Saturday, September 14, 2013

CREAM CHEESE TART

CREAM CHEESE TART
Rajin pulak ari ni nak buat shell cream cheese tart ni...selalunya malas ..rasa nak beli jer shell yang dah siap tapi tak puas pulak..buat sendiri  lagi puas..tambahan pulak ini memang kesukaan anak-anak terutama Ahmad Izzwan Fiqry yang baru habis UPSR. Jadi, mamanya layan jer la....


Bahan Pastri:

250 gm buttercup
150 gm gula icing
2 biji telur
500 gm tepung gandum
sedikit esen vanila jika suka

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan uli dengan hujung jari hingga sebati
2) Ambil sedikit sedikit dan tekankan ke dalam bekas mengikut bentuk
3) Cucuk dengan garpu sedikit di tengah-tengahnya
4) Bakar 180 darjah hingga sedikit perang, jangan terlalu perang atau hangus..



 Filling
500 gm cream cheese
50 gm butter
250 gula icing
1 biji telur
sedikit perahan air lemon
Blueberry filling secukupnya

Cara:
1) Putar cream cheese dengan gula icing hingga lembut
2) Masukkan butter , telur dan perahan air lemon, putar lagi hingga sebati
3) Masukkan sedikit ke dalam pastri, isikan blueberry filling dan tutupkan buleberry dengan sedikit lagi  cream cheese di atasnya
4) Bakar semula dengan 160 darjah hingga cream cheese naik dan agak kekuningan
5) Angkat dan hidangkan dengan kasih sayang...

Hmmm..bila masak gebu jer naiknya  cream cheese ni..tapi bila dah sejuk turun pulakk..takper lah asalkan rasanya sedap yek..

                             

JOMLAH BUAT..WALAUPUN PENAT TAPI BERKAT AIR TANGAN YANG MEMBUAT
 YANG MAKAN PUN HATI PASTI TERTAMBAT...

SOTONG PORTUGIS

SOTONG PORTUGIS
Namanya sotong portugis..tak tau lah pulak asal usulnya..tapi resepi ni dikongsikan oleh sahabat saya Mardiah Ahamed Khatidin masa bulan puasa yang lalu..memang terangkat jugak ler...jom kita tengok resepinya...

Bahan:
2 ekor sotong yang jenis besar ( nak lebih pun boleh)
3 ulas bawang kecil-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1 labu kecil bawang besar-tumbuk
sedikit halia-tumbuk
3 batang serai-tumbuk
garam
gula
sedikit sos tiram
sedikit cili yang telah dikisar
(sayur2- jika suka)

Cara:
1) Sotong diletak garam kunyit
2) Tumis bahan yang telah ditumbuk, campurkan dengan sedikit cili blender, sos tiram dan letak garam gula secukup rasa
3) Angkat dan curahkan pada sotong yang telah diletakkan alas alumunium foil
4) Boleh letakkan sayuran atau daun bawang atasnya, dan tutup alumunium foil
5) Letakkan dalam pemanggang ajaib dan bakar hingga masak, balik-balikkan pemanggang ajaib.  Jika tiada pemanggang ajaib, boleh masuk oven atau atas kuali sahaja
6) Hidang dengan penuh kasih sayang...




Saturday, September 7, 2013

KEK WALNUT COKLAT CHIP

KEK WALNUT COKLAT CHIP

Rajin pulak saya ari ni..masuk dapur pagi ..tengah hari...petang..hehe..petang ni layan buat kek walnut pulak setelah tergoda dengan gambar-gambar dari blog Evelyn Gemina...saya kongsikan di sini pulak ye Evelyn..tukar nama sikit...dan saya gunakan horlick menggantikan susu tepung..

Jom layan gambar-gambar ni yek..




Bahan:
250 gm buttercup
20 gm gula kastor
7 biji kuning telur

7 biji putih telur
170 gm gula kastor

190 gm tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil horlick
160 gm walnut cincang
100 gm coklat chip

Cara:
1)  Putar buttercup dan gula kastor sampai kembang, masukkan kuning telur
2) Pukul putih telur dan gula kastor hingga kental
3) Masukkan putih telur ke dalam adunan butter secara kaup balik sahaja
4) Masukkan pula tepung, baking powder dan horlick yang telah diayak, kaup balik
5) Masukkan walnut dan coklat chip, kaup rata dan masukkan dalam loyang 9 inci yang telah dilapik kertas minyak
6) Bakar 180 darjah hingga masak lebih kurang 1 jam
7) Sejukkan dan boleh dihidang dengan kasih sayang...








Separuh kek ni saya berikan kepada sahabat saya Winifred Balangsah yang datang dari Rawang untuk menghantar orkid pesanan saya..tq winnie...






AYAM PANGGANG MESRA

AYAM PANGGANG MESRA

Bahan:
1/2 ekor ayam
minyak zaiton
1 inci halia-tumbuk
2 biji bawang putih-tumbuk
1 sudu besar rosemary-tumbuk
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos bbq heinz
1 sudu besar seven spices (rempah untuk nasi mandy)-kalau tak depun tak per...letak lagi wangi..
garam
boleh tambah aksesori tambahan- kentang, tomato,capsicum..

Cara:
1) Campurkan semua bahan kecuali madu dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam,..tak nak perap pun takper..
2) Bakar dengan suhu 160-180 darjah hingga masak
3) Apabila hampir nak angkat, keluarkan dan sapukan madu..masukkan ke dalam oven semula
4) Apabila sudah benar2 masak, angkat dan hidang dengan kasih sayang..
5) Boleh cicah dengan sos Nando's kalau suka...

PIZZA NEEZ'S STYLE

PIZZA NEEZ'S STYLE
Hari ni malas memasak nasi,,ubah selera pulak ler yer...jomlah layan...


Bahan untuk Doh:
3 cawan tepung roti
2 sudu teh yis kering- saya guna mauripan jer...
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak zaiton atau minyak sayur- saya guna minyak zaiton
1 cawan air

(pilihan: boleh tumbuk sedikit lada hitam dan campurkan dalam adunan)
boleh juga masukkan ke dalam bread maker untuk menguli-gunakan setting untuk doh pizza)

Cara:
1) Campurkan semua bahan, uli dengan kasih sayang hingga rata dan licin
2) Biarkan seketika dalam setengah jam
3) Apabila sudah naik, tumbuk gelembung udara
4) Canaikan dan letak dalam dulang pembakar pizza yang telah ditaburkan sedikit tepung
5) Sapukan atas doh dengan sedikit sos cili life dan letakkan inti yang disukai dan tabur mozarella
6) Bakar dalam suhu 180-200 darjah selama 20 minit atau hingga kekuningan

(doh ini untuk satu dulang pembakar saiz 15 inci- kalau loyang kecil boleh bahagi 2)

Bahan untuk inti:
1 labu bawang besar
1 bungkus daging cincang ramly
1 tin kecil tomato puree
sedikit cendawan butang
sedikit  sos cili life
garam
minyak zaiton untuk menumis

aksesori pilihan/tambahan:
capsicum
nenas dalam tin
sosej
mozarella secukupnya
2 keping cheese ceddar

Cara:
1) Panaskan minyak zaiton, tumis bawang, masukkan daging
2) Masukkan tomato puree, sos cili life dan cendawan butang
3) Garam secukup rasa
4) Apabila sudah masak, biarkan sedikit sejuk dan taburkan atas doh tadi
5) Hias dengan aksesori pilihan dan yang penting mesti letak mozarella,..tabur dengan kasih sayang..


Hias mengikut kreativiti sendiri....tak jadi hal...

Tabur mozarella banyak-banyak...


Dohnya lembut...panas panas memang ler lembut kannnn...

 Nyum..nyummm....makan panas panas baru sedapp.....

SELAMAT MENCUBA......JOM LA CUBA...