ZEBRA CARAMEL
Bahan:
Gula Hangus
2 sudu besar gula - masukkan dalam loyang dan panaskan hingga kekuningan- ketepikan
Karamel (A)
3 biji kuning telur
1/2 tin susu cair
70 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
Meringue (B)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu kecil cream of tartar
Kek (C)
70 gm gula kastor
145 gm tepung naik sendiri'
3 bii kuning telur
135 ml air
45 ml minyak mazola
Perisa
1 sudu chocolate emulco
1 sudu vanilla flavour
Cara:
1. Kacau bahan A perlahan-lahan dan masukkan dalam loyang gula hangus yang telah disejukkan
tadi
2. Pukul bahan B sampai kental dan tidak jatuh kalau diterbalikkan
3. Pukul perlahan atau guna whisk bahan C, tepung masuk akhir sekali
4. Masukkan bahan B ke dalam C dan kaun balik guna senduk sahaja
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , 1 bahagian di campur chocolate emulco, 1 bahagian
lagi warna asal, untuk ini saya campurkan vanila flavour
6. Layerkan adunan 2 sudu setiap warna ke dalam loyang caramel tadi dengan kasih sayang
7. Bakar lebih kurang 1 jam 170 darjah secara water bath
8. Apabila telah masak, sejukkan dan apabila hendak dihilangkan terbalikkan kek tersebut
9. Bolehlah dipotong dan dihidang dengan kasih sayang....
Ini pula zebra caramel tempahan kawan saya Mardiah Ahmed Khatidin untuk ulang tahun suami kesayangannya AFK pada 11 April 2013...terima kasih lah DD sebab percaya pada kek yang saya buat ni ...jom kita layan gambar yer..resepi sama jer..
Hmmm..buat lagi kek zebra ni...layan jer ler yer..
No comments:
Post a Comment