Wednesday, July 21, 2021

MUSHROOM SOUP

 

🍄🍄Neezskitchen Shitake Mushroom Soup

🍄🍄 

Kentang 3 biji besar 

1 labu bwg holand 

5 bawang putih (saya suka bwg putih byk)

 3/4 butter 1 tin susu cair Lada hitam tumbuk ( dlm 1 sudu besar-kalau tak nak pedas kurangkan )

1 bungkus cendawan shitake kering -rendam, buang tangkai ( guna cendawan fresh shitake pun boleh)

Garam Oregano Parsley

 🍄Tumis bawang dgn butter, letak air sikit, masukkan kentang dan cendawan, biar sampai empuk. 

🍄Dah agak sejuk-blend tambah air sikit 

🍄Masuk dlm periuk, tuang susu cair, masuk lada hitam, garam , oregano, parsley 

🍄Adjust kepekatan-boleh tambah air

 🍄Masak sampai mendidih 

🍄Hidang dengan kasih sayang🍞🥖💕

Friday, June 25, 2021

WINDSOR BREAD

 WINDSOR BREAD

Jom cuba buat roti ni..sedap gebuss.





Bahan:

330 gm tepung roti/high protein

200 ml susu segar

30 gm gula

10 gm susu tepung

2 biji kuning telur

3 gm/1 tsp yis kering

25 gm unsalted butter

Sedikit garam

Sedikit K Fine (utk bagi lebih lembut)

Gula ising untuk tabur








Wednesday, June 23, 2021

SWEET BUN GARLIC

 SWEET BUN GARLIC

Ini roti bun manis biasa, cuma tengahnya, saya potong dan letakkan garlic spread buatan sendiri.Kemudian parutkan cheddar cheese di atasnya. Untuk yang bentuk bujur ini, perlu digelek doh tersebut dan gulung. Kalau yang bulat tu tak perlu, cuma bulatkan seperti biasa sahaja. Makan roti ini dengan sup cendawan shitake ...memang sedap apatah lagi makan panas-panas. Dalam gambar ada resepi untuk garlic spread manakala resepi sup cendawan ada pada gambar akhir sekali.





Bahan:
500 gm tepung roti
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
5 gm super cream/ bread improver
11 gm yis kering/sepeket mauripan
265 gm air campur telur (1 biji)+(sebiji telur kemudian campurkan air hingga timbangan 265gm)
80 gm butter

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan masukkan dalam breadmaker. Tekan setting Dough
2) Jika tiada breadmaker, campurkan semua bahan kering, selepas itu masukkan bahan cair dan uli sekata hingga tidak melekat dan elastik. Selepas itu tunggu hingga naik,tumbuk buangkan angin.
3) Untuk bentuk bujur, doh tersebut perlu digelek dahulu dan kemudian digulung. 
4) Tunggu hingga naik seganda , kemudian digunting tengahnya dan sapukan garlic spread dan parutkan ceddar cheese di atasnya. Seterusnya bolehlah dibakar dengan penuh kasih sayang.











POPIA AYAM CARBONARA

 POPIA AYAM CARBONARA

Saya jarang buat popia. Tapi kali ini saya cuba-cuba...memang menjadi. Alhamdulillah. Terasa sangat sedap...




SAGU SUM SUM

 SAGU SUM SUM

Enaknyaaaaa.....resepi pada gambar akhir.









                             

ROTI KACANG MERAH

 ROTI KACANG MERAH

Untuk roti ini saya bentukkan lain pula. Resepinya sama sahaja menggunakan doh bun manis, cuma bentuk berlainan. Doh 50 gm. inti 30 gm.




Bahan:
500 gm tepung roti/high protein
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
5 gm super cream/ bread improver
11 gm yis kering/sepeket mauripan
265 gm air campur telur (1 biji)+(sebiji telur kemudian campurkan air hingga timbangan 265gm)
80 gm butter
bijan (pilihan untuk hiasan)

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan masukkan dalam breadmaker. Tekan setting Dough
2) Jika tiada breadmaker, campurkan semua bahan kering, selepas itu masukkan bahan cair dan uli sekata hingga tidak melekat dan elastik. Selepas itu tunggu hingga naik,tumbuk buangkan angin.
3) Bentukkan bulat dengan penuh kasih sayang. Letakkan inti kacang merah di tengah, katupkan doh. Gelek doh berisi inti tersebut , hiris serong jangan sampai putus dan kemudian gulungkan memanjang. Boleh masukkan dalam paper cup yang sesuai. 
4) Tunggu hingga naik seganda, sapukan dengan susu segar, tabur bijan (pilihan) bolehlah dibakar dengan penuh kasih sayang.

                

ROTI KACANG MERAH

 ROTI KACANG MERAH

Saya guna resepi yang sama untuk buat roti bun manis. Intinya guna kacang merah, beli siap di bakeri. Doh boleh buat 50 gm dan intinya 30 gm.
Bentuknya boleh ikut suka. Yang ni saya bulatkan sahaja. Apabila dah naik, saya potong guna gunting je. Boleh guna pisau yang tajam. Letak ceri untuk hiasan. Jangan lupa, apabila keluarkan sahaja dari oven, sapukan roti dengan marjerin supaya roti menjadi lebih lembut dan cantik berkilat.


Bahan:
500 gm tepung roti/high protein
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
5 gm super cream/ bread improver
11 gm yis kering/sepeket mauripan
265 gm air campur telur (1 biji)+(sebiji telur kemudian campurkan air hingga timbangan 265gm)
80 gm butter

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan masukkan dalam breadmaker. Tekan setting Dough
2) Jika tiada breadmaker, campurkan semua bahan kering, selepas itu masukkan bahan cair dan uli sekata hingga tidak melekat dan elastik. Selepas itu tunggu hingga naik,tumbuk buangkan angin.
3) Bentukkan bulat dengan penuh kasih sayang. Letakkan inti kacang merah. Boleh terus gunting beberapa bahagian seperti gambar. Ataupun tunggu sehingga naik dua kali ganda baru potong dengan pisau yang tajam.
4. Tunggu hingga naik seganda bolehlah dibakar dengan penuh kasih sayang.











BUAH MELAKA

 BUAH MELAKA

Trending kaler-kaler..kita pun cuba juga lah...





BLACKPEPPER MEATLOAF

 BLACKPEPPER MEATLOAF

Bukan nak memuji....tapi memang sedappp. Yang penting mesti buat dengan kasih sayang. Maaflah tak sempat nak taip semula resepi. Ada dalam gambar ye.





MIX FRUITS JELLY

 MIX FRUITS JELLY

Peminat buah-buahan boleh cuba ni...yang penting mesti ada tembikai tau baru cantik...kalau tak sanggup nak buat dalam tembikai tu, buat dalam bekas biasa pun boleh cuma tak mengancam laaa...hehehe...






ROTI JOHN

 ROTI JOHN

Bulan puasa buat roti john sendiri pun sedap...tengok resepi kat gambar ye. selamat mencuba!!!





PUDING BISKUT

 PUDING BISKUT

Ini resepi tahun 1993 yang saya dapat dari seorang sahabat. Boleh cuba jika berminat.