SWEET BUN GARLIC
Ini roti bun manis biasa, cuma tengahnya, saya potong dan letakkan garlic spread buatan sendiri.Kemudian parutkan cheddar cheese di atasnya. Untuk yang bentuk bujur ini, perlu digelek doh tersebut dan gulung. Kalau yang bulat tu tak perlu, cuma bulatkan seperti biasa sahaja. Makan roti ini dengan sup cendawan shitake ...memang sedap apatah lagi makan panas-panas. Dalam gambar ada resepi untuk garlic spread manakala resepi sup cendawan ada pada gambar akhir sekali.
Bahan:
500 gm tepung roti
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
5 gm super cream/ bread improver
11 gm yis kering/sepeket mauripan
265 gm air campur telur (1 biji)+(sebiji telur kemudian campurkan air hingga timbangan 265gm)
80 gm butter
Cara:
1) Campurkan semua bahan dan masukkan dalam breadmaker. Tekan setting Dough
2) Jika tiada breadmaker, campurkan semua bahan kering, selepas itu masukkan bahan cair dan uli sekata hingga tidak melekat dan elastik. Selepas itu tunggu hingga naik,tumbuk buangkan angin.
3) Untuk bentuk bujur, doh tersebut perlu digelek dahulu dan kemudian digulung.

4) Tunggu hingga naik seganda , kemudian digunting tengahnya dan sapukan garlic spread dan parutkan ceddar cheese di atasnya. Seterusnya bolehlah dibakar dengan penuh kasih sayang.
No comments:
Post a Comment