MEE GORENG NEEZ'S STYLE
Iwan dan imran suka makan mee...jadi kenalah buat sarapan mee goreng ikut citarasa mereka...boleh lah untuk makan sekeluarga..bukan untuk jual pun..tapi En rani puji..mama buat mee goreng sedap..mama letak air daging ker....hehehe... inilah style mama..jom tengok..
Bahan:
1 bungkus mee kuning
segenggam udang kering
sedikit ikan bilis
6-8 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 biji cili merah
5-7 biji cili api-ikut suka pedas
sedikit kicap cap kipas udang
sedikit sos cili kimball
garam secukup rasa
udang/sotong
fishcake/fishball
2 biji tomato- hiris
sawi-hiris
3 biji telur
daun sup/daun bawang -untuk hiasan
minyak untuk menumis
Cara:
1) Kisar udang kering, ikan bilis, cili, bawang putih dan bawang besar dan tumis sehingga agak garing letak garam secukup rasa
2) Apabila agak garing, masukkan udang atau sotong, fishcake atau fishball, letak sedikit sahaja air kalau suka
3) Pecahkan telur dan masukkan mee, sawi dan tomato hiris
4) Goreng dengan penuh kasih sayang...
5) Bila nak hidang..taburkan daun sup/daun bawang juga dengan kasih sayang...
No comments:
Post a Comment