ROTI KACANG MERAH
Untuk roti ini saya bentukkan lain pula. Resepinya sama sahaja menggunakan doh bun manis, cuma bentuk berlainan. Doh 50 gm. inti 30 gm.
Bahan:
500 gm tepung roti/high protein
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
5 gm super cream/ bread improver
11 gm yis kering/sepeket mauripan
265 gm air campur telur (1 biji)+(sebiji telur kemudian campurkan air hingga timbangan 265gm)
80 gm butter
bijan (pilihan untuk hiasan)
Cara:
1) Campurkan semua bahan dan masukkan dalam breadmaker. Tekan setting Dough
2) Jika tiada breadmaker, campurkan semua bahan kering, selepas itu masukkan bahan cair dan uli sekata hingga tidak melekat dan elastik. Selepas itu tunggu hingga naik,tumbuk buangkan angin.
3) Bentukkan bulat dengan penuh kasih sayang. Letakkan inti kacang merah di tengah, katupkan doh. Gelek doh berisi inti tersebut , hiris serong jangan sampai putus dan kemudian gulungkan memanjang. Boleh masukkan dalam paper cup yang sesuai.
4) Tunggu hingga naik seganda, sapukan dengan susu segar, tabur bijan (pilihan) bolehlah dibakar dengan penuh kasih sayang.
No comments:
Post a Comment