YEE MEE CENDAWAN
Hari ni rasa malas nak masak nasi..bukan apa..rasa jemu pulak kan setiap hari makan nasi. Jadi hari ni tukar selera pulaklah... Hari ni buat yee mee cendawan, ala-ala hot plate tu lah..cuma tak ada plate nya aje... yang ada mangkuk, jadi yee mee hotbowl jer lah ye...Jom kita tengok resepi mudahnya....
Bahan:
1 bungkus yee mee - lebih bagus jika dicelur dahulu
setengah ekor ayam- dipotong kecil-kecil
3 inci halia muda - diketuk
5 tangkai cili kering- dikerat 2 atau 3 sahaja
1 botol kecil sos tiram
1 bungkus cendawan shitake segar- dihiris
sedikit kicap cap kipas udang
garam secukup rasa
sedikit tepung jagung
karot
sawi
3 biji telur - saya buat satu mangkuk yee mee sebiji telur
Cara:
1) Rebus ayam dan halia sehingga mendidih- airnya agak-agak ikut banyak ayam dan kuah yang dikehendaki
2) Masukkan sos tiram, kicap garam, cili kering, cendawan shitake - biarkan mendidih
3) Apabila hendak dihidangkan baru letakkan tepung jagung yang telah dicairkan, karot, dan sawi- kacau hingga agak pekat- pecahkan telur
4) Angkat kuah dan curahkan ke atas yee mee dengan kasih sayang..
Catatan: Biasanya saya buat seperiuk kuahnya, tetapi apabila hendak menghidang, saya akan alih sedikit kuah dan ayam nya ke dalam periuk yang lain mengikut keperluan, dan pecahkan telur mengikut mangkuk yang telah saya isikan yee mee. Jika tidak nanti semua kuah bercampur telur akan menjadi tidak sedap. Kuah yang tinggal itu jika hendak makan lagi barulah panaskan semula dan pecahkan telur , letak tepung jagung dan sayuran.
No comments:
Post a Comment