Saturday, April 20, 2013

PUDING KARAMEL NEEZ'S STYLE

PUDING KARAMEL NEEZ'S STYLE


Ni ada satu lagi resepi mudah puding karamel yang telah saya ubahsuai..jom cuba..

Bahan Karamel:
5 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air
4 sudu gula pasir
2 sudu besar susu pekat manis
sedikit esen vanila

Gula Hangus: 
3/4 cawan gula jadikan gula hangus dan tuang ke dalam loyang 8 inci

Cara:

1) Kacau semua bahan , masukkan dalam loyang karamel
2) Kukus dengan kasih sayang selama 40 minit
3) Sejukkan dalam fridge dan hidangkan dengan kasih sayang...







Friday, April 19, 2013

SUP TULANG SERI MEATBALL

SUP TULANG SERI MEATBALL


Bahan:
1 kilo tulang
1/4 kilo daging batang pinang
1/2 bungkus meatball 
4 inci halia muda-kisar
6 biji bawang putih-kisar
1 bunkus sup bunjut tulang adabi
1/2 bungkus perencah sup
8 ulas bawang merah kecil-kisar
garam secukup rasa
air secukupnya
daun sup/daun bawang/ bawang goreng
bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 batang karot

Cara:
1) Rebus tulang dengan air secukupnya, jangan masukkan daging batang pinang 
2) Halia, bawang putih, merah dikisar
3) Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bunga lawang, pelaga, kayu manis, bahan kisar, tumis sehingga agak garing
4) Masukkan bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang tadi,  masukkan sup bunjut, biarkan mendidih, dan sehingga daging tulang empuk
5) Apabila daging tulang telah empuk, masukkan daging batang pinang , didihkan sehingga empuk kemudian masukkan meatball.
6) Akhir sekali masukkan karot dan garam secukup rasa.
7) Apabila telah masak, hidangkan dan taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng dengan kasih sayang..






Thursday, April 18, 2013

YEE MEE CENDAWAN

YEE MEE CENDAWAN

Hari ni rasa malas nak masak nasi..bukan apa..rasa jemu pulak kan setiap hari makan nasi.  Jadi hari ni tukar selera pulaklah... Hari ni buat yee mee cendawan, ala-ala hot plate tu lah..cuma tak ada plate nya aje... yang ada mangkuk, jadi yee mee hotbowl jer lah ye...Jom kita tengok resepi mudahnya....

Bahan:

1 bungkus yee mee - lebih bagus jika dicelur dahulu
setengah ekor ayam- dipotong kecil-kecil
3 inci halia muda - diketuk
5 tangkai cili kering- dikerat 2 atau 3 sahaja
1 botol kecil sos tiram 
1 bungkus cendawan shitake segar- dihiris
sedikit kicap cap kipas udang
garam secukup rasa
sedikit tepung jagung
karot
sawi
3 biji telur - saya buat satu mangkuk yee mee sebiji telur

Cara:

1) Rebus ayam dan halia sehingga mendidih- airnya agak-agak ikut banyak ayam dan kuah yang dikehendaki
2) Masukkan sos tiram, kicap garam, cili kering, cendawan shitake - biarkan mendidih
3) Apabila hendak dihidangkan baru letakkan tepung jagung yang telah dicairkan, karot, dan sawi- kacau hingga agak pekat- pecahkan telur
4)  Angkat kuah dan curahkan ke atas yee mee dengan kasih sayang..


Catatan:  Biasanya saya buat seperiuk kuahnya, tetapi apabila hendak menghidang, saya akan alih sedikit kuah dan ayam nya ke dalam periuk yang lain mengikut keperluan, dan pecahkan telur mengikut mangkuk yang telah saya isikan yee mee.  Jika tidak nanti semua kuah bercampur telur akan menjadi tidak sedap.  Kuah yang tinggal itu jika hendak makan lagi barulah panaskan semula dan pecahkan telur , letak tepung jagung dan sayuran.









Wednesday, April 17, 2013

KEK COKLAT MOIST

KEK COKLAT MOIST

Malam tadi tangan hati meronta-ronta nak ke dapur buat kek..tengok tengok telur tinggal 2 biji jer..kebetulan memang hajat hati nak buat kek coklat moist ni, sebab nak letakkan strawberry yang masih berbaki lagi...apabila tengok saja resepi kek coklat moist adik ipar Siti Zawariah Megat Kassim ni, memang lah elok belaka kerana menggunakan telur 2 biji jer...hmmm apalagi ,...layan lahhh buat kek coklat moist kukus ni.....kalau tak nak buat dalam loyang , buat dalam bekas kecil kecil pun boleh..

Bahan:

1 3/4 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 cawan gula kastor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3/4 cawan koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas

Cara:

1) Campurkan semua bahan kecuali air panas - putar perlahan atau gaul sahaja guna whisker
2) Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati
3) Kukus selama 45 minit dengan kasih sayang.
4) Tunggu sehingga kek sejuk dan bolehlah dihias dengan toping dan lain-lain bahan mengikut kreativti sendiri, masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dipotong
4) Hidangkan  dengan kasih sayang...


Topping:
1 cawan susu segar
3/4 cawan koko
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
Campurkan semua bahan dan kacau atas api perlahan secara double boiler sehingga agak pekat. Apabila telah sejuk barlah dicurahkan atas kek.

Sekiranya tidak mahu menggunakan toping ini bolehlah gunakan toping ganache yang menggunakan coklat.


Ganache
Bahan:

100 ml susu cair/whipping cream
300g coklat masakan- cincang supaya senang nak cair
2 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk koko

Cara:

1)  Masak susu atas api perlahan hngga mendidih tepinya
2)  Tutup api - masukkan coklat dan koko
3) Masukkan butter- kacau
4) Tuang atas kek dengan penuh kasih sayang...







SIAKAP STIM MESRA

SIAKAP STIM MESRA

Hari ni saya masak ikan siakap stim, yang saya namakan siakap stim mesra sebab didalamnya mesra dengan pelbagai bahan...Alhamdulillah en rani puji..sedap betul katanya..mana resepi mama tengok ni...saya tak tengok resepi mana-manapun..saya masak ikut rasa hati sendiri..alhamdulillah memang sedap..lagi sedap kalau diperah pulak dengan limau kasturi...Jom tengok style saya masak...cara yang paling senang...

Bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar - dibersihkan dan dipotong "superman"
setengah biji cili capsicum
1/2 inci halia muda
4 ulas bawang putih
2 keping asam gelugor
4 biji cendawan shitake segar- dihiris tipis
1 biji bawang besar- potong bulat
2 batang serai - dihiris
sedikit daun bawang
sedikit lada sulah
sedikit sos tiram
sedikit maggie seasoning
garam secukup rasa
karot/cauliflower

Cara:
1) Tumbuk halia dan bawang putih
2) Campurkan semua bahan hiris dan lumurkan pada ikan
3) Kukus dengan kasih sayang sehingga masak
4) Hidangkan dengan mesra dan kasih sayang...















SAMBAL SERI TOTOK

SAMBAL SERI TOTOK

Bahan:

3 biji cili merah
1 biji cili hijau
6 biji cili api
1 ulas bawang merah kecil-hiris
sedikit belacan madu
garam secukup rasa
limau kasturi


Cara:
1) Semua bahan -cili belacan, bawang digoreng sebentar
2) Tumbuk semua bahan dengan kasih sayang
3) Perahkan dengan limau kasturi , bolehlah dihidangkan dengan kasih sayang..



Monday, April 15, 2013

STRAWBERRY SWEET CAKE

STRAWBERRY SWEET CAKE

Dah lama nak buat strawberry cake.  Tambahan pulak DD (Mardiah Ahmed Khatidin) bagi jem strawberry dari Cameron Highland..lagi lah bersemangat nak buat..tengah sukat tepung tanya en rani, nak buat strawberry cake ni guna sponge cake atau kek biasa..en rani kata kek biasa, tak nak sponge kek...so..layan lah kek strawberry biasa..dan kemenjadiannya pun tak lah selembut sponge cake yer...tapi in shaa Allah ..sedap tetap sedappp.....

Bahan:
180gm butter
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung naik sendiri-ayak
4 sudu besar susu cair
3 biji telur gred A (saya guna 4 biji telur gred B)- asingkan kuning dan putih telur
strawberry paste dan strawberry emulco

Cara:
1)  Pukul butter dan gula hingga kembang
2)  Masukkan putih telur satu persatu- pukul hingga kembang dan masukkan kuning telur satu 
     persatu- pukul lagi
3)  Masukkan susu cair dan tepung- pukul perlahan atau guna spatula sahaja
4)  Masukkan strawberry paste dan sedikit strawberry emulco, kacau sebati
5)  Masukkan dalam loyang yang telah diletak kertas minyak, gris tepi dengan sedikit butter
6)  Bakar dengan suhu 160 darjah sehingga masak lebih kurang sejam
7)  Apabila telah masak, angkat dan sejukkam atas redai
8)  Boleh dipotong apabila telah sejuk atau sekiranya hendak menghiasnya, gunakan fresh cream
     yang dicampur sedikit strawberry paste, pukul hingga bertanduk dan hiaskan mengikut kreativiti 
     sendiri.
9)  Sekiranya telah siap semuanya, hidangkan dengan penuh kasih sayang semanis strawberry....





 



Sunday, April 14, 2013

KAILAN NEEZ'S STYLE

KAILAN NEEZ'S STYLE

Bahan:
1 paket baby kailan
setengah biji capsicum- hidis kasar
4 ulas bawang putih- diketuk
1 labu kecil bawang besar - hiris memanjang
sedikit perencah knorr
sedikit tepung jagung
sebiji telur
udang/sotong/ayam
garam secukup rasa

Cara:
1) Tumis bawang putih, bawang, perencah, udang/ayam/sotong
2) Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh air, kacau. kalau agak pekat, tambahkan air panas
3) Masukkan telur, kacau, garam secukup rasa
4) Masukkan, kailan dan capsicum 
5) Hidang dengan kasih sayang.....




SARDIN MESRA

SARDIN MESRA

Ha ha ha....Lama tak masak sardin..sedap juga sesekali pekena sardin kan..Jom masak sardin.

Bahan:
1 tin kecil sardin cap Ayam
1 cili merah
2 cili hijau
5 cili api
sedikit sambal cili kering
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
garam secukup rasa

Cara:
1) Hiris semua bahan 
2) Tumis sambal cili kering, masukkan semua bahan hiris, masukkan sardin
3) Garam secukup rasa
4) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...  





KEK KOKTEL

KEK KOKTEL

Hari minggu ni saya buat kek koktel yang saya ambil daripada resepi di blog evelyn gemina.  Kek evelyn bernama Eggless Cake sebab kek ni tak guna telur.  Tu yang saya nak cuba tu.  Cara menghiasnya saya gunakan koktel sebab itu aje yang ada kat rumah ni.  Jadi saya tukar nama kek ni sebagai kek koktel ...Jom layan resepinya..

Bahan:
A) 200 gm butter
     160 gm gula kastor

B)  200 gm susu segar
      sedikit esen vanila

C)  240 tepung gandum
      1 3/4 sudu kecil baking powder

D) 1 tin koktel- asingkan airnya
      Fresh cream secukupnya - dipukul sehingga lembut dan bertanduk

Cara:
1)  Pukul A, masukkan B, pukul lagi dan masukkan C
2)  Masukkan dalam loyang yang telah diletak kertas minyak, bakar 180 darjah sehingga masak
3) Apabila telah sejuk, potong 2 dan letakkan fresh cream dan buah koktel
4) Hias kek dengan fresh cream dengan kasih sayang....









Thursday, April 11, 2013

KEMBUNG SERI PANGGANG

KEMBUNG SERI PANGGANG

Hari hujan tak tau nak masak apa..ikan kembung ada dalam peti.. Panggang aje lah senang cerita....tambahan pula kan sekarang ni dah ada pemanggang ajaib yang memudahkan kerja-kerja memangggang..dah lama pun tak panggang ikan ni...cicah pulak dengan air asam..perghh bangkit selera..

Bahan/Cara:

Ikan kembung segar dibersihkan, lumur dengan sedikit serbuk kunyi dan garam supaya ikan nampak cantiik..kemudian pangganglah menggunakan panggang ajaib..memanggang pun kenalah dengan kasih sayang yer...



Air Asam nak buatnya pun senang jer..

3 biji cili merah
5 biji cili api (ikut suka kepedasan)
sedikit garam
sedikit belacan madu
sedikit asam jawa tanpa biji
1 labu bawang besar dihiris tipis

1. Tumbuk cili merah, cili api, belacan dan garam hinggga lumat, masukkan asam jawa tumbuk sekali... Tumbuk pun dengan kasih sayang yer...
2.  Campurkan sedikit air masak bergantung kepada kepekatan
3. Hiris bawang besar tipis dan gaulkan dengan sambal dengan kasih sayang
4.  Dah siap untuk dihidangkan dengan ikan panggang dengan kasih sayang juga....



Tuesday, April 9, 2013

AYAM SERI PAPRIK

AYAM SERI PAPRIK


Ari ni eween puasa..tanya dia nak buka apa, mama sebut lah lauk ini lauk itu, haa dia kata nak ayam paprik..so masaklah ayam ala ala paprik ni..

Bahan:
2 bahagian peha ayam potong kecil kecil
1 biji bawang besar- hiris memanjang kasar kasar
3 ulas bawang puith, hiris halus
1 inci halia hiris halus
sebiji kecil cili capsicum
3 helai daun limau purut
4 batang kacang panjang
2 sudu tomato puree (boleh ganti dengan tomato sos)
1 sudu tomato cili
2 sudu cili kisar ( yang sudah digoreng terlebih dahulu dengan bawang dan sedikit belacan)
1 sudu sos tiram
air dan garam secukupnya

Cara:
1) Tumis bawang besar, halia, bawang putih sehingga naik aromanya, masukkan cili kisar, tomato pure, sos tiram, sos cili, air dan garam
2) Masukkan ayam, perlahankan api dan biarkan ayam masak
3) Akhir sekali baru masukkan daun limau purut, cili capsicum dan kacang panjang
4) Angkat dan hidangkan dengan kasih sayang...






Monday, April 8, 2013

ZEBRA CARAMEL

ZEBRA CARAMEL

Alhamdulillah..akhirnya tercapai juga hasrat nak buat kek kuda belang ni....walaupun pada asal cita-citanya nak buat kek zebra jer..tapi dapat ilham apabila tengok blog evelyn gemina untuk buat kek karamel...Nak melayernya yang rasa malas..kalau boleh nak curah jer semua..saya kan suka yang senang jer...tapi boleh lah..layan jer tangan ni melayer perlahan-lahan....Sebenarnya dah janji dengan kawan Rapidah untuk bawa kek ni ke UM hari ni..tapi tak jadi kerana kami tak terpilih untuk mengikuti workshop....so..buat sarapan dan minum petang en rani jer lah nampaknya..alhamdulillah..jom tengok resepinya yang sama jer macam kek karamel lain...

Bahan:

Gula Hangus
2 sudu besar gula - masukkan dalam loyang dan panaskan hingga kekuningan- ketepikan

Karamel  (A)
3 biji kuning telur
1/2 tin susu cair
70 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila


Meringue (B)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu kecil cream of tartar

Kek (C)
70 gm gula kastor
145 gm tepung naik sendiri'
3 bii kuning telur
135 ml air
45 ml minyak mazola

Perisa
1 sudu chocolate emulco
1 sudu vanilla flavour

Cara: 
1.  Kacau bahan A perlahan-lahan dan masukkan dalam loyang gula hangus yang telah disejukkan 
      tadi
2.  Pukul bahan B sampai kental dan tidak jatuh kalau diterbalikkan
3.  Pukul perlahan atau guna whisk bahan C, tepung masuk akhir sekali
4.  Masukkan bahan B ke dalam C dan kaun balik guna senduk sahaja
5.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , 1 bahagian di campur chocolate emulco, 1 bahagian 
     lagi warna  asal, untuk ini saya campurkan vanila flavour
6.  Layerkan adunan 2 sudu setiap warna ke dalam loyang caramel tadi dengan kasih sayang
7.  Bakar lebih kurang 1 jam 170 darjah secara water bath
8.  Apabila telah masak, sejukkan dan apabila hendak dihilangkan terbalikkan kek tersebut
9.  Bolehlah dipotong dan dihidang dengan kasih sayang....







Ini pula zebra caramel tempahan kawan saya Mardiah Ahmed Khatidin untuk ulang tahun suami kesayangannya AFK pada 11 April 2013...terima kasih lah DD sebab percaya pada kek yang saya buat ni ...jom kita layan gambar yer..resepi sama jer..




Hmmm..buat lagi kek zebra ni...layan jer ler yer..




Friday, April 5, 2013

KEK OREO

Hari beday en rani..moga panjang umur murah rezeki dan sentiasa dalam limpahan kasih sayang, rahmat Allah..
Hari ni saya buat kek oreo..semalam suruh imran tanya ayah nak kek rainbow atau kek oreo..ayah cakap kek oreo..so buat lah..imran kata nak tutup mata ayah..suprise....hehe.jom kita layan gambar dan resepinya...'

Bahan/ Cara:
250 gm butter
2 cawan tepung kek
4 biji telur Gred A
1 sudu kecil baking powder
sedikit esen vanila
1 cawan gula kastor
1 1/2 cawan biskut oreo kisar

Cara:
1) Pukul butter dan gula sebentar, masukkan semua bahan dan putar perlahan
2) Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian ikut besar loyang yang dikehendaki, loyang dilapik kertas 
     minyak
3) Bakar 170 darjah sampai masak
4) Apabila telah sejuk, hiaskan mengikut kreativiti anda dengan kasih sayang
5) Boleh dihidangkan setelah disejukkan ..dengan kasih sayang...