
5) Didihkan air yang bercampur paste tomyam dan masukkan semua bahan seperti sotong ,udang..sayuran....mesralah jadinya
6)  Hidang dengan kasih sayang

TOMYAM MESRA

AYAM SERI HALIA

AYAM SERI HALIA

Kalau tak tau nak masak apa...cuba masak ayam seri halia ni..selain bahannya mudah, sudah tentu rasanya pun sedap dan paling penting cepat dan senang dimasak.....i likeeee.....

Bahan/Cara:

1) Isi ayam dihiris = letak garam kunyit
2) Serai muda ( lagi banyak lebih sedap)
3) Cili merah + cili hijau (nak pedas lagi tambah cili api)
4)  Bawang besar
5)  Tomato
6)  Daun limau purut (kalau suka)
7)  Isi ayam ditumis dulu sampai masak, masukkan semua bahan yang dhiris, tomato letak akhir 
    sekali
8)  Hidang dengan kasih sayang

AYAM SERI HALIA

KARAMEL MEL MEL

KARAMEL 

Anak-anak cukup suka karamel. kalau boleh seorang satu loyang pun boleh habis sekejap jer...Nak buat pun senang..macam-macam resepi yang sedap tapi yang ini paling simple dan sedap...tak percaya cubalah..

Bahan A
  1 cawan gula (buat gula hangus) + 1 cawan air = masukkan 1/2  dalam loyang, 1/2 lagi letak apabila nak  hidang

Bahan B
    2 biji telur
     2 sudu tepung jagung
     1 tin susu cair
     2 sudu esen vanila
     semua bahan diblender jer
     masukkan dalam loyang dan kukus 20 minit
     apabila masak, biarkan sekejap dan kemudian terbalikkan...
     Hidang dengan kasih sayang







KARAMEL





Monday, November 7, 2011

APAM POLKADOTDOT


APAM POLKADOTDOT

Alhamdulillah...berjaya juga saya buat apam ni..ari tu makan di rumah seseorang...sepupu bawa dari kampung..tapi segan nak tanya sebab masa tu kat rumah orang lain..cari punya cari..dapat resepi yang mudah ni..saya memang nak masak yang mudah ...tapi sedap....Kita kongsi resepi ni la ye..ilmu ni kalau dipanjangkan dapat pahala....

Bahan

1)  3 biji telur
2)  275 gm tepung gandum
3)  220 gula halus
4)  150 ml susu segar
5)  3 sudu baking powder
6)  1 sudu kecil ovelette
7)  Pewarna ikut suka

Cara

1) Pukul telur dan gula
2) Masukkan semua bahan lain, pukul perlahan
3) Warnakan ikut suka
4)  Kukus dengan senyuman dan hidang dengan kasih sayang




APAM POLKADOT

SPIRAL MAKARONI BAKAR

NEEZ'S STYLE SPIRAL MAKARONI

Spiral makaroni bakar ni sedap dimakan panas-panas terutamanya musim-musan.hujan ni.......hmm..macammana nak buat..sebenarnya guna makaroni..tetapi kebetulan tak ada stok makaroni di rumah..yang ada spiral...jadi...gunakan saja apa yang ada....

Bahan/Cara:

1) 1 paket makaroni/spiral/apa saja pasta yang ada di rumah
2) Rebus dengan air ditambah sedikit minyak
3)  1 paket daging kisar Ramli + bawang besar = tumis
4) Masukkan 1 tin kecil tomato puree + sedikit tomato sos/cili sos
5) Jika hendak pedas masukkan cili kisar sedikit
6) Tambah akseseori yang disukai seperti cendawan & mix vege
7) Tumis semua bahan dan masukkan makaroni + oregano atau pizza seasoning
8) Goreng dengan senyuman dan mesra
9)  Dah siap goreng...masukkan dalam bekas boleh bakar
10)  Pukul telur ikut bekas yang digunakan...kalau kecil dalam 4 biji telur..kalau besar 8-9 biji & curahkan 
       atas makaroni tadi
11)  Tabur cheese dan mozarella, lagi banyak lebih sedap & bakar sampai kekuningan
12)  Hidang dengan kasih sayang



SUP TULANG MESRA

SUP TULANG MESRA

Ni tulang lembu korban Imran...balik buat sup..hmmm sedap...guna resepi ustazah zailina...memang powerlah...the best soup i ever done!!  Cayalah ustazah....

Bahan/Cara:

1)  Tulang direbus dengan air
2)  Bawang kecil + halia muda + bawang putih = kisar
3)  Ketumbar + lada hitam = Kisar
4)  Tumis no 2 & 3, masukkan dalam rebusan tulang tadi..jangan lupa 4 beradik.....
5)  Tambahkan meatball (jika suka)- ini saya yang tambah sendiri....tukar sikit resepi
5)  Hidangkan bersama cili kicap, daun sup, bawang goreng...dengan kasih sayang



SUP TULANG MESRA



RENDANG MESRA

RENDANG MESRA

Inilah rendang mesra iaitu di dalamnya ada jantung, paru dan hati...dari daging lembu korban Imran...tak sangka pertama kali buat..sedapnyaaaa tak terkata.....hehe

Bahan/ Cara:

1) Cili kering + bawang besar + halia + lengkuas + serai = kisar
2) Masukkan bahan dalam kuali - tumis tak perlu guna minyak
3) Masukkan santan dan bahan-bahan
4) Jangan lupa letak daun kunyit dan garam secukup rasa
5)  Masak hingga santan pekat
6)  Hidang dengan kasih sayang



RENDANG MESRA

APAM GULA HANGUS



APAM GULA HANGUS


Friday, November 4, 2011

SERI ACAR BUAH

SERI ACAR BUAH

Acar buah ni mak mentua yang buat...dah belajar buat gak....

SERI ACAR BUAH

SERI AYAM MERAH

SERI AYAM MERAH

Ayam masak merah ni anak-anak dan suami suka makan...lagi bagus sebab semua orang suka...kalau buat adalah yang makan.....dan yang penting mudah dan cepat..

Bahan/Cara:

1)  seekor ayam - ddigoreng
2) Cili merah + 6 ulas bawang kecil + 6 ulas bawang putih + 1 inci halia = dikisar dan tumis
3) Tumis dengan 4 beradik= bunga lawang, kayu manis, pelaga & cengkih
4) Apabila garing sikit masukkan air dan tomato sos, garam secukup rasa
5) Tomato sos megikut kesesuaian kepekatan kuah yang dikehendaki
6)  Masukkan ayam yang telah digoreng
7)  Hidang dengan kasih sayang


SERI AYAM  MERAH

NASI BRIYANI SERI DAUN

NASI BRIYANI SERI DAUN

Nasi briyani ni belajar dari penjual nasi briyani kat Cheras....memang sedap..terutama kalau dimakan begitu sahaja..anak-anak cukup suka.....
NASI BRIYANI SERI DAUN

Dah banyak kali juga buat nasi ni..sebab senang dan sedap dimakan...

Bahan:

Untuk hiris:
2 labu bawang besar
1 labu bawang putih
1 inci halia

Untuk kisar:
3 labu bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia

sedikit udang kering-kisar asing
1/2 biji nenas-kisar asing
sedikit gula batu
3/4 tin susu cair
sedikit minyak mazola
sedikit planta
sedikit minyak masak
jika suka letak sedikit minyak sapi
daun bawang, daun sup, daun ketumbar, daun pudina
perisa jagung cap gunung

Cara:
1) Campurkan semua minyak,planta dalam periuk-tumis 3 beradik-bunga lawang, kayu manis, pelaga dan masukkan bahan hiris
2) Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau
3) Masukkan air mengikut sukatan beras-biarkan mendidih
4) Masukkan  susu cair,air nenas, udang kering, gula batu, garam secukup rasa-kacau
5) Masukkan beras dan semua daun-kacau, api perlahan
6) Tutup periuk dan biarkan nasi sampai masak, buka sekali sekala untuk kacau supaya tidak berkerak
7) Apabila sudah kering, kecilkan api, tutupkan dengan suratkhabar supaya wap tidak keluar dan kemudian tutup dengan tudung periuk.
8) Masukkan perisa, kuak nasi dan tabur perisa, kuak lagi dan tabur lagi..kalau banyak sangat nanti jadi warna kuning pulakk..tapi sedap,...bau jagung...
9) Apabila sudah masak sepenuhnya bolehlah ditabur dengan bawang goreng dan hidang dengan kasih sayang




SERI KETAM CILI

SERI KETAM CILI

Bila tengok ketam...yang terfikir di kepala masak lemak cili api dan masak cili.....tapi suka masak cili ni sebab teringat ketam kat Kukup..Pontian...makan kat kedai mahal..belum tentu sedap....masak sendiri lagi sedapppp..Caranya pun mudah...

BAHAN/CARA:

1) cili kering + bawang besar ditumis
2) Tambah air sikit je kerana ketam akan mengeluarkan air
3) Garam secukup rasa
4) Sebiji telur.
5)  Tumis jer semua bahan dan masukkan ketam
6)  Hidangkan dengan kasih sayang...
SERI KETAM CILI

ASAM PEDAS SERI SEMBILANG

ASAM PEDAS SERI SEMBILANG

Asam pedas ikan sembilang ni memang power....orang Johor memang suka asam pedas
Kalau nak cuba buat silalah..

BAHAN/CARA:

1) Tumis cili kering kisar + bawang besar dan sedikit belacan
2) Masukkan air asam jawa
3)  Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan
4) Boleh letak tomato, bendi, sawi asin ikut selera
5) Hidangkan dengan kasih sayang


ASAM PEDAS SERI SEMBILANG










RENDANG SERI UDANG

RENDANG SERI UDANG

Haaah...ini dia rendang udang....ibu mentua saya suka buat rendang udang ni...saya pun dah mahir buat....mujurlah senang buatnya....

BAHAN/CARA:

1)  cili kisar + bawang besar = ditumis
2)  Bawang besar hiris
3) Santan
4)  Daun kunyit dan garam
5) Udang
6)  Kalau nak pedas sikit campur cili api
7) Hidang dengan kasih sayang

RENDANG SERI UDANG

Rendang udang ni resepi ibu mertuaku..sedappnyaa...

Bahan/Cara:
Udang dibersihkan - ketepikan

Cili kering
bawang besar
halia
serai
cili api
Kisar semua bahan dan masukkan dalam kuali

Masukkan santan pekat- garam secukup rasa
Masukkan udang dan biarkan sampai pekat
Masukkan daun kunyit yang dihiris halus
Hidang dengan kasih sayang



SERI SIAKAP MASAM MANIS

SERI SIAKAP MASAM MANIS

Siakap masam manis ni paling mudah nak buat....cara saya senang je...

BAHAN/CARA:

1)  Tumis halia dan bawang besar
2)  masukkan sos tomato
3)  sedikit sos cili
4) garam secukup rasa/air
5) tambahkan sayur ikut suka....
6) Hidangkan dengan rasa kasih sayang


SERI SIAKAP MASAM MANIS





SERI CHAR KOAY TEOW


SERI CHAR KOAY TEOW

Saya suka masak yang mudah asalkan cepat dan sedap...maklumlah orang bekerja....

Char koay teow ni semua orang boleh buat.....ttumis cili macam biasa..yang penting ada kucai..tauge...kerang.....

SERI CHAR KOAY TEOW


CENCARU SERI CILI


CENCARU SERI CILI

Ikan cencaru ni kalau dibakar cicah kicap yang dipotongkan bawang, cili dan perah limau kasturi memang sedap...tapi kalau nak ubah selera, inilah yang paling senang....Jom tengok cara saya masak ikan ni...

Bahan/ Cara:

1) Ikan cencaru diperap sekajap dengan garam kunyit
2) Cili kisar+ bawang besar + belacan =tumis dulu sampai garing..(saya selalu simpan stok cili ni..senang bila nak gunakan...untuk masakan bercili...)
3) Hiriskan bawang kecil dan bawang besar 
4) Campurkan bawang ke dalam cili + garam sedikit
5)  Sumbatkan ke dalam ikan dan goreng hingga garing
6)  Hidangkan dengan kasih sayang


CENCARU SERI CILI

SERI GELAMA CILI POTONG

SERI GELAMA CILI POTONG

Ikan kekek mak ilai-ilai...Ikan gelama mak iloi-iloi...haha ingat lagu ni...kalau ingat baguslah...ikan gelama ni sedap...tapi masakan ikan gelama selalunya kita kena goreng dulu ikan tu ..betul tak....baiklah di sini saya kongsikan masakan ala jawa yang senang sekali dimasak ..dulu-dulu di kampung kami selalu panggil masakan ni, masakan sambal lada potong...tak kiralah apa namanya yang penting sedap dan mudah...macam mana buatnya ya...hmmm..begini..

Bahan/ Cara:

1)  Ikan gelama + garam kunyit digoreng
2) Cili merah + cili hijau + bawang besar + halia + serai + bawang putih= semuanya dihiris
3) Tumis semua bahan dan masukkan air asam jawa + garam secukup rasa
4)Masukkan ikan yang telah digoreng = senangkan??....
5)  Hidang dengan kasih sayang  


SERI GELAMA CILI POTONG

TAMBAN SERI KANTAN

TAMBAN SERI KANTAN

Hehe...ikan bilis pun boleh jadi menu sedap tau....makan dengan nasi panas....aduhhhh..tak nampak orang lalu di belakang....ikan bilis tamban ni pernah makan sedap masa di Langkawi..balik rumah cuba masak ..hmm memang sedap....tapi baru-baru balik kampung kakak ipar goreng ikan bilis tamban ni lagi lah sedap....kenapa ye..rupa-rupanya ditambah bunga kantan..tak sangka memang powerful!!!! Tak percaya cubalah Tamban Seri Kantan ni..nama yang saya berilah...

BAHAN/CARA:

1) Ikan bilis tamban digoreng
2) Hiris bawang besar, cili merah + cili hijau+ cili api, bunga kantan
3) Selepas goreng ikan bilis, gunakan saja minyak tersebut untuk menggoreng bawang & cili
4)Masukkan ikan bilis tamban goreng
5) JANGAN letak garam sebab ikan bilis tamban dah masin...
6)  Hidangkan dengan kasih sayang


TAMBAN SERI KANTAN

PIS SERI FISHCAKE

PIS SERI FISHCAKE

Iwan beritahu lama tak makan fishcake....kebetulan pula stok ni ada dalam peti ...apa lagi...senanglah nak masak sayur goreng ni.....

Bahan/Cara:

1)  Bawang besar + bawang + cili merah..(saya guna capsicum lagi sedap masakan untuk sayur goreng) ditumis-kalau guna capsicum , jangan tumis capsicum..masukkan kemudian)
2)  Masukkan fishcake + cendawan + bunga kobis+ sedikit air
3) Garam secukup rasa  (kalau ada stok ayam Knorr, gunakan stok ayam)
4) Hidangkan dengan kasih sayang


 PIS SERI FISHCAKE

SERI LEMAK UDANG FISHBALL

SERI LEMAK UDANG FISHBALL

Masak lemak memang senang....inipun stok yang ada dalam peti....daun kunyit ada di belakang rumah....jadi satu menu mudah...imran suka sangat makan fishball..jadi kenalah tambah fishball.....

BAHAN/CARA:

1)  Bawang besar + cili api (kalau nak pedas) + cili merah = dikisar
2) Serai dititik
3)  Santan
4)  Didihkan atas api dan masukkan semua bahan isi 
5) Boleh gantikan udang dengan ketam tetapi tak perlu letak daun kunyit
6)  Hidangkan dengan kasih sayang


 SERI LEMAK UDANG FISHBALL

Dunia masakan..rutin memasak...masak-masak....

SALAM KUHULUR

Salam untuk semua...Dunia masakan menjadi rutin untuk kita....Masak-masak apa sahaja yang kita boleh masak selagi masakan kita disukai...

Saya suka masak yang sedap dan simple kerana kesibukan tugas seharian...asalkan saya memasak..Alhamdulilah diberi kesihatan oleh Allah agar boleh terus memasak untuk keluarga tercinta dengan penuh kasih sayang.....

KARIPAP EPOK-EPOK

KARIPAP

Orang Johor panggil karipap ni epok-epok..tapi nama glamournya karipap...sekarang ni macam-macam karipap ada, karipap pusing la..karipap giant la..karipap mini la....takpe lah..asalkan karipap..epok-epok....
Semua tau buat rasanya karipap macam ni....

Bahan/Cara:

1) Tepung + air garam + planta dicairkan = sukatan saya agak-agak sebab tak pernah sukat...
2) Intinya ikan bilis + serbuk kari + bawang besar = tumis
3) Masukkan kentang atau keledek
4)  Kalau nak lebih sedap letak daging
5) Bentukkanlah jadi karipap....kalau pandai kelim..kelimlah dengan tangan..kalau tak pandai pakai penekap karipap je...
6) Goreng dan hidang dengan kasih sayang


EPOK-EPOK/KARIPAP

PUDING ROTI

PUDING ROTI

Macam-macam resepi puding roti yang saya dapat..tapi saya nak buat cara yang paling senang....tiba-tiba masa perhimpunan hari Isnin ....ketika Norazita membuka gajet barunya...terjumpa resepi puding ni yang pada saya sangat mudah..Jom kita tengok....

Bahan/Cara:

1) 10 keping roti, lapisan bawah sapu dengan jem, yang lain dikoyak-koyakkan- rendam dengan susu
2) 500 ml susu segar (saya guna full cream milk- lagi power!!!)
3)  4 sudu gula +2 biji telur+ 2 sudu planta + 1 sudu tepung jagung + sedikit esen vanila =kacau dan 
     masukkan atas roti yang telah direndam dengan susu
4)  Tabur kismis & coklat chip (kalau suka)
5)  Bakar dalam oven hingga masak
6)  Hidangkan dengan kasih sayang


PUDING ROTI

Hari tu Nazura nak datang umah..so masak lah yang senang-senang jer ni..


Sunday, October 30, 2011

APAM SERI MEKAR


APAM SERI MEKAR

Cantiknya apam ni mekar..berseri-seri warnanya..tu lah saya namakan Apam Seri Mekar...macam kelopak bunga pulak.....Jom tengok bahan-bahannya.

Bahan:

1)  3 biji telur
2)  1 cawan gula  
3)  1 sudu ovelette
4)  1 cawan aiskrim soda
5)  3 awan tepung gandum
6)  Pewarna ikut suka

Cara:
1) Pukul telur dengan gula
2) Masukkan semua bahan
3) Warnakan ikut suka
4)  Kukus dengan senyuman dan hidang dengan kasih sayang




APAM SERI MEKAR


Wednesday, October 26, 2011

APPLE PIE PUFF

APPLE PIE PUFF

Ini pie yang paling senang dibuat...boleh cuba

Bahan/Cara:


1) Biskut marie + butter = hancurkan dan letakkan dalam bekas aluminium
2) Masak apple + brown sugar + 1 sudu besar tepung jagung
3) Beli jer kulit puff yang siap, potong ikut acuan...
4) Sapu kuning telur dan bakar....
5)  Oppsss...jangan lupa hidang dengan kasih sayang


BISCUIT BASE
APPLE/BROWN SUGAR(COOKED)





















ROTI WHOLEMEAL

ROTI WHOLEMEAL

WHOLEMEAL BREAD

Inilah roti yang selalu kumasak..wholemeal bread....yang menjadi pujaan ramai...cewahhh..
Nak buat caranya begini:

Bahan/Cara:

1)  2 cwn tepung wholemeal
2)  2 cwn tepung roti
3)  2 sudu teh yis kering
4)  3 sudu gula perang
5)  3 sudu susu tepung
6)  2 sudu planta/butter
7)  2 sudu teh garam 
8)  11/2 cwn air
masukkan semua dalam bread maker..masak selama 3 1/2 jam.....sedap dimakan dengan apa sahaja.....paling best dengan neez's best blackpepper....
9) JANGAN LUPA..hidangkan dengan kasih sayang


Kalau tak ada bread maker dan uli dengan tangan boleh aje, tapi penatlah sikit menguli tu..uli sekata dan biarkan hingga doh naik, tumbuk angin, dan masukkan dalam bekas pembakar...biarkan naik dua kali ganda  dan .bakar hingga naik dan kekuningan..

FRESH FROM BREADMAKER





Roti ni boleh dimakan begitu sahaja, atau dengan planta dan gula, atau cicah dengan kuah kari....



Kalau suka boleh juga dimakan dengan tuna mayonis...letaklah salad dan timun macam dalam gambar tu...gerenti sedappppp...

SERI PENCOK


SERI PENCOK/JELATAH

Pencok ni tak payah resepi.....orang Jawa panggil pencok..orang bandar panggil acar timun kot....


SERI PENCOK

.

Thursday, February 10, 2011

Testing jer...cuba-cuba....

TINTA

1)  Dulu-dulu memang tidak pandai memasak....hanya diarah pergi ke kedai beli barang atau tolong potong-potong sayur jer.....sampai lah besar sebab mak memang terror masak...kalau mak tak masak , kakak yang akan masak.....anak bongsu tak masak!!!
2)  Bila masuk U duduk kat asrama lagi la tak masak....bila kerja barulah masak macam main pondok-pondok...lama-lama pamdai lah juga masak sebab selalu tengok mak masak dan ingat cara mak masak....
3)  Suka cuba  resepi-resepi yang senang.....tapi sedap...
4)  Teringin sangat nak pandai buat cake icing...
5)  Boleh ler buat roti tapi..guna bread maker lah....