BLUEBERRY BUTTER CAKE
Jom buat kek simple....boleh tukar selera..ikut perasa apa yang dikehendaki...
250 gm mentega/buttercup
200 gula lastor
4 biji telur
290 gm tepung naik sendiri
50 gm susu pekat
100 gm susu cair
1 sudu teh esen vanila
sedikit blueberry emulco
1 sudu besar blueberry filling
pewarna purple
Cara:
1) Putar butter dan gula hingga kembang
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji
3) Masukkan esen vanila, susu pekat
4) Masukkan tepung dan susu cair berselang seli, kacau sebati
5) Bahagikan kepada 2 bahagian, sebahagian asal, sebahagian lagi campurkan dengan blueberry emulco dan blueberry filling
6) Masukkan dalam loyang 8 inci, berselang seli, loyang dialas dengan kertas minyak,,
7) Masukkan dalam oven 150 darjah, bakar hingga masak.
8) Apabila telah masak, sejukkan,potong dan hidang dengan kasih sayang...
SELAMAT MENCUBA....
salam..
ReplyDeletesangat menarik dan simple kek ni..nampak gebu sangat.