Sunday, July 14, 2013

AIR ASAM

AIR ASAM

Hari pertama puasa tahun ni..suami kata nak makan ikan bakar dan cicah air asam jer..haaa..bagus ler..senang sikit kerja saya..hehe   Air asam ni saya belajar dengan mak mertua saya la..mak mertua saya suka sangat buat air asam..caranya sama macam buat sambal belacan tetapi cuma tumbukkan sekali dengan asam jawa tanpa biji tu..pas tu campur air, dan hiriskan bawang besar dan tomato...tapi mak mertua saya tak letak tomato..saja saya tambah....


Bahan:
3 cili merah
5 cili api
sedikit garam
sedikit belacan
sedikit asam jawa tanpa biji
1 labu kecil bawang besar- hiris nipis
1 biji kecil tomato-potong dadu

Cara:
1) Tumbuk cili merah dan cili api, bersama belacan dan sedikit garam
2) Selepas tumbuk lumat, masukkan asam jawa tanpa biji dan tumbuk(lenyek) bersama cili tersebut
3) Masukkan dalam mangkuk dan tambahkan air (air mengikut kepekatan yang dikehendaki)
4) Masukkan bawang hiris dan tomoto, kacau rata
5) Hidangkan bersama ikan bakar dengan penuh kasih sayang

CUBALAH..PASTI TERTAWAN


No comments:

Post a Comment