BLUEBERRY FILLING CHEESE CAKE
Bahan:
(A)
300 ml susu segar
150gm cream cheese
110 gm mentega
(B)
3 biji kuning telur
(C)
3 biji putih telur
90 gm gula kastor
(D)
110 gm tepung gandum-ayak
(E)
1 sudu teh esen vanila
(F)
blueberry filling secukupnya
Cara:
1) Cairkan bahan A dengan api perlahan, kacau, dan sejukkan
2) Pukul Bahan B, dengan whisk jer pun tak per hingga agak pekat
3) Pukul bahan C hingga bertanduk
4) Masukkan Bahan D, E dalam A, kacau sebati
5) Akhir sekali masukkan bahan C, kaup balik sahaja
6) Masukkan sedikit adunan dalam loyang 8 inci, letak sesenduk atau dua senduk dan kemudian letakkan blueberry filling, ikut ler macammana nak letak..boleh buat lingkaran juga-masukkan dalam plastik, gunting dan picit jadi macam lingkaran ubat nyamuk....selepas itu letak lagi sesenduk atau dua senduk adunan..ulangi hingga selesai....
7) Masukkan dalam oven.175 darjah.bakar secara water bath...hingga masak lebih kurang 1 jam
8) Dah masak, keluarkan ler..dan hidanglah dengan kasih sayang....
No comments:
Post a Comment