Thursday, May 30, 2013

SPAGETI

SPAGETI NEEZ'S STYLE
Bahan:

1 paket spageti - rebus sampai lembut- toskan dan gaulkan dengan sedikit butter
1 paket daging cincang ramly
1 labu bawang besar - potong dadu
1 tin kecil tomato puree
tomato sos
tomato cili -sikit jer

sedikit sos cili life
oregano
1 biji capsicum - potong dadu

2 biji tomato - dipotong dadu
3 sudu Butter
Air secukupnya untuk kuah
Cheese atau mozarella (Jika suka) 
1 tin mushroom cream soup ( tambahan jika suka)- 1 tin musroom cream tambah 1 tin air
cendawan butang- hiris halus

Cara:

1)  Panaskan butter , tumis bawang
2) Masukkan daging dan tomato puree, tambahkan sedikit air mengikut kepekatan yang dikehendaki
3) Apabila mendidih, masukkan sos tomato, sos cili, tomato dadu dan bahan-bahan tambahan lain
4) Letakkan garam secukup rasa dan biarkan mendidih
5) Apabila sudah masak bolehlah dicurahkan atas spageti tadi dengan kasih sayang..





MEE BANDUNG

MEE BANDUNG
Buat mee bandung ni pakai paste segera jer..senang dan mudah kan...abis tu nak cepat..lagi-lagi musim raya..memang paste mee bandung muar ada dalam simpanan..kalau kalau ada tetamu segera datang...hehe..

Bahan/Cara:

1 bungkus mee kuning

Sepaket paste mee bandung
Ikut cara yang disediakan di pek tersebut

Boleh tambah:

1) Sayur sawi 
2) Telur
3) Udang
4) Sotong kembang
5) Daging hiris halus

6) Tumis kawang kecil supaya kuah menjadi wangi, masukkan paste mee bandung dan air seperti arahan dalam pek, boleh tambah air rebusan daging
7) Masukkan daging, udang, sotong kembang
8) Akhir sekali masukkan sayur sawi dan pecahkan telur
9) Curahkan atas mee kuning dan hidangkan dengan kasih sayang


SALAD MAYONIS


SALAD MAYONIS
Ini cara salad saya yang paling mudah dan sedap..boleh makan begitu sahaja atau dengan nasi minyak.  Jom cuba buat..

Bahan/ Cara:

1) Salad.disiat kecil
2) 1 batang  carrot dihiris nipis
3)  1 biji  capsicum hiris halus
4) 1 biji epal hijau potong dadu kecil ( jika suka) 
5)  4-5  sudu besar mayonis
6) 2-3 sudu sos tomato
7) Satukan mayonis dan tomato, kacau rata
8) Masukkan salad, carrot dan capsicum, dan dikacau dengan kasih sayang
9) Siap untuk dihidangkan dengan kasih sayang..


LEMPENG

LEMPENG TEPUNG

Ini kuih tradisional paling evergreen..tak jemu makan waktu kecil kecil dulu..inilah sarapan orang kampung...makan dengan sambal tumis, atau dengan gula jer...Jom kita buat agar generasi baru tidak lupa akan lempeng, warisan zaman berzaman...

Bahan:

Tepung gandum ( dalam setengah kilo)
air secukupnya
air garam secukup rasa
Kalau suka campurkan sebiji telur..
Cara:

1) Bancuh tepung gandum dengan air secukupnya dan air garam secukup rasa- sekiranya menggunakankan tangan, agak agak tepung tu meluncur laju di jari..
2) Panaskan sedikit sahaja minyak ( dalam 1/2  sudu besar) di dalam kuali, ambil sesenduk bancuhan tepung dan leperkan di atas kuali dengan api perlahan
3) Terbalikkan , dan angkat apabila telah masak
4) Bolehlah dihidangkan dengan kasih sayang, cicah dengan sambal tumis atau gula..



Dalam gambar ni saya cicah dengan sambal tumis ikan bilis permata biru...sedapppp

PENGAT CACA

PENGAT CACA


Saya namakan pengat ni pengat caca sebab campur macam-macam bahan di dalamnya..ada pisang, keledek, keladi, sagu....saya mesti masak pengat letak sagu...kalau tak rasa semacam pulakk..

Bahan:
1 sisir pisang nipah/kapok
1 biji keledek merah-potong dadu rebus sebentar
1 biji keladi-potong dadu rebus sebentar
sedikit sagu rendang
sedikit sahaja garam
1 ketul besar gula melaka
sedikit gula pasir
santan secukupnya (dari sebiji kelapa pun cukup- amik santan pekat..., kalau beli santan kat pasar dalam rm 3.50)

Cara:
1) Didihkan gula melaka, dan gula pasir ikut suka manisnya
2) Masukkan pisang, keledek, keladi dan sagu,
3) Masukkan santan, kacau jangan sampai pecah santan, masukkan sedikit garam jika suka
4) Kacau perlahan sehingga santan mendidih
5) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...

PENGAT PISANG

PENGAT PISANG


Sedap pengat pisang nipah ni...makan untuk minum petang dengan teh 0 panas..wahhh...

Bahan:
1 sisir pisang nipah/kapok
sedikit sagu rendang
sedikit sahaja garam
1 ketul besar gula melaka
sedikit gula pasir
santan secukupnya (dari sebiji kelapa pun cukup- amik santan pekat..., kalau beli santan kat pasar dalam rm 3.50)

Cara:
1) Didihkan gula melaka, dan gula pasir ikut suka manisnya
2) Masukkan pisang dan sagu,
3) Masukkan santan, kacau jangan sampai pecah santan, masukkan sedikit garam jika suka
4) Kacau perlahan sehingga santan mendidih
5) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...

BLUEBERRY CHEESE CAKE

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Hari ni saya buat bueberry cheese cake yang saya ubah suai sikit dari blog Evelyn Gemina yang saya memang suka tengok blog cheese cakenya..Kek ni saya buat sempena birthday supervisor saya Prof. Dr Saedah Siraj..Beliau sangat suka makan cheese cake, jadi saya cuba buatkan satu untuknya..

Bahan base:

1/2 bungkus biskut digestive, hancurkan
60 gm mentega cairkan

Campurkan mentega yang telah dicairkan ke dalam biskut, gaul sebati dan tekan dalam loyang. Gunakan loyang yang loose base.

Bahan Filling: 
550 cream cheese
250 whipping cream UHT
30 gm butter
130 gm gula
30 gm tepung jagung
4 biji telur
1 sudu sunquick

Cara:

1) Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut, masukkan gula, dan whipping cream
2) Masukkan tepung jagung, dan telur sebiji demi sebiji, putar perlahan hingga sebati
3) Masukkan adunan cream cheese ini ke dalam base biskut tadi
4) Balut loyang dengan aluminium dan bakar secara water bath 160 darjah hingga masak.
5) Sejukkan semalaman dalam peti ais dan bolehlah letakkan blueberry filling di atasnya
6) Jika suka boleh hias dengan freash cream mengikut kreativiti.


Yang ni saya letakkan buah anggur hitam supaya sedondon warnanya dengan blueberry..




Sepautunya tak payah letak fresh cream lagi sebab kek ni dah lemak..tapi untuk mencantikkannya lagi saya pakaikan baju supaya nampak cantik sikit...

Ini lah supervisor saya.. Prof. Dr Saedah Siraj yang sangat baik orangnya...mujur dia kata sedap..hehe kenalah puji yer takkk...


Ini kawan-kawan saya satu 'emak'...kami sama supervisor, sebelah kanan saya Nazri student PhD kesayangan Prof  dan sebelah kiri saya tu Solihin Hafiz, pelajar master. Mudah mudahan kami akan berjaya di bawah seliaan Prof. Doakan yer...

BEEHOON SUP TULANG

BEEHOON SUP TULANG
Bahan:

1 bungkus beehoon cap bintang- direndam dan celur air panas
1 kilo tulang
6 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
5 inci halia muda
perencah sup tulang adabi atau serbuk
bunga lawang, kayu manis, pelaga
bawang goreng
daun sup
garam secukup rasa

Cara:

1) Rebus tulang dengan air secukupnya mengikut yang dikehendaki sampai mendidih dan agak lembut dagingnya, masukkan perencah sup tulang dan garam secukup rasa
2) Tumis bunga lawang, kayu manis, pelaga
3) Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar, tumis hingga naik bau
4) Masukkan bahan tumis ke dalam sup tulang tadi dan biarkan hingga mendidih dan lembut dagingnya
5) Ambil beehoon yang telah dicelur, letakkan sedikit ke  dalam mangkuk dan letakkan sup tulang tadi
6) Tabur bawang goreng dan daun sup dengan kasih sayang
7) Boleh dimakan bersama sambal kicap atau sambal tumis
8) Hidanglah dengan kasih sayang yer...


BLUEBERRY PUFF

BLUEBERRY PUFF

Ini antara resepi yang senang dan segera dan sedap pula...Jom cuba...

Bahan:

kulit puff segera
blueberry filling
1 biji kuning telur

Cara:

1) Potong kulit puff segera mengikut kreativiti
2) Masukkan inti blueberry filling, tekan tepi dengan garfu dan sapukan atasnya dengan kuning telur
3) Bakar 180 darjah hingga kekuningan
4) Angkat dan hidang dengan kasih sayang.





APPLE PUFF

APPLE PUFF
Bahan:

3 biji epal hijau
1 biji epal merah
4-5 sudu gula perang + 2 2-3 sudu gula pasir (ikut rasa manis yang dikehendaki) 
1 sudu tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis (ikut suka)
kulit puff segera
1 bii kuning telur

Cara:

1) Epal potong dadu, campurkan dengan gula perang, masak sebentar sehingga keluar air
2) Bancuh tepung jagung dengan sedikit air sahaja dan masukkan ke dalam epal tersebut, kacau sehingga pekat
3) Masukkan serbuk kayu manis
4) Sejukkan epal  yang sudah dimasak ini
5) Apabila sudah sejuk, bolehlah dipotong kulit puff mengikut kreativiti, masukkan inti dan tutup inti. Tekan tepi puff dengan garfu dan sapukan kuning telur di atasnya
6) Bakar dengan suhu 180 darjah sehingga kekuningan
7) Angkat dan hidang dengan kasih sayang..






Monday, May 20, 2013

COTTON CHEESE CARAMEL

COTTON CHEESE CARAMEL lagiii...

Suka buat cotton cheese caramel ni..walaupun ada yang tak suka kerana rasanya agak manis..tapi jika makan sejuk sejuk..amboii...nyaman rasanya.....resepinya sama jer ..




Gula hangus
2 Sudu besar gula- masukkan dalam loyang yang kita hendak gunakan untuk membakar kek, panaskan guna api kecil sahaja sampai kekuningan, biarkan sejuk

Bahan Karamel

6 biji kuning telur
1 tin susu cair Ideal
3 sudu besar gula
sedikit esen vanila
Kacau semua bahan dengan perlahan dan masukkan dalam loyang gula hangus

Bahan A
160 gm cream cheese
25 gm butter
120 gm susu segar/susu penuh cream

Bahan B
40 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Bahan C
4 biji kuning telur

Bahan D

4 biji putih telur
100gm gula kaster
1/8 sudu kecil cream of tartar
secubit garam

Cara:
1) Satukan bahan A, masak secara double boiler, ketepikan
2) Masukkan Bahan B, C, kacau dengan whisker sahaja
3) Pukul bahan D sampai bertanduk
4) Masukkan bahan D dalam adunan tadi secara kaup balik
5) Masukkan dalam loyang karamel tadi perlahan lahan
6) Bakar 160 darjah secara water bath sampai masak lebih kurang 1 jam-bawahnya loyang berisi air sedikit sahaja
7) Apabila sudah masak, angkat dan biarkan sejuk
8) Terbalikkan, hiaskan dan hidangkan dengan kasih sayang

Jom layan gambarnya yer...






Gambar atas tu buat untuk Prof Saedah sempena Hari Guru 16 Mei yang lalu...mujur prof suka kek cheese rupanya....

Kek di bawah ni pulak sebenarnya buat untuk sahabat saya Dr Salinah Jaafar tetapi rupanya dia tak ada di pejabatnya...maka saya makanlah bersama teman-teman.....



Saturday, May 18, 2013

AGAR - AGAR


AGAR-AGAR MERAH

Inilah agar-agar paling senang sekali buat kan kan.....dan sangat menjimatkan.... teringat kalau kenduri kahwin kat kampung selalu buat agar agar ni untuk pencuci mulut....

Bahan/Cara:

1 paket agar agar
gula secukup rasa
pewarna merah
sedikit gula batu
air 3 gelas besar
Rebus agar-agar dengan air
Setelah mendidih, masukkan gula pewarna dan gula batu
Kacau perlahan dan angkat, masukkan dalam loyang dan sejukkan
Apabila telah keras bolehlah dipotong dan dihidang dengan kasih sayang....








AGAR AGAR KOKTEL

AGAR-AGAR KOKTEL


Musim panas ni sedap kalau makan agar-agarkan..kalau agar-agar kosong lagi sedap..tapi sesekali tukarlah selera pulak...tapi saya memang suka buat agar agar koktel ni...sebab ada rasa masam masam buah koktel tu terutamanya buah peach....sedappp...


Bahan:
1 bungkus agar-agar
4 cawan air
sedikit gula batu
1 tin susu cair
1 tin koktel cap ayam brand
gula secukup rasa

Cara:
1) Masak agar-agar dengan air
2) Masukkan gula dan gula batu
3) Masukkan susu cair dan kacau
4) Apabila telah mendidih masukkan buah koktel dan airnya sekali
5) Angkat dan masukkan dalam bekas atau loyang
6) Sejukkan dan boleh dipotong dengan kasih sayang..


MEE GORENG


MEE GORENG NEEZ'S STYLE 

Iwan dan imran suka makan mee...jadi kenalah buat sarapan mee goreng ikut citarasa mereka...boleh lah untuk makan sekeluarga..bukan untuk jual pun..tapi En rani puji..mama buat mee goreng sedap..mama letak air daging ker....hehehe... inilah style mama..jom tengok..

Bahan:
1 bungkus mee kuning
segenggam udang kering
sedikit ikan bilis
6-8 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 biji cili merah
5-7 biji cili api-ikut suka pedas
sedikit kicap cap kipas udang
sedikit sos cili kimball
garam secukup rasa
udang/sotong
fishcake/fishball
2 biji tomato- hiris
sawi-hiris
3 biji telur
daun sup/daun bawang -untuk hiasan
minyak untuk menumis

Cara:
1)  Kisar udang kering, ikan bilis, cili, bawang putih dan bawang besar dan tumis sehingga agak garing letak garam secukup rasa
2)  Apabila agak garing, masukkan udang atau sotong, fishcake atau fishball, letak sedikit sahaja air kalau suka
3) Pecahkan telur dan masukkan mee, sawi dan tomato hiris
4) Goreng dengan penuh kasih sayang...
5) Bila nak hidang..taburkan daun sup/daun bawang juga dengan kasih sayang...





AYAM PANGGANG MESRA

AYAM PANGGANG MESRA

Saya panggil ayam panggang mesra...sebab campurkan aje bahan yang kita suka dan perap bagi mesra kat ayam tu...kemudian panggang aje dalam oven yer..kalau takde oven pakai pemanggang ajaib pun boleh jugak tapi kena potong ler yer..

Bahan:
Seekor ayam
2 inci halia
6 ulas bawang putih
sedikit rosemary
1 sudu besar lada hitam
2 sudu madu
sedikit minyak zaiton
garam secukup rasa
sedikit lada sulah

Cara: 
1) Tumbuk halia, bawang putih, lada hitam
2) ayam dipotong atau seekor- ikut suka
3) Perapkan semua bahan dengan ayam
4) Untuk tambahan boleh letak kentang dan tomato
5) Panggang lah dengan penuh kasih sayang dan boleh dihidangkan panas panas...baru lah sedappp..



Tu dia...rupanya tak ler cun dan glamour sangat..tapi rasanya alhamdulillah tak akan mendukacitakan...

KEK KARAMEL

KEK KARAMEL lagi...

Buat kek karamel lagi... kali ni untuk bawak ke UM.. bagi Prof Spector yang datang bagi talk kat fakulti pendidikan sempena IETC.-International Education Technology Conference..habis sepotong kek dimakannya... mujur kek ni cantik kemenjadiannya...tapi tak dapat nak amik gambarnya..cuma gambar kek aje lah yer...
Cara dan bahan sama aje dengan kek karamel biasa yang saya buat tu cuma yang ni saya terlebih rajin sikit...saya layerkan setiap satu warna tu sebanyak 3 sudu..kemenjadiannya sangat cantik pada pandangan saya lah..ni namanya syok sendiri..hehe..jom layan gambar yer...




Amacam..cantik tak layernya..hehehe..macam kaler paddle pop...

BLACKPEPPER MEATBALL

BLACKPEPPER MEATBALL

Nak cuba buat blackpepper meatball??? Senang aje...tapi tak tau leh memenuhi citarasa orang lain atau tak..saya ok aje..dan lebih sedap jika dimakan dengan roti wholemeal saya ni..perghhhh..

Bahan:
1 bungkus daging kisar Ramly
1 biji telur
segenggam lada hitam - tumbuk agak-agak - jangan terlalu kasar atau halus
1 labu bawang besar- hiris kasar
1 tin kecil kacang pea
sedikit kicap kipas udang
tepung gandum
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya (dalam 3 cawan)

Cara:
1) Daging disampur dengan telur dan satu sudu tepung gandum, bulat bulatkan dan goreng macam buat jemput-jemput- ketepikan
2) Tumis bawang besar  dengan lada hitam sampai naik bau
3) Masuk air yang telah dicampur dengan tepung gandum dalam 3 sudu- pastikan tepung itu telah larut sepenuhnya, kalau tak berketul....air tepung gandum ini berfungsi untuk memekatkan kuah, sekiranya kuah agak cair, bansuh lagi tepung gandum tetapi jangan guna air terlalu banyak..
4) Masukkan kicap dan garam secukup rasa- kicap berfungsi untuk menghitamkan kuah...
5) Masukkan kacang peas
6) Boleh dihidang dengan roti...makan dengan penuh kasih sayang...





KEK OREN

KEK OREN
Sebenarnya ternampak bekas anak murid post gambar kat fb dia dapat kek oren..hmmm teringin pulak nak buat deko yang ala-ala macam tu...tapi tak sama ler.. kalau nak tengok resepi sama jer macam kek strawberry ni  http://lovelyneezskitchen.blogspot.com/search/label/KEK%20KEK%20KEK kek strawberry  cuma tukar jer strawberry tu dengan oren..dan hias ikut kreativiti sendiri yek...jangan lupa...hidang dengan penuh kasih sayang....